Mandi – Hukum dan Jenis-jenisnya
Pengertian:
·
Dari sudut bahasa Arab: Mengalirkan air kepada apa-apa
sahaja.
·
Dari sudut Syara’ pula:
Mengalirkan air ke atas badan dengan niat tertentu.
Pensyariatan:
Mandi telah
disyariatkan sama ada dengan tujuan kebersihan, mengangkat hadas, serta sama ada ia menjadi syarat sah ibadat
ataupun tidak. Dalil pensyariatannya terdapat di dalam al-Qurān, al-Sunnah
dan al-Ijmā`.
Al-Qurān:
Ia mempunyai
banyak ayat. Salah satu daripadanya ialah firman Allah:
4
¨bÎ)
©!$#
=Ïtä†
tûüÎ/º§qG9$#
=Ïtä†ur
šúïÌÎdgsÜtFßJø9$#
ÇËËËÈ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Al-Baqarah: 222)
Ertinya, Allah
suka kepada orang yang bersih daripada hadas dan kotoran, sama ada zahir (al-Mādiyyah)
ataupun batin (al-Ma`nawiyyah).
Al-Sunnah:
Ia mempunyai
banyak hadis. Salah satu daripadanya ialah hadis yang direkodkan oleh
al-Bukhāri (85) dan Muslim (849), daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah
SAW bersabda:
حَقٌّ
عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ، أَنْ يَغْتَسِلَ فِي كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَوْمًا
يَغْسِلُ فِيهِ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ
Setiap muslim mesti mandi sekali dalam tujuh
hari dengan membasuh kepala dan tubuh badannya.
Di dalam
riwayat Muslim ditambah (حق لله)“sebagai
kewajipan kepada Allah”.
Maksud hak di
sini ialah sesuatu yang tidak boleh ditinggalkan oleh seorang muslim. Ulama’
menyatakan bahawa mandi sekali dalam seminggu itu adalah pada hari Jumaat.
Dalil yang lebih lanjut akan dijelaskan kemudian di dalam babnya, InsyāAllah!
Al-Ijmā`:
Ulama’ mujtahid
sepakat menyatakan bahawa mandi kerana kebersihan adalah sunat (Mustahab),
manakala mandi yang menjadi syarat sah ibadah adalah wajib. Tiada perbezaan
pendapat ulama’ dalam hal ini.
Hikmah Pensyariatan
Mandi mempunyai
hukum yang banyak dan faedah yang pelbagai. Antaranya ialah:
❶ Mendapat pahala.
Mandi mengikut
pengertian syara` adalah suatu ibadah. Hal ini kerana melaksanakan perintah
syariat dan beramal dengan hukumnya. Ia diberikan pahala yang besar. Oleh itu
Rasulullah SAW bersabda:
الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ
Bersuci adalah sebahagian daripada iman.
(HR Muslim: 222)
Maksudnya ialah
setengahnya atau sebahagian daripadanya. Bersuci di sini termasuk wuduk dan
mandi.
❷ Menghasilkan Kebersihan
Apabila
seseorang muslim mandi, ia telah membersihkan dirinya daripada kotoran yang
terkena padanya, apa-apa kotoran yang melekat atau peluh yang keluar daripada
tubuhnya. Tubuh badan yang bersih ini boleh menghindari diri daripada
kuman-kuman yang menyebabkan penyakit. Tubuh badan pula akan berbau wangi
sehingga menimbulkan kemesraan dan kasih sayang sesama manusia.
Diriwayatkan
oleh al-Bukhari (861) dan Muslim (847) lafaznya daripada Muslim menyebutkan
satu hadis daripada Aisyah bahawa dia berkata:
كَانَ
النَّاسُ أَهْلَ عَمَلٍ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ كُفَاةٌ، فَكَانُوا يَكُونُ لَهُمْ
تَفَلٌ، فَقِيلَ لَهُمْ: «لَوِ اغْتَسَلْتُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
Orang ramai bekerja dan tidak mempunyai
pembatu. Sehingga badan mereka berbau busuk. Lalu dikatakan kepada mereka: Elok
kamu mandi pada hari Jumaat.”
