Saya setuju jika rotan digunakan dalam had yang terkawal, sekadar mendidik dan tidak meninggalkan luka atau bekas pada tubuh pelajar. Rotan, jika digunakan dengan penuh tanggungjawab dan hikmah, boleh menjadi alat disiplin yang berkesan.
Namun begitu, saya cenderung untuk tidak bersetuju dengan membenarkan guru merotan secara umum — kerana kuasa itu sering kali disalahgunakan sehingga melewati batas yang sepatutnya. Ada guru yang hilang pertimbangan, merotan berulang kali hingga rotan patah, pecah dan pelajar tercedera.
Ramai juga pelajar yang tak bersalah tetapi dihukum dengan rotan secara samborono.
Kita perlu ingat, rotan ialah alat yang secara fitrahnya boleh mendatangkan luka dan bekas. Maka, ia bukan sesuatu yang wajar diberikan tanpa kawalan yang jelas dan pemantauan ketat.
Bagi kes buli atau ragging, rotan bukan penyelesaian. Itu bukan lagi isu disiplin ringan tetapi kesalahan jenayah yang perlu diuruskan oleh pihak polis dan mahkamah, bukan oleh guru dengan rotan.
Siapa yang didakwa membuli, hantar terus ke balai polis untuk disiasat. Saya yakin, jika tahapnya masih minima, ia akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan berhemah.
Saya sendiri pernah dipukul oleh pembuli di tepi jalan, lalu saya laporkan kepada pihak polis. Alhamdulillah, sejak hari itu, pembuli tersebut tidak pernah lagi mengulanginya, walaupun kami berselisih di jalan yang sama.
0 Comments
Post a Comment