Di dalam bab ini kita akan mengetahui tentang definasi, jenis-jenis sunnah, pembahagiannya daripada sudut sanad, al-Qaṭ`ie dan al-Ẓanny, kedudukan interaksi al-Sunnah dengan al-Qurān, kehujahan al-Sunnah, Pendapat ulama terhadap khabar al-Ahād dan perbuatan Nabi SAW.
DEFINASI AL-SUNNAH DAN JENISNYA
Al-Sunnah daripada sudut bahasa: sirah atau cara yang biasa digunakan. Daripada definasi ulama Usūl Fiqh pula, ia membawa maksud:
كُلُّ ماَ صَدَرَ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أُوْ تَقْرِيْرٍ
Setiap perkataan (al-Qawliyyah), perbuatan (al-Fi`liyyah) serta penyaksian (al-Taqrīriyyah) yang disandarkan kepada Rasulullah SAW
Daripada definasi berkenaan, ia menunjukkan pembahagian al-Sunnah kepada tiga perkara:
1- Al-Sunnah al-Qauliyyah
Setiap hadis yang menunjukkan Rasulullah SAW mengatakan sesuatu dalam pelbagai tujuan dan situasi.
Contohnya, Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amalan bergantung pada niat”[1], “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain”[2], “Perlu mengeluarkan zakat haiwan ternakan.”[3], “Tiada wasiat untuk waris”[4] dan jawapan Rasulullah apabila baginda ditanya tentang hukum berwwuduk dengan air laut “Airnya suci serta bangkainya halal”[5].
2- Al-Sunnah al-Fi`liyyah
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
Seperti mendirikan solat lima waktu, menunaikan syiar haji, penetapan saksi dan sumpah pada orang yang mendakwa, serta memotong tangan kanan pencuri sehingga pergelangan.
3- Al-Sunnah al-Taqrīrīyyah
Sesuatu yang diakui oleh Nabi SAW sama ada secara jelas atau baginda mendiamkan diri daripada mengingkari perbuatan berkenaan setelah ia dilakukan di hadapan baginda, atau ia berlaku pada zaman baginda dan baginda mengetahuinya, atau kelihatan Nabi menunjukkan riak keizinan dan redhanya.
Contohnya, pengakuan terhadap para sahabat yang bertayamum[6] kemudian menemui air, lalu salah seorangnya mengulang solat manakala yang lain tidak. Baginda berkata kepada orang yang tidak mengulang solat: Kamu telah melaksanakan sunnah dan solatmu telah memadai.” Kemudian baginda berkata kepada orang yang mengulangi: “Kamu mendapat dua pahala”[7]. Contoh lain, sahabat makan daging biawak pasir (Dhob) di atas meja Rasulullah SAW[8], penyaksian baginda terhadap cara Muaz bin Jabal memutuskan keputusan di Yaman dengan memulakan al-Quran kemudian al-Sunnah kemudian al-Ijtihad[9]. Contoh lain, Nabi SAW menunjukkan kegembiraan apabila pembukti nasab (al-Qāif) menunjukkan pada kaki Usāmah dan Zaid. Dia berkata kepada kedua-duanya: “Kaki-kaki ini adalah berasal daripada satu sama lain.”[10] Lalu kaedah al-Qiyāfah menjadi salah satu cara membuktikan nasab keturunan. Seperti itulah pendapat jumhur ulama kecuali al-Hanafiyyah.
PEMBAHAGIAN SUNNAH DARIPADA SUDUT SANAD
Daripada sudut sanad, jumhur ulama membahagikan sunnah kepada dua bahagian iaitu Sunnah Mutawātirah dan Sunnah Āhād . Manakala menurut al-Hanafiyyah, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: Sunnah Mutawātirah, Sunah Masyhurah dan Sunah Ahād .
Sunah al-Mutawāttirah ialah sesuatu diriwayatkan daripada Nabi SAW pada 3 kurun awal secara beramai-ramai sehingga menghalang dakwaan mereka berdusta secara adatnya.
Contohnya ialah sunnah amalan yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW dalam hal syiar agama seperti wuduk, solat, puasa, haji, zakat, iqāmah dan lain-lain.