Di dalam
riwayat yang lain daripada mereka berdua juga, Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ أَنَّكُمْ تَطَهَّرْتُمْ لِيَوْمِكُمْ هَذَا
Eloklah kamu bersuci pada hari ini (Jumaat).
(كُفَاةٌ) :
Orang yang membantu di dalam kerja seperti khadam atau pekerja yang diupah.
(تَفَلٌ) :
Bau yang tidak disukai.
❸ Menghasilkan kecergasan
Mandi boleh
menjadikan tubuh badan cergas dan aktif, hilang rasa lesu dan malas terutamanya
selepas berlaku sebab-sebab yang mewajibkan seperti persetubuhan yang akan dijelaskan kemudian.
Jenis-jenis Mandi
Mandi terbahi
kepada dua jenis: Mandi Wajib (Ghaslu Mafrūḍ) dan Mandi Sunat (Ghaslu Mandūb).
Pertama: Mandi Wajib (Ghaslu Mafrūḍ)
Mandi wajib
ialah mandi yang tidak sah ibadat tanpanya, sekiranya terdapat sebab-sebab yang
mewajibkannya. Sebab-sebabnya ialah: al-Janābah, Haid (al-Haīḍ), bersalin
(al-Wilādah) dan mati (maūt).
❶ Al-Janābah
Pengertian:
Makna asal
al-Janābah ialah jauh. Sebagaimana firman Allah:
(
ôNuŽÝÇt7sù
¾ÏmÎ/
`tã
5=ãZã_
öNèdur
Ÿw
šcrããèô±o„
ÇÊÊÈ
(maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang orang ramai tidak menyedarinya.
(Al-Qaṣaṣ: 11)
Al-Janābah juga
disandarkan kepada air mani yang terpancut sepertimana ia disandarkan kepada
persetubuhan.
Oleh itu, orang
yang berjunub ialah orang yang tidak suci disebabkan keluar mani atau kerana
persetubuhan. Ia dinamakan seperti itu kerana janābah mengakibatkan ia jauh
daripada kemampuan melaksanakan solat selagimana ia berada dalam keadaan
berkenaan.
Perkataan junub
digunakan secara umum sama ada untuk lelaki atau perempuan, sama ada seorang
ataupun ramai. Jika seorang lelaki ia dikatakan Junub, Jika seorang
perempuan ia dikatakan Junub, Jika seorang ia dikatakan Junub,
Jika ramai ia dikatakan Junub.
Sebab-sebab Janābah:
❶ Air mani keluar sama ada daripada lelaki atau
wanita dalam apa-apa sebab sekalipun. Sama ada ia keluar kerana mimpi,
bercumbuan, melihat seseorang dengan berahi, atau berfikir (berkhayal).
Daripada Ummu
Salamah katanya:
جَاءَتْ
أُمُّ سُلَيْمٍ امْرَأَةُ أَبِي طَلْحَةَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ: إِنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَحْيِي
مِنَ الحَقِّ، هَلْ عَلَى المَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ إِذَا هِيَ احْتَلَمَتْ؟ فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نَعَمْ إِذَا رَأَتِ المَاءَ»
Ummu Sulaim isteri Abu Ṭalhah berjumpa Nabi
SAW lalu bertanya: “Wahai rasulullah! Sesungguhnya Allah tidak malu pada
kebenaran. Adakah wanita juga wajib mandi apabila dia mimpi (bersetubuh)?”
Lantas Rasulullah menjawab: “Ya, sekiranya dia melihat adanya air(mani).”
