Fakta bahawa para Muhajirin di Habsyah mendapat jaminan keamanan atas diri dan agamanya, membuatkan orang Quraisy terseksa. Maka, mereka melantik dua orang pemuda mereka yang cerdik lagi kuat, iaitu Amru bin al-`Ash dan Abdullah bin Abi Rabī`ah (sebelum mereka memeluk Islam) untuk dihantar ke Habsyah. Mereka berdua pergi dengan membawa hadiah-hadiah pilihan untuk Najasyi dan para penasihatnya.
Sebelum menemui Najasyi, mereka berdua menemui para penasihatnya terlebih dahulu. Mereka berdua pun menyerahkan beberapa hadiah kepada para penasihat Najasyi itu serta menceritakan alasan-alasan untuk membuatkan orang Islam terusir dari Habsyah. Setelah para penasihat itu bersetuju untuk membantu menasihati Najasyi agar mengusir para Muhajirin, barulah Amru dan Abdullah menemui Najasyi. Mereka berdua mempersembahkan hadiah-hadiah, lalu memulakan percakapan.
أيها الملك، إنه قد ضوى إلى بلدك غِلْمَانٌ سُفَهَاءُ، فَارَقُوا دِينَ قَوْمِهِمْ وَلَمْ يَدْخُلُوا فِي دِينِكُمْ، وَجَاءُوا بِدِينٍ ابتدعوه، لَا نَعْرِفُهُ نَحْنُ وَلا أَنْتَ، وَقَدْ بَعَثَنَا إِلَيْكَ فِيهِمِ أشْرَافُ قَوْمِهِمْ مِنْ آبَائِهِمْ، وَأَعْمَامِهِمْ وَعَشَائِرِهِمْ، لِتَرُدَّهُمِ إلَيْهِمْ، فَهُمْ أَعَلَى بِهِمْ عَيْنًا، وَأَعْلَمُ بِمَا عَابُوا عَلَيْهِمْ وَعَاتَبُوهُمْ فِيهِ.
“Tuanku, sesungguhnya orang bodoh telah berlindung di negeri tuanku. Mereka telah meninggalkan agama kaum mereka tetapi mereka tidak masuk ke dalam agamamu kerana mereka membawa agama baru yang mereka cipta sendiri. Kami tidak mengenali agama itu, begitu juga tuanku. Para pembesar kaum yang terdiri daripada ayah, bapa saudara dan keluarga mereka mengutus kami berdua untuk datang kepada tuanku untuk menguruskan mereka agar tuanku sudi mengembalikan mereka kepada kaum mereka kerana kaum mereka itulah yang lebih berhak atas mereka. Kaum mereka juga lebih tahu alasan yang mendorong mereka untuk mengkritik dan mencela kaum tersebut,”
Para penasihat Najasyi menambah,
صدقا أيها الملك! فَأَسْلِمْهُمِ إلَيْهِمَا، فَلْيَرُدَّاهُمِ إلَى قَوْمِهِمْ وَبِلادِهِمْ
“Benarlah apa yang dikatakan oleh dua orang ini, wahai tuanku. Sebaik-baiknya tuan menyerahkan mereka kepada dua orang ini supaya mereka dapat mengembalikan kepada kaum mereka..”
Namun Najasyi berasa perlu untuk melakukan penyiasatan atas persoalan tersebut serta mendengar dengan adil daripada kedua-dua belah pihak. Maka, dia mengutus seseorang untuk menemui dan mengundang orang Islam supaya datang ke hadapannya. Sebelum itu, mereka telah bersepakat untuk memberikan pernyataan yang jujur biar apa pun yang akan terjadi.
Najasyi bertanya kepada mereka,
مَا هَذَا الدِّينُ الَّذِي فَارَقْتُمْ فِيهِ قَوْمَكُمْ، وَلَمْ تَدْخُلُوا فِي دِينِي وَلا فِي دِينِ أَحَدٍ مِنْ هَذِهِ الملل؟
“Agama apakah yang telah menyebabkan kamu memisahkan diri kamu daripada kaum kamu, sementara kamu tidak masuk ke dalam agamaku dan agama-agama yang lain?”