Contoh hadis mutawātirah iahal hadis berikut:
Sesiapa berbohong atas namaku secara sengaja maka tempahlah tempat duduknya daripada api neraka.
Serta hadis berikut:
Celakalah tumit-tumit daripada api neraka!
Bilangan hadis ini mencapai 309 hadis sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Al-Nuẓum al-Mutanāsirah fi al-Hadis al-Mutawātir karya al-Syeikh Muhammad bin Ja`far al-Kattāny (1927M) rahimahullah.
Hukum al-Mutawatir: Ia Qaṭ`iy al-Subūt - Pasti lagi benar bahawa ia daripada Nabi SAW. Maka ia menghasilkan ilmu, yakin dan kafir bagi siapa yang menafikannya.
Pendapat yang al-Rajih (terpilih) di dalam menetapkan bilangan al-Tawātur ialah: Apa-apa yang sampai kepada ilmu dan yaqin di sisinya daripada kata-kata orang yang mengkhabarkan, tanpa menghadkan bilangan khusus.
Al-Sunnah al-Masyhūrah: ialah suautu yang diriwayatkan daripada Nabi SAW (oleh para sahabat – pent) dalam kalangan yang bilangannya tidak sampai kepada al-Tawātur seperti riwayat daripada seorang atau dua orang, kemudian ia tersebar pada kurun kedua selepas sahabat. Lalu mereka menaqalkan secara beramai-ramai sehingga mereka tidak mungkin didakwa bersetuju untuk berdusta. Kemudian ia tersebar selepas kurun ketiga al-Uwlā .
Contohnya hadis berikut:
Setiap amalan bergantung pada niat
Islam terbina atas lima perkara..
Tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
Serta hadis menyapu di atas Khuf dan hadis rejam .
Perbezaan di antara jenis ini dan sebelumnya ialah: Al-Sunnah al-Mutawātirah adalah kupulan al-Tawatur berlaku pada ketiga-tiga peringkat iaitu pertama, kedua dan ketiga. Manakala Sunah al-Masyhūrah tidak tawatur pada peringkat pertama.
Hukum al-Sunnah al-Masyhūrah ialah: Ia Qaṭ`iy al-Subūt Pasti lagi benar bahawa ia daripada sahabat yang meriwayatkannya. Tetapi ia tidak Pasti lagi benar bahawa ia daripada Rasulullah SAW. Maka ia membawa kepada ketenangan dan keraguan yang lebih hampir kepada yakin, serta sesiapa yang menafikannya menjadi fasiq. Ia juga berperanan mengkhususkan apa yang diumumkan oleh al-Quran serta mengikat apa yang mutlak dalam al-Quran sepertimana peranan Sunnah al-Mutawatirah.
Sunah al-Ahād: ialah diriwayatkan daripada Rasulullah SAW secara minima seperti seorang, dua orang atau ramai yang tidak sampai kepada had al-Tawātur. Kebanyakkan hadis Ahād dinamakan Khabar al-Wāhid.
Hukumnya ialah: Ia membawa menghasilkan keraguan (al-Ẓan), tidak yakin serta tiada ketenangan. Ia masih lagi diragui datang daripada Rasulullah SAW tetapi wajib beramal dengannya, tidak pada perkara akidah kerana keraguan pada penyabitannya, demikianlah pendapat jumhur. Kerana Ẓan ini rajih al-Wuqu` (kecenderungan ia berlaku) kerana ia lengkap daripada sudut perawi dalam hadis sahih daripada sudut `Adalah, benar-benar kuat ingatan serta cemerlang (itqān). Maka kecenderungan Ẓan mencukupi untuk mewajibkan amal.
Kehujahan Sunnah dalam Hukum
Boleh jadi kehujahan sunnah di dalam hukum menjadi Qaṭ`iyyah (pasti) yang tidak boleh ditakwil. Boleh jadi ia Ẓonniyyah yang boleh membawa maksud lain. Dalam hal ini ia sama seperti al-Quran, melainkan al-Quran itu semuanya Qaṭiyyah al-Subūt manakala al-Sunnah tidak semua Qaṭ`iyyah al-Subūt melainkan sunnah al-Mutawatirah. Justeru itu, sunnah terbahagi kepada: Sebahagiannya Qaṭiyyah al-Subūt dan sebahagian yang lain ialah Ẓanniy al-Subūt. Daripada sudut menjadikan ia sebagai dalil pula, ia seperti al-Quran iaitu boleh jadi Qaṭ`iy al-Dilalah atau Ẓonniy al-Dilālah.
