171 – Diberitakan kepada kami oleh Abu Abdullah Muhammad bin Abdullag al-Hāfiẓ, diberitakan kepada kami oleh Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Sakhtawaih, diceritakan kepada kami oleh Bisyr bin Mūsā, diceritakan kepada kami oleh al-Hasan bin Mūsā al-Asyyab, daripada Ibrāhīm bin Sa`ad al-Zuhry, daripada Ibn Syihāb – Ha –
Diberitakan kepada kami oleh Abu Naṣr Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Muqātil al-Hāsyimī al-Farwy, diceritakan kepada kami oleh Abu Muhammad Ahmad bin Abdullah al-Muzany, diberitakan kepada kami oleh Abu Khlalīfah al-Faḍl bin al-Hubāb, diceritakan kepada kami oleh Abu al-Walīd al-Ṭayālasy, diceritakan kepada kami oleh Ibrāhīm bin Sa`ad, diceritakan kepada kami oleh Ibn Syihāb, daripada `Ubaid bin al-Sabbāq daripada Zaid bin Sābit, katanya:
أَرْسَلَ إِلَيَّ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ مَقْتَلَ أَهْلِ الْيَمَامَةِ، فَإِذَا عُمَرُ جَالِسٌ عِنْدَهُ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: إِنَّ عُمَرَ جَاءَنِي فَقَالَ: إِنَّ الْقَتْلَ فَقَدِ اسْتَحَرَّ وإِنِّي أَرَى أَنْ تَأْمُرَ بِجَمْعِ الْقُرْآنِ، فَقُلْتُ لِعُمَرَ: كَيْفَ نَفْعَلُ شَيْئًا لَمْ يَفْعَلْهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالَ عُمَرُ: هُوَ وَاللهِ خَيْرٌ. فَلَمْ يَزَلْ يُرَاجِعُنِي حَتَّى شَرَحَ اللهُ لِذَلِكَ صَدْرِي، وَرَأَيْتُ فِي ذَلِكَ الَّذِي رَأَى عُمَرُ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ "
Abu Bakar menyampaikan kepadaku tentang tentera yang terbunuh pada peperangan al-Yamāmah, ketika itu Umar duduk di sisinya. Abu Bakar berkata: Umar datang kepadaku lalu berkata: Peperangan semakin sengit, aku berpandangan lebih baik diarah mengumpulkan al-Quran. Lalu aku berkata kepada Umar: Bagaimana kita akan melakukan sesuatu yang tidak dibuat oleh Rasulullah SAW? Umar menjawab: Demi Allah, ia baik. Umar berulang alik (memujuk) ku sehingga Allah melapangkan dadaku sehingga aku berpandangan sepertimana Umar raḍiyaAllahuanhu.
قَالَ زَيْدٌ: " قَالَ أَبُو بَكْرٍ: إِنَّكَ رَجُلٌ شَابٌّ عَاقِلٌ لَا نَتَّهِمُكَ، وَقَدْ كُنْتَ تُكْتَبُ الْوَحْيَ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَتَبَّعِ الْقُرْآنَ وَاجْمَعْهُ "
Zaid bercerita: Abu Bakar berkata: (Wahai Zaid) engkau adalah seorang lelaki yang muda lagi cerdas serta kami tidak mencurigaimu. Kamu pernah menulis wahyu bagi pihak Rasulullah SAW, maka cari dan kumpulkanlah al-Quran.
قَالَ زَيْدٌ: " فَوَاللهِ لَوْ كَلَّفُونِي نَقْلَ جَبَلٍ مِنَ الْجِبَالِ مَا كَانَ أَثْقَلَ عَلَيَّ مِمَّا أَمَرُونِي بِهِ مِنْ جَمْعِ الْقُرْآنِ قَالَ: قُلْتُ: وَكَيْفَ تَفْعَلُونَ شَيْئًا لَمْ يَفْعَلْهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: هُوَ وَاللهِ خَيْرٌ، فَلَمْ يَزَلْ أَبُو بَكْرٍ يُرَاجِعُنِي حَتَّى شَرَحَ اللهُ صَدْرِي لِلَّذِي شَرَحَ لَهُ صَدْرَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ ". قَالَ: " فَتَتَبَّعْتُ الْقُرْآنَ أَجْمَعُهُ مِنَ الرِّقَاعِ وَالْعُسُبِ، وَاللِّخَافِ وَصُدُورِ الرِّجَالِ حَتَّى وَجَدْتُ آخِرَ سُورَةِ التَّوْبَةِ مَعَ أَبِي خُزَيْمَةَ "
Zaid berkata: Demi Allah! Sekiranya diberikan aku tugas memindahkan bukit, nescaya ia tidak lebih berat kepadaku daripada perintah mengumpulkan al-Quran. Aku berkata: Bagaimana kamu akan lakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW? Beliau menjawab: Demia Allah ia baik. Abu bakar sering berulang alik (memujuk) ku sehinggalah Allah melapangkan dadaku sepertimana dilapangkan dada Abu Bakar dan Umar. Kemudian aku mencari al-Quran lalu aku kumpulkan ia daripada kulit, pelepah kurma, batu-batuan, juga daripada hafalan orang. Sehingga aku dapati akhir surah al-Taubah daripada Abu Khuzaimah.
