Semalam berbual dengan isteri, “Mengapa setelah berkahwin, orang sudah mula berkira dengan pasangan?” 

“Ini bukan kewajipan aku, ini bukan tanggungjawab aku, ini handphone engkau, ini duit engkau - sedangkan, ketika zaman bercinta, apa sahaja yang dimahukan pasti semua dituruti? Lautan api pun rela diredah!”

Isteri saya sebut, “Mungkin waktu kahwin dulu, mereka dah ‘clash’. Dah putus sebagai girlfriend dan tukar status kepada isteri.” 

Masuk akal. 

Apabila kehangatan bercinta itu hilang, maka rumahtangga akan kelihatan sesuatu yang serius dan sensitif. Tetapi kegirangan, cuteness dan saling tunjuk cantik dan lawa akan hilang. 

Tiada cinta yang muda dan segar. 

Sepatutnya, jika waktu bercinta tidak berkira-kita dengan pasangan, dan rela untuk menerima seadanya, maka demikian jugalah selepas perkahwinan. 

Jadi, benarlah apa yang saya dan isteri buat. Kami sentiasa bercinta sejak sebelum melafazkan akad sehinggalah sekarang. 

Kami berkenalan lebih kurang 3 hari (untuk study group Kimia) ketika di Tingkatan 5, kemudian terpisah selama 7 tahun, tak pernah jumpa lagi selepas itu. 

Owh ya. Kali pertama jumpa, saya sudah jatuh cinta. Love at the first sight. ❤️❤️

Kemudian selepas balik Mesir tahun 2013, kebetulan, tempat kerja saya berdekatan dengan rumahnya - saya terus bertandang ke rumahnya berkali-kali bagi menunjukkan hasrat dan keseriusan untuk memiliki. 

Alhamdulillah, bulan 11 - saya menyatakan rasa cinta kepadanya di hadapan mak dan ayah mertua. Lalu kami terus berbincang untuk bertunang pada bulan itu juga. 

Duit saya tak banyak, 
Hanya ada sebiji motor EX90 yang dibeli cash. 
Dan, muka tak malu. 

Hahaha tapi, mak dan ayah mertua saya excited - mereka terus tukar majlis tunang kepada majlis kahwin. Rupa-rupanya, mereka memang sangat mahu untuk saya menjadi menantu. 

Maka berkahwinlah kami pada 6/12/2013. Dan sekarang, kami ada 5 orang anak-anak yang comel! 

Hari ini —Berdating dengan cinta hatiku di Avillion Admiral Cove bersama anak-anak. 

Ya, kami masih sedang bercinta. ❤️❤️❤️❤️

——-
Syihabudin Ahmad
YouTuber