Menurut Syaikh Abu Ishaq al-Huwaini rahimahullah, tiada hadis yang sahih yang disandarkan terus kepada Nabi Muhammad SAW berkaitan pengkhususan bacaan surah al-Kahfi pada malam atau siang hari Jumaat.
Riwayat Abu Said al-Khudri ada merekodkan lafaz "Hari Jumaat", "Malam Jumaat" dan tanpa kedua-duanya. Manakah riwayat yang sahih?
Yang sahih ialah tanpa pengikat dengan hari Jumaat.
مَن قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ كَانَ لَهُ نُورٌ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan ada cahaya untuknya antara dia dan Baitullah yang suci (Kaabah).
Inilah riwayat yang benar daripada Abu Said al-Khudri, manakala riwayat lain adalah Syaz.
Jadi, nak baca hari apa? Bacalah sebanyak-banyaknya. Hari apa pun tak apa, malam apa pun tak kisah.
Ustaz-ustaz boleh tonton: https://www.youtube.com/watch?v=4GZUBBSx3sg
Fakta menarik: Al-Syaikh adalah anak murid Al-Albani, Ibn Baaz dan Ibn Uthaimin.
0 Comments
Post a Comment