Public

Zaman kami yang ada rotan dan lempang pun, ada saja kes buli sampai tahap patah kaki, patah tangan - ada yang sampai m#t# jugak. Dan kejadian itu di sekolah agama. Rujuk kes 2000-2006. 

Cuma zaman itu, ia tak sama macam sekarang yang media-media melaporkannya secara luas dan sesiapapun dapat berkongsi dengan cepat. 

Zaman itu - selagimana boleh simpan, sekolah dan universiti akan simpan. Tutup rapat-rapat. 

Pada saya, isu bul# bukan isu yang dapat diselesaikan dengan sekadar peringkat sekolah. Sangat perlu dilibatkan #pdrm. Ia adalah jenayah dan serius. 

PDRM boleh jalankan siasatan dan berikan cadangan penyelesaian sepertimana yang biasa diamalkan.

Guru-guru juga manusia - mereka juga tak dapat kawal diri apabila merotan. Tetapi jika wujud mekanisma kawalan, ia akan menjadi jalan pendidikan terakhir yang terbaik.

Kalau kerajaan nak benarkan rotan, buat sahaja keputusan di peringkat sekolah sehingga guru berani bertanggungjawab dengan hukuman berkenaan. 

Saya tidak kisah jika anak saya dikenakan hukuman rotan selagi ia dilaksanakan atas dasar kewajaran — ketika memang benar melakukan kesalahan, tidak mencederakan, dan tidak dilakukan secara berulang-ulang dalam satu-sesi. Namun amalan sedemikian mesti diawasi ketat supaya hak dan keselamatan murid sentiasa terpelihara.

Zaman sekarang ini - lebih mudah. Guru boleh maklumkan saja kepada ibubapa, yang anak melakukan kesalahan sekian-sekian dan pihak sekolah akan menghukum dengan rotan. Ia lebih praktikal dan tak menzalimi mana-mana pihak. Panggil sahaja ibubapa untuk menyaksikan anaknya dirotan - jika perlu. 

Perkara paling penting - proses pendidikan berjalan dengan baik. 

---
Syihabudin Ahmad