Ini bukan iklan jualan barang 😅
Tapi… ini sebenarnya equipment studio saya yang sudah tenggelam akibat banjir baru-baru ini. Cuba teka, berapa agaknya jumlah keseluruhan kosnya?

Saya ada satu kebiasaan: setiap kali menerima pendapatan daripada YouTube, saya akan gunakan sebahagiannya untuk membeli apa sahaja equipment yang boleh membantu memperkukuh proses penyampaian dakwah.

Dan kerana isteri saya ialah “rabbul-māl” — penjaga harta keluarga kami — maka setiap kali saya ingin membeli sesuatu, saya akan minta beliau simpankan sedikit bajet untuk equipment tersebut. Jumlahnya tidak tetap, ikut kemampuan.

Sebahagian daripada equipment ini juga adalah hasil infaq sahabat-sahabat yang baik hati.

Sebab itu, equipment ini saya tak sampai hati nak buang. Mana tahu ada yang bijak pandai nanti kata, “Eh, ni boleh repair lagi ni. Sayang kalau buang!” 😅

Cuma ada beberapa item yang memang saya perlu lupuskan, sebab baterinya mula mengembang dan hampir meletup.

---

Alhamdulillah, saya tetap akan terus berkarya.
Tetap akan terus menghasilkan video.
Tetap akan terus menjalankan kerja-kerja dakwah.

Saya mahu mati dalam keadaan melakukan kebaikan.

---

Syihabudin Ahmad