Jaafar bin Abu Talib[1] yang bercakap mewakili orang Islam menjawab,
أَيُّهَا الْمَلِكُ، كُنَّا قَوْمًا أَهْلَ جَاهِلِيَّةٍ نَعْبُدُ الْأَصْنَامَ، وَنَأْكُلُ الْمَيْتَةَ وَنَأْتِي الْفَوَاحِشَ، وَنَقْطَعُ الْأَرْحَامَ، وَنُسِيءُ الْجِوَارَ يَأْكُلُ الْقَوِيُّ مِنَّا الضَّعِيفَ، فَكُنَّا عَلَى ذَلِكَ حَتَّى بَعَثَ اللهُ إِلَيْنَا رَسُولًا مِنَّا نَعْرِفُ نَسَبَهُ، وَصِدْقَهُ، وَأَمَانَتَهُ، وَعَفَافَهُ،
“Tuanku, kami dahulu adalah kaum Jahiliah. Kami menyembah berhala, makan bangkai, melakukan pelbagai kekejian, memutuskan tali persaudaraan serta melakukan kejahatan kepada jiran. Orang yang kuat antara kami menindas orang yang lemah. Kami hidup seperti itu sehingga Allah mengutus kepada kami seorang rasul daripada bangsa kami sendiri. Kami mengenali keunggulan nasabnya, kejujurannya, sifat amanahnya serta keluhuran akhlaknya.
فَدَعَانَا إِلَى اللهِ لِنُوَحِّدَهُ، وَنَعْبُدَهُ، وَنَخْلَعَ مَا كُنَّا نَعْبُدُ نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِنْ دُونِهِ مِنَ الحِجَارَةِ وَالْأَوْثَانِ، وَأَمَرَنَا بِصِدْقِ الْحَدِيثِ، وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ، وَصِلَةِ الرَّحِمِ، وَحُسْنِ الْجِوَارِ، وَالْكَفِّ عَنِ الْمَحَارِمِ، وَالدِّمَاءِ،
Dia mendakwahi kami untuk mentauhidkan dan menyembah Allah saja. Dia menyeru kami untuk meninggalkan segala sembahan selain Allah yang berupa batu dan patung yang dahulu disembah oleh kami dan orang tua kami. Dia menyuruh kami untuk jujur, menjalankan amanah dengan baik, menyambung tali persaudaraan, melakukan kebaikan kepada jiran serta menghentikan perbuatan dosa dan pertumpahan darah.
وَنَهَانَا عَنِ الْفَوَاحِشِ، وَقَوْلِ الزُّورِ، وَأَكْلِ مَالَ الْيَتِيمِ، وَقَذْفِ الْمُحْصَنَةِ، وَأَمَرَنَا أَنْ نَعْبُدَ اللهَ وَحْدَهُ لَا نُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَأَمَرَنَا بِالصَّلاةِ، وَالزَّكَاةِ، وَالصِّيَامِ
Dia melarang kami daripada pelbagai tindakan keji dan perkataan dusta. Dia juga melarang kami agar tidak memakan harta anak yatim dan tidak menuduh zina kepada wanita-wanita yang terjaga kesuciannya. Dia menyuruh kami untuk menyembah Allah saja, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dia juga menyuruh kami mengerjakan solat, zakat dan puasa.”
Kemudian Jaafar menyebutkan beberapa hal lain yang diperintahkan oleh Islam.
Jaafar meneruskan,
فَصَدَّقْنَاهُ وَآمَنَّا بِهِ وَاتَّبَعْنَاهُ عَلَى مَا جَاءَ بِهِ، فَعَبَدْنَا اللهَ وَحْدَهُ، فَلَمْ نُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا، وَحَرَّمْنَا مَا حَرَّمَ عَلَيْنَا، وَأَحْلَلْنَا مَا أَحَلَّ لَنَا،
“Kami membenarkannya, mengimaninya serta mengikuti langkah-langkahnya dalam mengamalkan agama Allah. Kemudian, kami menyembah Allah saja. Kami tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Kami mengharamkan apa yang Dia haramkan serta menghalalkan apa yang memang dihalalkan-Nya.
فَعَدَا عَلَيْنَا قَوْمُنَا، فَعَذَّبُونَا وَفَتَنُونَا عَنْ دِينِنَا لِيَرُدُّونَا إِلَى عِبَادَةِ الْأَوْثَانِ مِنْ عِبَادَةِ اللهِ، وَأَنْ نَسْتَحِلَّ مَا كُنَّا نَسْتَحِلُّ مِنَ الخَبَائِثِ، فَلَمَّا قَهَرُونَا وَظَلَمُونَا، وَشَقُّوا عَلَيْنَا، وَحَالُوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ دِينِنَا، خَرَجْنَا إِلَى بَلَدِكَ، وَاخْتَرْنَاكَ عَلَى مَنْ سِوَاكَ، وَرَغِبْنَا فِي جِوَارِكَ، وَرَجَوْنَا أَنْ لَا نُظْلَمَ عِنْدَكَ أَيُّهَا الْمَلِكُ،
Kami dimusuhi oleh kaum kami sendiri. Mereka menyeksa kami dan melemparkan pelbagai fitnah terhadap agama kami dengan maksud agar kami kembali menyembah berhala dan tidak lagi menyembah Allah. Juga, agar kami kembali menganggap haram pelbagai kekejian yang dulu kami anggap tidak haram. Mereka memaksa kami, menzalimi kami serta menyempitkan kebebasan kami. Mereka menghalangi kami daripada usaha mengamalkan agama kami. Disebabkan itulah kami keluar menuju ke negeri tuanku. Kami memilih tuanku dan bukan yang lain kerana kami gembira hidup berdampingan dengan rakyat tuanku. Kami juga sangat berharap supaya tidak dizalimi dalam pemerintahan tuanku.”