Tambahan Nota:
PEMBAHAGIAN SUNNAH DARIPADA SUDUT SANAD
Daripada sudut sanad, jumhur ulama membahagikan sunnah kepada dua bahagian iaitu Sunnah Mutawātirah dan Sunnah Āhād . Manakala menurut al-Hanafiyyah, ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: Sunnah Mutawātirah, Sunah Masyhurah dan Sunah Ahād .
Sunah al-Mutawāttirah ialah sesuatu diriwayatkan daripada Nabi SAW pada 3 kurun awal secara beramai-ramai sehingga menghalang dakwaan mereka berdusta secara adatnya.
Contohnya ialah sunnah amalan yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW dalam hal syiar agama seperti wuduk, solat, puasa, haji, zakat, iqāmah dan lain-lain.
Contoh hadis mutawātirah iahal hadis berikut:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Serta hadis berikut:
وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ
Bilangan hadis ini mencapai 309 hadis sepertimana yang disebutkan di dalam kitab Al-Nuẓum al-Mutanāsirah fi al-Hadis al-Mutawātir karya al-Syeikh Muhammad bin Ja`far al-Kattāny (1927M) rahimahullah.
Hukum al-Mutawatir: Ia Qaṭ`iy al-Subūt - Pasti lagi benar bahawa ia daripada Nabi SAW. Maka ia menghasilkan ilmu, yakin dan kafir bagi siapa yang menafikannya.
Pendapat yang al-Rajih (terpilih) di dalam menetapkan bilangan al-Tawātur ialah: Apa-apa yang sampai kepada ilmu dan yaqin di sisinya daripada kata-kata orang yang mengkhabarkan, tanpa menghadkan bilangan khusus.
Al-Sunnah al-Masyhūrah: ialah suautu yang diriwayatkan daripada Nabi SAW (oleh para sahabat – pent) dalam kalangan yang bilangannya tidak sampai kepada al-Tawātur seperti riwayat daripada seorang atau dua orang, kemudian ia tersebar pada kurun kedua selepas sahabat. Lalu mereka menaqalkan secara beramai-ramai sehingga mereka tidak mungkin didakwa bersetuju untuk berdusta. Kemudian ia tersebar selepas kurun ketiga al-Uwlā .
Contohnya hadis berikut:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ
Islam terbina atas lima perkara..
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Serta hadis menyapu di atas Khuf dan hadis rejam .
Perbezaan di antara jenis ini dan sebelumnya ialah: Al-Sunnah al-Mutawātirah adalah kupulan al-Tawatur berlaku pada ketiga-tiga peringkat iaitu pertama, kedua dan ketiga. Manakala Sunah al-Masyhūrah tidak tawatur pada peringkat pertama.
Hukum al-Sunnah al-Masyhūrah ialah: Ia Qaṭ`iy al-Subūt Pasti lagi benar bahawa ia daripada sahabat yang meriwayatkannya. Tetapi ia tidak Pasti lagi benar bahawa ia daripada Rasulullah SAW. Maka ia membawa kepada ketenangan dan keraguan yang lebih hampir kepada yakin, serta sesiapa yang menafikannya menjadi fasiq. Ia juga berperanan mengkhususkan apa yang diumumkan oleh al-Quran serta mengikat apa yang mutlak dalam al-Quran sepertimana peranan Sunnah al-Mutawatirah.
Sunah al-Ahād: ialah diriwayatkan daripada Rasulullah SAW secara minima seperti seorang, dua orang atau ramai yang tidak sampai kepada had al-Tawātur. Kebanyakkan hadis Ahād dinamakan Khabar al-Wāhid.