وَفِي رِوَايَةِ أَبِي الْوَلِيدِ مَعَ خُزَيْمَةَ أَوْ أَبِي خُزَيْمَةَ الْأَنْصَارِيِّ: " لَمْ أَجِدْهَا مَعَ أَحَدٍ غَيْرِهِ: {لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ} [التوبة: 128] خَاتِمَةُ سُورَةِ بَرَاءَةَ " قَالَ: " وَكَانَتِ الصُّحُفُ عِنْدَ أَبِي بَكْرٍ حَيَاتَهُ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ، ثُمَّ عِنْدَ عُمَرَ حَيَاتَهُ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ، ثُمَّ عِنْدَ حَفْصَةَ بِنْتِ عُمَرَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ "
Di dalam riwayat Abu al-Walīd: ‘daripada Khuzaimah atau Abu Khuzaimah al-Anṣory: Aku tidak temui ia ada pada orang lain selainnya: “telah datang kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu..” – al-Taubah: 128. Akhir surah Barā’ah. Al-Suhuf (al-Quran yang telah dikumpulkan itu) telah dipegang oleh Abu Bakar sepanjang hayatnya sehingga dia wafat. Kemudian ia dipegang oleh Umar sepanjang hayatnya sehingga beliau wafat. Kemudian dipegang oleh Hafṣah bint Umar, Ummul Mukminin.
Tamat hadis al-Asyyab.
Abu al-Walīd di dalam riwayatnya menambah: Ibrāhīm bin Sa`ad berkata: diceritakan kepadaku oleh Ibn Syihāb daripada Anas bin Mālik:
أَنَّ حُذَيْفَةَ قَدِمَ عَلَى عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ، وَكَانَ يُغَازِي أَهْلَ الشَّامِ مَعَ أَهْلِ الْعِرَاقِ فِي فَتْحِ أَرْمِينِيَةَ وَأَذْرِبِيجَانَ، فَأَفْزَعَ حُذَيْفَةُ اخْتِلَافَهُمْ فِي الْقِرَاءَةِ، فَقَالَ لِعُثْمَانَ: يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَدْرِكْ هَذِهِ الْأُمَّةَ قَبْلَ أَنْ يَخْتَلِفُوا فِي الْكِتَابِ كَمَا اخْتَلَفَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى، فَبَعَثَ عُثْمَانُ إِلَى حَفْصَةَ أَرْسِلِي الْمُصْحَفَ - أَوْ قَالَ الصُّحُفَ نَنْسَخُهَا فِي الْمَصَاحِفِ - ثُمَّ نَرُدُّهَا إِلَيْكَ، فَبَعَثَتْ بِهَا إِلَيْهِ، فَدَعَا زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ وَأَمَرَهُ وَأَمَرَ عَبْدَ اللهِ بْنَ الزُّبَيْرِ، وَسَعِيدَ بْنَ الْعَاصِ
Huzaifah datang bertemu Usmān bin Affān, beliau berperang bersama penduduk Syam dan Iraq pada Pembukaan Armenia dan Azerbaijan. Huzaifah terkejut dengan perbezaan bacaan oleh prajurit. Lalu dia berkata kepada Usmān: Wahai Amir al-Mukminin! Ajarkanlah umat ini sebelum mereka berselisih terhadap al-Kitāb sepertimana perselisihan Yahudi dan Nasrani. Lantas Usmān mengutuskan kepada Hafṣah supaya menghantar al-Muṣhaf – atau katanya: helaian-helaian (al-Suhuf) yang telah ditulis di dalam al-Maṣahif- kemudian ia dipulangkan. Hafṣah memberikannya. Kemudian Usman memanggil Zaid bin Sābit lalu mengarahkannya serta Abdullah bin al-Zubair dan Sa`ied bin al-`Aṣ.
Selain daripada Abi al-Walid dan Abdul Rahmā bin al-Hāris bin Hisyām berkata:
وَأَمَرَهُمْ أَنْ يَنْسَخُوا الصُّحُفَ فِي الْمَصَاحِفِ - وَقَالَ لَهُمْ: مَا اخْتَلَفْتُمْ أَنْتُمْ وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ فِي شَيْءٍ فَاكْتُبُوهُ بِلِسَانِ قُرَيْشٍ، فَإِنَّمَا نَزَلَ بِلِسَانِهِمْ
Diperintahkan mereka untuk menyalin helaian-helaian itu di dalam mushaf-mushaf. Dan berkata kepada mereka: Sekiranya berlaku apa-apa perselisihan kamu dan Zaid bin Sābit, maka tulislah dengan lisān Quraisy, kerana al-Quran diturunkan atas bahasa mereka.
Helaian-helian berkenaan ditulis di dalam mushaf-mushaf lalu dihantar kepada setiap tempat. Kemudian (Usmān) mengarahkan mereka untuk menghapuskan atau membakar apa-apa helaian lain berkaitan al-Quran.