Najasyi bertanya kepada Jaafar,
هَلْ مَعَكَ مِمَّا جَاءَ بِهِ عَنِ اللهِ مِنْ شَيْءٍ؟ قَالَتْ: فَقَالَ لَهُ جَعْفَرٌ: نَعَمْ، فَقَالَ لَهُ النَّجَاشِيُّ: فَاقْرَأْهُ عَلَيَّ،
“Adakah kamu membawa sesuatu yang dia dakwahkan daripada Allah?” Jaafar menjawab, “Ya, tuanku.” Maka Najasyi berkata, “Jika begitu, bacakanlah kepadaku.”
Jaafar pun membacakan beberapa potong ayat al-Quran yang dimulai daripada Surah Maryam ayat pertama kepada Najasyi (كهيعص). Najasyi menangis seketika sehingga janggutnya basah. Para pengawal kerajaan yang hadir juga turut menangis hingga kitab-kitab yang mereka bawa basah setelah mendengar bacaan al-Quran oleh Jaafar.
Kemudian Najasyi berkata di hadapan semuanya,
إِنَّ هَذَا وَالَّذِي جَاءَ بِهِ مُوسَى لَيَخْرُجُ مِنْ مِشْكَاةٍ وَاحِدَةٍ، انْطَلِقَا فَوَاللهِ لَا أُسْلِمُهُمِ الَيْكُما
“Sesungguhnya, ia sama dengan apa yang dahulu dibawa oleh Nabi Isa dan berasal daripada satu sumber pelita. Silakan kamu berdua pergi dari sini. Demi Allah, aku tidak akan menyerahkan mereka kepada kamu berdua.”
Amru bin al-Ash dan rakannya tersentak dan tidak dapat berkata sepatah kata pun. Mereka berdua beranjak keluar. Ketika itulah Amru bin Ash berkata kepada Abdullah bin Abu Rabiah, “Demi Allah, esok aku akan datang lagi kepadanya. Akan kukatakan hal-hal yang dapat membinasakan orang Islam itu di sana.”
Abdullah bin Abu Rabiah memberikan pendapatnya, “Jangan kamu lakukan perkara itu! Antara mereka telah terjalin persaudaraan dan mereka sama-sama telah memusuhi kita.” Namun begitu, Amru tetap teguh dengan pendiriannya.
Keesokan hari, Amru kembali dan berkata kepada Najasyi,
أَيُّهَا الْمَلِكُ، إِنَّهُمْ يَقُولُونَ فِي عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ قَوْلًا عَظِيمًا
“Tuanku, tahukah tuanku jika mereka mengatakan sesuatu yang tidak boleh dianggap remeh tentang Isa anak Maryam?”
Maka Najasyi kembali mengutus seseorang untuk menjemput para Muhajirin kerana dia akan menyoal mereka mengenai apa yang mereka ucapkan tentang Isa al-Masih. Ketika itu, mereka takut. Walau bagaimanapun, mereka telah bersepakat untuk jujur walau apa pun yang akan terjadi. Tatkala mereka telah datang, Najasyi pun menanyakan hal itu kepada mereka.
Jaafar menjawab,
نَقُولُ فِيهِ الَّذِي جَاءَ بِهِ نَبِيُّنَا: هُوَ عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ، وَرُوحُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ الْعَذْرَاءِ الْبَتُولِ
“Tentang Isa, kami mengatakannya seperti yang disampaikan oleh nabi kami, bahawa dia adalah hamba dan rasul Allah. Dia tercipta daripada tiupan dan kalimat-Nya yang dimasukkan ke dalam rahim Maryam yang perawan.”
Mendengar penjelasan tersebut, Najasyi memungut setangkai dahan yang lurus, lalu berkata,
مَا عَدَا عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ مَا قُلْتَ هَذَا الْعُودَ
“Demi Allah, apa yang kamu katakan tentang Isa anak Maryam tidak ada bezanya dengan dahan ini.” (Maksudnya, sama-sama lurus dan benar.)
Ketika itu, para penasihat Najasyi mendengus. Maka Najasyi berkata pada mereka, “Betul, demi Allah, walaupun kamu mendengus.”