Hukumnya ialah: Ia membawa menghasilkan keraguan (al-Ẓan), tidak yakin serta tiada ketenangan. Ia masih lagi diragui datang daripada Rasulullah SAW tetapi wajib beramal dengannya, tidak pada perkara akidah kerana keraguan pada penyabitannya, demikianlah pendapat jumhur. Kerana Ẓan ini rajih al-Wuqu` (kecenderungan ia berlaku) kerana ia lengkap daripada sudut perawi dalam hadis sahih daripada sudut `Adalah, benar-benar kuat ingatan serta cemerlang (itqān). Maka kecenderungan Ẓan mencukupi untuk mewajibkan amal.
Kehujahan Sunnah dalam Hukum
Boleh jadi kehujahan sunnah di dalam hukum menjadi Qaṭ`iyyah (pasti) yang tidak boleh ditakwil. Boleh jadi ia Ẓonniyyah yang boleh membawa maksud lain. Dalam hal ini ia sama seperti al-Quran, melainkan al-Quran itu semuanya Qaṭiyyah al-Subūt manakala al-Sunnah tidak semua Qaṭ`iyyah al-Subūt melainkan sunnah al-Mutawatirah. Justeru itu, sunnah terbahagi kepada: Sebahagiannya Qaṭiyyah al-Subūt dan sebahagian yang lain ialah Ẓanniy al-Subūt. Daripada sudut menjadikan ia sebagai dalil pula, ia seperti al-Quran iaitu boleh jadi Qaṭ`iy al-Dilalah atau Ẓonniy al-Dilālah.
Tambahan Nota:
Subut (Kebenaran Sumber)
|
Dilalah (Kebenaran
Kandungan Makna)
|
|||
Qatie
|
Zannie
|
Qatie
|
Zannie
|
|
Al-Quran
|
/
|
x
|
/
|
/
|
Al-Sunnah
|
/
|
/
|
/
|
/
|
Kedudukan al-Sunnah jika disandar kepada al-Qurān
Daripada sudut kehujahan (al-Ihtijāj), al-Sunnah berada pada kedudukan kedua setelah al-Qurān. Kerana al-Qurān ialah Qaṭ`ie al-Subūt, manakala sunah pula Ẓonniyat al-Subūt. Yang al-Qaṭ`ie didahulukan berbanding Ẓonniy.
Kerana juga alSunnah berperanan memberi penjelasan terhadap al-Kitāb justeru itu, al-Bayān (penjelasan) mengikuti al-Mubayyan (perkara yang perlu dijelaskan). Dalilnya telah didahului sebelum ini daripada hadis Mu`āz: “Dengan apa kamu berhukum wahai Mu`āz”.
Manakala daripada sudut hukum pula, ia terbahagi kepada empat bahagian :
Pertama – al-Sunnah menguatkan apa yang telah ada di dalam al-Qurān.
Seperti suruhan untuk mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramaḍān, serta mengerjakan haji. Demikian juga larangan syirik kepada Allah, sumpah palsu, derhaka kepada ibubapa,serta membunuh tanpa hak.
Larangan daripada makan harta orang lain adalah seperti sabdaan Nabi SAW:
لَا يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ إِلَّا بِطِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ
Tidaklah halal harta seorang kecuali dengan dasar kerelaan jiwanya.
Ia menguatkan firman Allah:
29. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)…
(Al-Nisā’: 29)
Serta hadis:
اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا
Berilah nasihat kepada para wanita dengan sebaik-baiknya.
Ia menguatkan ayat al-Quran berikut:
… dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik...
(Al-Nisā’: 19)
Kedua – Al-Sunnah Memberi Penjelasan Terhadap al-Quran
Penjelasan ini terbahagi kepada tiga bahagian;
a- Menjelaskan ayat al-Quran yang mujmal (ringkas): seperti sunah-sunah al-`Amaliyyah (perbuatan) dan al-Qauliyah (perkataan) bagi menjelaskan bentuk ibadat dan standard muamalat.
b- Mengkhususkan ayat al-Quran yang bersifat `Ām (umum): seperti hadis:
لَا تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ عَلَى عَمَّتِهَا، وَلَا عَلَى خَالَتِهَا، وَلَا الْمَرْأَةُ عَلَى ابْنَةِ أَخِيهَا، وَلَا عَلَى ابْنَةِ أُخْتِهَا
Jangan dinikahi wanita bersama ibu saudaranya (daripada sebelah bapa) dan ibu saudaranya (disebelah ibu), demikian juga tidak boleh mengumpulkan seorang wanita dengan anak saudaranya yang lelaki atau perempuan.