Ibn Syihab berkata, Khārijah bin Zaid mengkhabarkan kepadaku bahawa dia mendengar Zaid bin Sābit berkata: Satu ayat daripada surah al-Ahzāb telah hilang ketika kami menyalin al-Quran yang telah kami dengar daripada Rasulullah SAW, lalu kami mencarinya dan dapati ia ada pada Khuzaimah bin Sābit al-Anṣāry.:
{مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ} [الأحزاب: 23]
Di kalangan orang yang beriman ada lelaki-lelaki yang telah membenarkan janji yang telah mereka ikat kepada Allah..
(Al-Ahzāb: 23)
Lalu ia diletakkan ditempatnya di dalam mushaf.
Ibn Syihab berkata: Pada ketika itu mereka berselisih tentang “التَّابُوتِ”. Zaid bin Sābit berkata: “التَّابُوهُ”. Ibn al-Zubair dan Sa`id bin al-`As pula berkata: “التَّابُوتُ”. Lalu pendapat-pendapat berkenaan dibawa kepada Usmān maka Usmān mengarahkan: Tulislah “التَّابُوتُ”.
Ia diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam al-Ṣahih daripada Mūsā bin Isma`il, daripada Ibrāhīm bin Sa`ad tanpa menyebutkan kata-kata Ibn Syihāb.
Al-Baihaqi rahimahullah berkata: Penyusunan (penulisan) al-Quran telah dilakukan pada zaman Nabi SAW. Diriwayatkan kepada kami daripada Zaid bin Sābit, katanya:
كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُؤَلِّفُ الْقُرْآنَ مِنَ الرِّقَاعِ
Pada zaman Rasulullah SAW kami menyusun (menulis) al-Quran menggunakan kulit-kulit kayu.
Apa yang dimaksudkan – Allah lebih mengetahui – ialah penulisan ayat-ayat di dalam surah yang diturunkan secara berpecah-pecah lalu dengan isyarat Nabi maka ia dikumpulkan. Kemudian ia ditetapkan (dihafal) di dalam dada-dada, ditulis pada kulit-kulit, batu-batuan, dan pelepah kurma. Kesemua itu dikumpulkan di dlam helaian-helaian kertas dengan arahan Abu Bakar, Umar dan lain-lain daripada kalangan Muhājirin dan Anṣār kemudian mengumpulkannya di dalam mushaf (buku) dengan arahan Usmān bin Affān sepertimana yang telah ditentukan oleh al-Muṣṭafā SAW.
Diriwayatkan kepada kami daripada Suwaid bin Gafalah, katanya: Ali bin Abi Ṭālib berkata:
يَرْحَمُ اللهُ عُثْمَانَ لَوْ كُنْتُ أَنَا لَصَنَعْتُ فِي الْمَصَاحِفِ مَا صَنَعَ عُثْمَانُ
Semoga Allah merahmati Usmān! Sekiranya aku (ditempatnya) nescaya aku juga akan (mengumpulkannya) di dalam al-Maṣāhif sepertimana yang dilakukan oleh Usmān.
Telah kami sebutkan di dalam kitab al-Madkhal dan penghujung kitab Dalā’il al-Nubuwwah yang menguatkan Ijma` ini serta menunjukkan kebenarannya. Alhamdulillah, di atas melindungi hamba-hambanya dengan kitab-Nya serta meninggalkan mereka dalam keadaan jelas, serta menjadikan kami bertepatan dengan sunnah serta menjauhi bidaah.
172. Diberitakan kepada kami oleh Abu Abdullah al-Hāfiẓ, diberitakan kepada kami oleh Abu Bakar Muhammad bin al-Muammal bin al-Hasan bin Isā, diberitakan kepada kami oleh al-Faḍl bin Muhammad bin al-Musayyab, diceritakan kepada kami oleh al-Nufaily, diceritakan kepada kami oleh Sufyān bin `Uyainah, daripada Abdul Aziz bin Rufai`, katanya:
دَخَلْتُ مَعَ شَدَّادِ بْنِ مَعْقِلٍ عَلَى ابْنِ عَبَّاسٍ فَسَأَلْنَاهُ: هَلْ تَرَكَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا سِوَى الْقُرْآنِ؟ قَالَ: " مَا تَرَكَ سِوَى مَا بَيْنَ هَذَيْنِ اللَّوْحَيْنِ " وَدَخَلْنَا عَلَى مُحَمَّدِ بْنِ الْحَنَفِيَّةِ فَسَأَلْنَاهُ فَقَالَ مِثْلَ ذَلِكَ
Aku masuk bersama Syaddād bin Ma`qil menemui Ibn Abbās, lalu kami berdua bertanya beliau: Adakah Rasulullah SAW ada meninggalkan apa-apa selain al-Quran? Beliau menjawab: Baginda tidak meninggalkan apa-apa melainkan di antara dua lauh ini. Kami menemui Muhammad bin Al-Hanafiyyah, lalu kami bertanya beliau:Lantas dia menjawab seperti itu juga.
Diriwayatkan oleh al-Bukhāry di dalam al-Ṣahīh daripada Qutaibah daripada Sufyān.
0 Comments
Post a Comment