Kemudian Najasyi berkata kepada orang Islam,
اذْهَبُوا، فَأَنْتُمْ شُيُومٌ بِأَرْضِي - وَالشُيُومُ: الْآمِنُونَ – مَنْ سَبَّكُمْ غُرِّمَ، ثُمَّ مَنْ سَبَّكُمْ غُرِّمَ، فَمَا أُحِبُّ أَنَّ لِي دَبْرًا ذَهَبًا، وَأَنِّي آذَيْتُ رَجُلًا مِنْكُمْ
“Kamu boleh pulang. Kamu selamat di negeriku ini. Sesiapa yang berani mengganggu kamu, dia akan didenda. Sesiapa yang berani mengganggu kamu, dia akan didenda. Sesiapa yang berani mempermainkan kamu, dia akan didenda. Aku tidak suka memiliki gunung emas sedangkan aku menyakiti kamu.”
Dia lalu berkata kepada para pengawalnya,
رُدُّوا عَلَيْهِمَا هَدَايَاهُمَا، فَلا حَاجَةَ لَنَا بِهَا، فَوَاللهِ مَا أَخَذَ اللهُ مِنِّي الرِّشْوَةَ حِينَ رَدَّ عَلَيَّ مُلْكِي، فَآخُذَ الرِّشْوَةَ فِيهِ وَمَا أَطَاعَ النَّاسَ فِيَّ، فَأُطِيعَهُمْ فِيهِ
“Kembalikan hadiah-hadiah ini kepada dua orang itu! Aku tidak memerlukannya. Demi Allah, Allah tidak meminta rasuah daripadaku ketika mengembalikan kerajaan ini padaku. Jadi, tiada gunanya aku mengambil rasuah daripada mereka. Allah juga tidak mematuhi manusia kerana aku, maka tiada guna aku mematuhi mereka kerana urusan ini.”
Ummu Salamah yang meriwayatkan kisah ini berkata, “Mereka berdua (Amru dan Abdullah) keluar dan beranjak pergi dengan penuh rasa malu lantaran misi mereka ditolak oleh Najasyi. Sedangkan kami tetap tinggal di Habsyah dengan bahagia dan mendapatkan layanan yang baik.”[2]
Kisah di atas adalah menurut riwayat yang dibawakan oleh Ibnu Ishaq. Sedangkan menurut riwayat lainnya disebutkan bahawa kedatangan Amru bin Ash kepada Najasyi terjadi setelah Perang Badar. Sebahagian ulama yang lain bersepakat bahawa kedatangan Amru terjadi dua kali, di mana dialog yang terjadi antara Najasyi dengan Jaafar pada kedatangan yang kedua berkemungkinan besar adalah sama dengan dialog yang terjadi pada pertemuan hari kedua menurut riwayat Ibnu Ishaq. Jika dilihat isinya secara teliti, dialog yang kedua menerangkan bahawa dialog itu terjadi ketika penyerahan hadiah yang pertama kepada Najasyi.[3]
[1] Sepupu Rasulullah SAW. Beliau ialah jurucakap umat Islam di hadapan Najasyi. Menurut sebahagian pendapat, Najasyi memeluk Islam atas dakwah Ja`far. Nabi pernah bersabda kepada Ja`far:
أَشْبَهْتَ خَلْقِي وَخُلُقِي
Engkau sangat menyerupai bentuk tubuhku dan akhlakku. (HR Al-Bukhāri: 2699).
Ja`far dilantik sebagai ketua panglima perang apabila Zaid terbunuh. Selepas Zaid terbunuh, Ja`far menggantikan Zaid. Beliau memegang panji perang. Pihak musuh menebas tang kanannya, lalu beliau memegang pula dengan tangan kirinya. Sehingga akhirnya tangan kirinya juga ditebas dan beliau terbunuh di medan perang. Sebahagian riwayat menyatakan bahawa luka ditubuhnya dianggarkan lebih daripada 70 luka yang berasal daripada pelbagai jenis senjata seperti lembing, panah, pedang dan lain-lain. Semuanya menunjukkan dia kehadapan tidak berpaling. Lalu Allah menggantikannya dengan 2 sayap. Dia digelar Ja`far al-Ṭayyār. Beliau Syahid ketika umur diantara 25-30 tahun. Sebahagian riwayat menyatakan 41 tahun.
[2]Dituliskan oleh Ibnu Hisyam secara ringkas dalam al-Sirah al-Nabawiah, jil I, hlm. 334-338.
[3] Kisah ini boleh didapati di dalam Riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, bilangan: 1740, Musnad Ahlu Bait, Fasal Ja`far bin Abu Tālib. Hadis ini Hasan menurut Syeikh Syuaib al-Arnaout. Rijal hadis ini siqah dan menjadi perawi Syaikhain melainkan Muhammad bin Ishak yang hanya dijadikan sebagai mutaba`ah oleh Muslim.
0 Comments
Post a Comment