Hadis berkenaan telah mengkhususkan ayat berikut:
… dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…
(Al-Nisā’: 24)
c- Mengikat ayat al-Quran yang Muṭlaq: Seperti nabi menentukan bahagian pergelangan tangan yang dipotong bagi kesalahan mencuri. Ia adalah pengikat (muqayyad) kepada ayat mutlaq berikut:
38. dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka …
(Al-Māidah: 38)
Ketiga – Al-Sunnah memansuhkan (hukum) al-Quran.: Seperti hadis:
لَا وَصِيَّةَ لِوَارِثٍ
Tiada wasiat buat waris.
Ia memansuhkan (nasakh) ayat wasiat kepada waris berikut:
180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah: 180)
Ini adalah pendapat jumhur kecuali al-Syāfii.
Keempat: Al-Sunnah membawa hukum yang tidak ada di dalam al-Quran: Seperti hadis-hadis rejam penzina yang muhṣan, hukum saksi dan sumpah, haram memakai emas dan sutera bagi lelaki, zakat fitrah, kewajipan zakat al-`Aqilah, pengharaman keldai, pembebasan tawanan dan sebagainya.
Kehujah al-Sunnah
Para ulama telah besepakat bahawa wajib mengikuti al-Sunnah al-Nabawiyyah sepertimana mengikuti al-Quran di dalam istibat hukum syara`. Al-Sunnah ialah sandaran kedua di dalam pensyariatan. Dalil bagi perkara ini sangat banyak di dalam al-Quran, Ijmak dan Akal.
Pertama: Al-Quran: Allah telah mewajibkan bagi orang beriman untuk taat serta mengikuti Nabi SAW. Allah telah menjadikan ketaatan kepada Nabi sebagai menunjukkan taat kepada-Nya. Allah juga memerintahkan umat Islam merujuk perkara yang mereka selisihi kepada Allah dan rasul. Allah juga tidak memberi izin kepada orang beriman lelaki dan wanita untuk membuat pilihan setelah ia ditentukan Allah dan rasul. Allah juga menafikan keimanan kepada sesiapa yang tidak menerima perintah Rasulullah, di dalam ayat yang banyak sekali:
Antaranya:
59. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(Al-Nisa: 59)
80. sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;…
(Al-Nisa: 80)
65. maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
(Al-Nisa: 65)
36. dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka…
(Al-Ahzāb: 36)
… dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. …
(Al-Hasyr: 7)
31. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. ..
(Ali Imrān: 31)
... oleh itu, hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Nur: 63)
Ayat-ayat tersebut dan lainnya menunjukkan bahawa wajib mengikuti Rasulullah SAW di dalam sunahnya. Sunnah yang sahih adalah wajib diikuti, tidak selainnya.
Kedua: Ijmā` para sahabat Nabi SAW: Para sahabat Nabi SAW telah bersepakat di atas isu kewajipan beramal dengan sunnah al-Nabawiyyah setelah al-Quran. Ia menunjukkan telah beramal dengan perintah-perinah al-Quran. Perkara ini ditunjukkan melalui pertanyaan Nabi SAW kepada Mu`āz dalam pengadilan di Yaman: “Apabila kamu tidak temui di dalam Kitāb Allah? Muāz menjawab: Aku akan mengadili dengan al-Sunnah Rasulullah SAW.” Justeru itu, ia menjadikan al-Sunnah menjadi pengikut dalam manhaj sahabat dalam berfatwa serta memutuskan hukuman sekiranya tidak ditemui hukum berkenaan di dalam al-Quran.para tabiin yang datang kemudian turut mengikuti manhaj ini sehinggalah kepada zaman kita hari ini.
Ketiga: Logik Akal: Tidak mungkin untuk beramal dengan hukum yang umum di dalam al-Quran tanpa mendapat penjelasan al-Sunnah. Proses Nabi SAW menyampaikan wahyu Tuhannya melalui dua perkara; Pertama membacakan al-Quran, dan kedua Nabi SAW menjelaskannya. Jadilah Syariah itu sebagai satu jasad yang mengumpulkan al-Quran dan al-Sunnah secara bersama tanpa boleh dipisahkan di antara kedua-duanya.