(HR al-Bukhāri: 278, dan Muslim: 313)
Diriwayatkan
juga oleh Abu Daud dan lain-lain, daripada Aisyah katanya:
سُئِلَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الرَّجُلِ يَجِدُ الْبَلَلَ
وَلَا يَذْكُرُ احْتِلَامًا. قَالَ: «يَغْتَسِلُ»، وَعَنِ الرَّجُلِ يَرَى أَنَّهُ
قَدْ احْتَلَمَ وَلَا يَجِدُ الْبَلَلَ. قَالَ: «لَا غُسْلَ عَلَيْهِ» فَقَالَتْ:
أُمُّ سُلَيْمٍ الْمَرْأَةُ تَرَى ذَلِكَ أَعَلَيْهَا غُسْلٌ؟ قَالَ: «نَعَمْ.
إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ»
Rasulullah SAW ditanya tentang seorang lelaki
yang mendapati dirinya basah tetapi tidak ingat mimpinya. Lantas nabi berkata:
Dia hendaklah mandi. Baginda juga ditanya tentang keadaan seorang lelaki yang
bermimpi (setubuh) tetapi tidak mendapati apa-apa kebasahan. Nabi menjawab: Dia
tidak wajib mandi. Kemudian Ummu Sulaim pula bertanya: Jika peremuan bermimpi
demikian, adakah dia wajib mandi? Baginda menjawab: Ya. Wanita adalah saudara
bagi lelaki.
Maksud saudara
kepada lelaki ialah kejadian dan tabiat perempuan adalah setara dengan lelaki.
Ini seolah-olah dia sebahagian daripadanya.
❷ Bersetubuh sekalipun tidak keluar mani.
Ini berdasarkan
kepada hadis riwayat al-Bukhāri (287) dan Muslim (348), daripada Abu Hurairah,
daripada Nabi SAW katanya:
«إِذَا
جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الْأَرْبَعِ ثُمَّ جَهَدَهَا،
فَقَدْ وَجَبَ عَلَيْهِ الْغُسْلُ» وَفِي رواية مسلم وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ
Apabila dia berada di antara kedua-dua peha
dan betis (perempuan) kemudian menyetubuhinya maka wajib baginya mandi. Di
dalam riwayat Muslim “Sekalipun tidak keluar mani”
(شُعَبِهَا) : Jama` kepada Syu`bah. Iaitu satu bahagian daripada
sesuatu. Maksudnya ialah peha dan betis wanita.
(جَهَدَهَا) : Kerja
keras dengan pergerakannya.
Di dalam riwayat Muslim (349), daripada Aisyah, Rasulullah bersabda:
وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
Apabila bertemu dua alat kelamin maka telah wajib mandi.
Maksudnya ialah
kepada lelaki dan wanita yang berkongsi sebab yang mewajibkan mandi.
Al-Khitān: Tempat khatan ketika kecil. Iaitu kulit yang
menutupi kepada zakar. Maksud sentuhan dua khitan: Mereka menghadapinya, ia
adalah kinayah terhadap persetubuhan.
Perkara Yang Diharamkan Ketika Janabah
Perkara-perkara
berikut diharamkan ketika berjunub:
❶ Solat Fardhu atau Sunat
Allah
berfirman:
$pkš‰r'¯»tƒ
tûïÏ%©!$#
(#qãYtB#uä
Ÿw
(#qç/tø)s?
no4qn=¢Á9$#
óOçFRr&ur
3“t»s3ß™
4Ó®Lym
(#qßJn=÷ès?
$tB
tbqä9qà)s?
Ÿwur
$·7ãYã_
žwÎ)
“ÌÎ/$tã
@@‹Î6y™
4Ó®Lym
(#qè=Å¡tFøós?
4 ... ÇÍÌÈ
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga
kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula
(hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali
kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci.
(An-Nisā’: 43)
Maksud solat
dalam ayat ini ialah tempatnya kerana orang yang hanya melintas tidak berada di
dalam solat. Ia juga adalah larangan solat kepada orang yang berjunub pada bāb
al-Aūlā.
Diriwayatkan
oleh Muslim (224) dan lain-lain, daripada Ibnu Umar katanya: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ
Tidak diterima solat tanpa bersuci.
