Sahabat-sahabat. Video yang kita tengok tadi tu ialah video yang diambil daripada drone dan melihat kepada orang yang sedang solat di padang Tok Sheikh, Gunung Jerai. Saya baca komen-komen daripada video tu, ada yang kata mereka adalah bunian.

Sahabat-sahabat.

Tengah-tengah siang macam tu, boleh jadi orang tadi solat sunat dhuha, atau solat zhor, solat asar atau boleh jadi solat-solat sunat yang lain secara berjemaah.

Yang confirm, itu bukan gambaq orang bunian ka, gambaq jin atau makhluk-makhluk ghaib.

Kalau awak pergi padang Tok Syeikh di Gunung Jerai, anda mungkin akan jumpa orang solat kat situ walaupun di situ bukanlah masjid. Ia termasuk tempat berbatuan yang boleh dijadikan tempat solat.

Di Gunung Jerai ni memang ramai orang hiking sebab view dia yang sangat cantik dan alamnya yang masih terpelihara.

Cuma, masalah yang berlaku di gunung-gunung ni ada 3.

Pertama: Pengunjung yang pengotor dan tidak beradab, sehingga membuang sampah merata-rata. Menyakitkan mata yang memandang. Lagi-lagi ada geng yang hiking, atau camping yang tak bawak balik sampah sendiri. Tapi diorang tinggalkan di situ. Ini semua kezaliman kepada alam.

Kedua: Pemikiran khurafat dan tahyul yang sangat banyak dalam kalangan orang yang mengunjung. Tak kiralah dia tu Muslim ka, Buddha ka, Kristian ka, Hindu ka. Kepercayaan tahyul cukup kuat sehingga meyakini sesuatu yang bercanggah dengan agama.

Sebahagian orang yang datang ke gunung jerai, gunung ledang dan gunung-gunung lain yang cantik-cantik ni, mereka nak dapatkan keramat. Lalu diorang buatlah upacara-upacara yang tidak dibenarkan agama.

Sebahagian orang percaya bahawa Gunung Jerai adalah tempat keramat sehgingga perlu mengikuti ritual tertentu seperti, sebelum naik ke padang tok syeikh, perlulah mandi atau sekurang-kurangnya mengambil wuduk di telaga tok syeikh yang terletak di bahagian bawah sikit.

Di situ ada banyak bunian sehingga kita perlu menjaga tertib kata-kata. Nak kencing pun kena mintak dulu dengan ucapan, “Wahai Tok Nenek, Izinkan cucu kencing di sini.” Dan seumpamanya.

Tuah dan sial juga menjadi penyebab kepada pelbagai pantang larang di gunung dan hutan.

Sebahagian orang main teri dan makyong di tempat-tempat ini. Sebahagian lagi, membuat pemujaan kepada roh-roh tok syeikh di sini, sekalipun sebenarnya yang dia serukan itu bukanlah roh syaikh tapi sebenarnya jin-jin dan syaitan-syaitan.

Sedangkan semua ini dilarang oleh agama.

Nabi SAW bersabda:

‌مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا ‌لَيْسَ ‌عَلَيْهِ ‌أَمْرُنَا ‌فَهُوَ ‌رَدٌّ

Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang bukan termasuk dalam amalan perbuatan kami, maka ia tertolak.

Hadis ini Sahih riwayat Imam Muslim.

Pihak jabatan agama Islam, seperti Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan Negeri Johor sangat mengambil berat isu-isu ini. Sehingga ada beberapa pantauan dan peringatan yang telah mereka buat di gunung Jerai dan Gunung Ledang.

JAKIM sendiri telah terbitkan “GARIS PANDUAN KHURAFAT DAN AZIMAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM” yang sepatutnya dibaca dan diperingatkan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Malaysia.

Ketiga: Masalah besar pada masyarakat kita juga ialah, Terlalu cepat merasa seram, takut kemudian buat spekulasi sendiri.

Bila ada benda pelik sikit saja, terus kata itu jin. Cepat sangat salahkan jin. Rasa seram sikit saja, hantu. Kemudian sendiri yang rasa takut dan seram.

Kita sangat cepat menakut-nakutkan diri kita sendiri.

Saya faham. Ketakutan kepada Unknown ini memang wujud. Bahkan ada pada semua orang.

Pakar-pakar psikologi menamakan terma bagi isu ini dengan xenophobia. Ia adalah kecenderungan untuk merasa takut terhadap sesuatu yang anda tidak ada pengetahuan tentangnya. Sebahagian orang yang mengalami xenophobia ini sampai menggigil dan tak berani melangkah.

Kesan ke tubuh badan juga jelas,

1-      Degupan jantung jadi laju

2-      Pernafasan jadi cepat dan tak teratur

3-      Sebahagian otot merasa tegang

Anda boleh rujuk artikel bertajuk “Understanding and Overcoming Fear of the Unknown” yang diterbitkan di website www.healthline.com/

Inilah orang yang cepat sangat takut rasakan. Kemudian dia buat spekulasi bahawa sesuatu yang dilihat itu adalah jin, hantu, syaitan atau bunian.

Ada juga orang tiba-tiba rasa meremang bulu-bulu badan dia. Dia kata, tu tanda jin ada berdekatan. Sedangkan yang dia alami itu bukanlah isu jin. Boleh jadi perubahan suhu, aircond dia tiba-tiba mati atau sejuk melampau – ini semua menyebabkan bulu roma meremang. Dalam istilah sains, ia disebut hiperrefleksia autonomi atau disrefleksia autonomi.

Saya berharap, dengan kita lebih mengetahui dan memahami bahasa tubuh kita yang Allah ciptakan ini, tidaklah kita cepat sangat fitnah jin dan syaitan. WallahuAlam.