Dalil bagi perkara berkenaan ialah firman Allah: 43. dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, …(Al-Baqarah: 43) Firman Allah:… Diwajibkan berpuasa …(Al-Baqarah: 183)
Firman Allah:… dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadanya…(Ali Imrān: 97) Firman Allah:… Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba…(Al-Baqarah: 275)Firman Allah:…dan (sebaliknya) Dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan Yang lain daripada Yang tersebut itu,..
(Al-Nisā’: 24) Firman Allah: 38. dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka …(Al-Māidah: 38)
Demikian juga ayat-ayat yang lain yang memerlukan kepada penjelasan. Rasulullah SAW telah menjelaskan cara mengerjakan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramaḍān, menunaikan syariat haji, menjelaskan syarat-syarat jual beli yang benar, jenis riba yang bersifat jenayah, siapakah wanita yang harus dikahwini, bahagian tangan yang dipotong kerana kesalahan mencuri dan sebagainya. Penjelasan Nabi itu adalah suatu kewajipan sebagai mentaati perintah Allah Azza wa jalla di dalam firman-Nya:
… dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-Quran Yang memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada mereka..
(Al-Nahl: 44)
Sekiranya al-Sunnah tidak memberikan penjelasan bagi hukum-hukum berkenaan, maka akan merencatkan pelaksanaan. Ia menjadikan al-Sunnah al-Sābitah sebagai wajib untuk diikuti di dalam semua aspek sama ada apabila ia menjelaskan ayat al-Quran yang umum atau mengikat ayat yang mutlak. Ataupun, al-Sunnah membawa hukum baharu yang tidak disebutkan di dalam al-Qurān kerana akhirnya al-Sunnah itu membawa maksud ia adalah wahyu daripada Allah. Allah berfirman secara jelas:
3. dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.
(Al-Najm: 3-4)
Perbuatan Nabi SAW:
Perbuatan Nabi SAW terbahagi kepada 3 bahagian :
Al-Af`āl al-Jibilliyyah iaitu sesuatu perbuatan yang dilakukan Nabi SaW sebagai sebagai menunjukkan bahawa baginda seorang manusia biasa. Seperti berdiri, duduk, makan, tidur, dan berjalan. Ia adalah sesuatu yangb harus dilakukan yang disandarkan kepadanya dan umatnya. Tidak wajib untuk kita mengikuti serta menirunya dalam bab itu. Sekiranya ada dalil yang menunjukkan kesunahannya seperti makan dengan tangan kanan, maka ia menjadi syariat.
Antaranya ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada isu pengalaman hidup seperti di dalam perniagaan, pertanian, pengurusan ketenteraan, menyifatkan ubat bagi sesuatu penyakit dan sebagainya, ia tidak menjadi syariat. Kerana baginda melakukannya atas usaha ijtihad dan pengalaman individu. Bukan daripada wahyu illahi.
Justeru itu kita mendapati kisah pada peperangan Badar, Nabi memberi pendapat untuk berhenti di suatu lokasi. Lalu al-Hubāb bin al-Munzir bertanya: Adakah ini lokasi yang diwahyukan Allah kepadamu atau ia hanyalah satu pendapat, strategi perang dan taktik? Nabi bersabda: Bahkan ia adalah pandangan, strategi perang dan taktik. Lantas al-Hubāb berkata: Ini bukanlah lokasi yang baik. Lalu beliau menunjukkan tempat lain yang berdekatan dengan air. Lalu para tentera berhenti di lokasi berkenaan.
Demikian juga apabila Nabi SAW melihat rakyat Madinah mengahwinkan kurma, Nabi mengisyaratkan untuk tidak dikahwinkan. Lalu mereka tinggalkan dan hasil kurma tidak elok pada tahun berkenaan. Lantas Nabi SAW berkata kepada mereka: Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu.
Kedua – perbuatan yang menjadi keistimewaan Nabi SAW sahaja. Seperti keharusan bagi Nabi menyambung puasa (Al-Wuṣāl), kewajipan solat Ḍuhā, korban, witir, tahajjud, harus berkahwin lebih daripada 4, mencukupi baginya menyabitkan dakwaan dengan seorang saksi sahaja dan lain-lain. Keistimewaan ini hanya ada pada diri Nabi SAW sahaja, tidak boleh dicontohi ia hanya khusus baginya.
Ketiga – Perbuatan yang tidak termasuk di dalam kategori di atas, inilah yang dikehendaki dalam agama. Ini hendaklah diikuti dan dicontohi. Sifatnya boleh jadi wajib, sunat atau harus seperti berikut:
a- Sekiranya perbuatan Nabi berkenaan bersifat menjelaskan keumuman ayat al-Qurān atau mengikat ayat yang mutalq atau mengkhususkan ayat yang am, maka hukum mengikuti Nabi dalam bab berkenaan adalah sepertimana hukum berkenaan sama ada wajib atau sunat. Ia boleh dikenali sama ada dengan kata-kata yang jelas seperti sabda baginda pada urusan Solat “Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat”, pada urusan Haji: “Ambillah manasik haji itu daripadaku.”, ataupun daripada sudut ikatan keadaan (Qarinah al-Ahwāl) sebagai perbuatan yang tepat yang menunjukkan kaedah pelaksanaan apabila diperlukan seperti Nabi memotong tangan pencuri di bahagian pergelangan tangan, ini menjelaskan firman Allah: … maka (hukumnya) potonglah tangan mereka …
(Al-Māidah: 38)
Demikian juga baginda bertayamum sehingga ke siku, ia menjelaskan firman Allah: … Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu…(Al-Nisā’: 43)
Penjelasan Nabi itu mengikuti perkara apa yang dijelaskannya sama ada wajib, sunat atau harus.
b- Sekiranya perbuatan Nabi dilakukan tanpa tujuan menerangkan sesuatu; sama ada diketahui sifatnya berbentuk syariat atau tidak dikenali.
Sekiranya sifatnya diketahui dalam bentuk syariat seperti wajib, sunat atau harus maka umatnya hendaklah mengikuti seumpamanya. Kerana Allah berfirman:
…apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. ..
(Al-Hasyr: 7)
Serta firman Allah:
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, …
(Al-Ahzāb: 21)
Demikian juga kerana para sahabat akan merujuk, berhujah serta mencontohi Nabi SAW dalam pelbagai perkara. Sepertimana Umar RA mencium al-Hajar al-Aswad lalu berkata:
لَقَدْ عَلِمْتُ أَنَّكَ حَجَرٌ،لاَ تَضُرُّ وَلاَ تَنْفَعُ وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ
Aku mengetahui bahawa engkau hanyalah seketul batu yang tidak mampu memberi mudarat atau manfaat. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.
Sekiranya tidak diketahui sifat itu berbentuk syariah pula; penilaiannya adalah seperti berikut: sekiranya terzahir sifat al-Qurbah, iaitu sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat dua rakaat yang tidak sering dilakukan maka ia menjadi dalil kepada sunnah.
Sekiranya tidak terzahir padanya sifat al-Qurbah seperti jual beli, pertanian, maka ia membawa kepada keharusan inilah yang rājih di sisi ulama kerana keharusan adalah kadar yang paling diyakini. Tidak mampu diangkat lagi melainkan dengan dalil, sedangkan tiada dalil. Dalam pandangan yang lain menyatakan; ia menjadi dalil kepada sunat kerana perbuatan itu tidak dilakukan melainakn dengan tujuan al-Qurbah maka yang paling dekat ialah sunat.
Kesimpulan: Perbuatan seorang manusia semata-mata, pengalaman, pengurusan hal dunia, khususiyyat (keistimewaan) tidak menjadi syariat dan bukan juga sunnah yang dituntut. Maksud syariat itu mengandungi sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW dengan sifat risalah kerana baginda adalah Rasul, demikianlah syariat yang dituntut untuk diikuti.
----- Nota Kaki ------
[1] [Sahih] HR al-Bukhari pada permulaan kitab beliau. Hadis no 1.
[2] [Hasan] HR Ibn Majah: 2341. Al-Albani menyatakan bahawa ia Sahih li Ghairih. Menurutnya, hadis 2340 adalah Sahih. Hadis tersebut dengan lafaz “Ubadah bin Al-Ṣāmit berkata: Rasulullah SAW menetapkan bahawa tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.” Perbezaan antara kedua-dua riwayat berkenaan ialah, riwayat 2341 menyatakan Rasulullah bersabda. Di dalam riwayat 2341 pula terdapat perawi Jābir al-Ju`fi yang merupakan seorang yang dituduh berdusta. Manakala Syeikh Syuaib al-Arnaout menyatakan sepertimana yang disebutkan al-Albani kemudian dia mendatangkan kenyataan “Al-Hakim mensahihkannya, al-Alaie al-Hafiz cenderung mensahihkannya, Ibn Rejab menguatkannya di dalam Jami` al-ulum wal Hikam. Ibn Salah menghasankannya. Al-Nawawi menghasankannya...”
[3] Saya tidak menemui lafaz hadis yang digunakan al-Syeikh iaitu “Fi al-Sāimah Zakātun”. Namun, berkaitan hadis-hadis lain yang menyebutkan tentang zakat ternakan memang wujud banyak seperti: “Zakat kambing ternakan ialah apabila mencapai 40 ekor sehigga 120 ekor maka zakatnya seeor kambing.” – HR al-Bukhari: 1454.
[4] [Sahih] HR Ibn Majah: 2713. Syeikh Syuaib al-Arnaouṭ menyatakan: Sahih.
[5] [Sahih] HR Ibn Majah: 383. Syeikh Syu`aib al-Arnaouṭ menyatakan: Hadis Sahih.
[6] Ketika bermusafir dan tidak menemui air untuk bersolat.
[7] [Hasan] Hadis ini diriwayatkan oleh al-Darimi di dalam sunan beliau, 771. Pentahqiq Husain Salim Asad al-Dārāny menyatakan Isnad hadis ini hasan. Hadis ini berlegar pada jalur perawi bernama Abdullah bin Nāfi`, para ulama hadis berbeza-beza di dalam menentukan darjatnya. Imam al-Hākim di dalam al-Mustadrak (632) menyatakan hadis ini sahih di atas syarat al-Ṣyaikhān, Abdullah bin Nafi` adalah seorang yang dipercayai.
[8] [Sahih] HR al-Bukhari: 2575. Hadis tersebut menyatakan: “Daripada Ibn Abbas, katanya: Ummu Hufaid, - ibu saudara Ibn Abbas – menghadiahkan Nabi SAW keju, minyak samin dan daging biawak pasir. Nabi SAW makan keju dan minyak samin dan membiarkan daging biawak pasir kerana tidak menyukainya. Ibnu Abbas memberi ulasan: Semua itu dihidangkan di atas meja Rasulullah, sekiranya ia haram maka ia tidak akan dimakan di atas meja Rasulullah SAW.” Di dalam hadis 5391 pula menunjukkan Rasulullah tidak menyentuh hidangan biawak pasir. Lalu Khalid bin al-Walid bertanya: Adakah biawak pasir ini haram wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tidak, tetapi ia tidak ada di tempatku lalu aku tidak menyukainya.” Khalid bercerita: Lalu aku kunyah dan aku makan biawak pasir itu. Rasulullah melihatku sahaja.
[9] [Dhoif] HR Abu Daud: 3592. Syeikh Syuaib al-Arnaouṭ menyatakan Isnad hadis ini Dhoif kerana kesamaran ashab Muaz dan jahalah al-Hāris bin Amru.
[10] [Sahih] HR al-Bukhari: 3731. Hadis tersebut dengan lafaz berikut: Aisyah berkata: Seorang yang pandai di dalam mengetahu asal usul keturun datang kepadaku sedangkan Rasulullah menyaksikannya. Manakala Usamah bin Zaid dan Zaid bin Harisah sedang tidur berbaring. Orang pandai asal usul ini berkata: “Sesungguhnya kaki ini berasal dari keturunan yang satu.” Perawi berkata: Kejadian tersebut membuatkan Rasulullah gembira sekaligus mengagumi lelaki berkenaan lalu dia mengkhabarkan kepada Aisyah.
1 Comments
assaamualaikum ustaz kitab al wajez fi usul fiqh ada yang bahasa arab tak ustaz
ReplyDeletePost a Comment