Suci yang
dimaksudkan merangkumi suci daripada hadas serta janabah. Hadis ini juga
menunjukkan haram mengerjakan solat sekiranya berhadas dan berjunub.
❷ Berhenti atau duduk di dalam masjid
Melintas di
dalam masjid tanpa berhenti atau berulang-alik hukumnya tidak haram (harus).
Ini berdasarkan firman Allah:
Ÿwur
$·7ãYã_
žwÎ)
“ÌÎ/$tã
@@‹Î6y™... ÇÍÌÈ
...sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas
besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja –
(An-Nisā’: 43)
Ertinya
janganlah kamu mengerjakan siolat dan jangan berada di tempatnya (di dalam
masjid) sekiranya berjunub kecuali lalu dan melintas sahaja.
Rasulullah
bersabda:
لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ
Aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang berhaid dan junub.
(HR Abu Daud: 232)
Maksud tidak
menghalalkan di dalam hadis ini ialah tidak boleh berhenti di dalam masjid
sebagaimana yang difahami daripada ayat al-Quran. Nanti kita akan bincangkan
pula di dalam isu haidh.
❸ Tawaf mengelilingi Kaabah sama ada fardhu
atau sunnah.
Ini kerana
tawaf sama hukumnya dengan solat. Sebab itu disyaratkan bersuci dahulu
sebagaimana ibadah solat. Rasulullah SAW bersabda:
الطَّوَافُ
بِالْبَيْتِ صَلَاةٌ إِلَّا أَنَّ اللَّهَ أَحَلَّ لَكُمْ فِيهِ الْكَلَامَ،
فَمَنْ يَتَكَلَّمُ فَلَا يَتَكَلَّمُ إِلَّا بِخَيْرٍ
Tawaf di Baitullah merupakan solat, tetapi
Allah menghalalkan kamu bercakap-cakap dalam tawaf. Sesiapa yang bercakap
hendaklah bercakap yang baik-baik.
(HR al-Hakim, 1/459. Beliau berkata: Ṣahih al-Isnād)
❹ Membaca al-Quran
Rasulullah
bersabda:
لَا تَقْرَأِ الحَائِضُ وَلَا الجُنُبُ شَيئًا مِنَ
القُرْآنِ
Orang yang haiḍ dan junub jangan membaca suatu apaun daripada al-Quran.
(HR At-Tirmizī: 131, dan lain-lain)
Perhatian:
Orang yang
berjunub harus baginya membaca ( امرار القران في قلبه) di dalam hati tanpa
melafazkannya sepertimana harus baginya melihat al-Quran. Harus membaca (قراءة) zikir-zikir daripada al-Quran
dengan niat zikir, bukan bermaksud membaca al-Quran. Seperti dia membaca dengan
niat doa:
!$oY/u‘
$oYÏ?#uä
’Îû
$u‹÷R‘‰9$#
ZpuZ|¡ym
’Îûur
ÍotÅzFy$#
ZpuZ|¡ym
$oYÏ%ur
z>#x‹tã
Í‘$¨Z9$#
ÇËÉÊÈ
"Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan
di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".
(Al-Baqarah: 201)
Demikian juga
dia membaca ayat berikut ketika menaiki kenderaan dengan niat zikir bukan niat
membaca al-Quran:
z`»ysö6ß™
“Ï%©!$#
t¤‚y™
$oYs9
#x‹»yd
$tBur
$¨Zà2
¼çms9
tûüÏRÌø)ãB
ÇÊÌÈ
Maha suci Tuhan Yang telah memudahkan
kenderaan ini untuk kami, sedang Kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya –
(Al-Zukhruf: 13)
❺ Menyentuh al-Quran, membawanya atau
memegang kertasnya atau kulitnya, atau membawanya di dalam beg pkastik atau
peti simpanan.
Allah
berfirman:
žw
ÿ¼çm¡yJtƒ
žwÎ)
tbrã£gsÜßJø9$#
ÇÐÒÈ
79. Yang tidak disentuh melainkan oleh
makhluk-makhluk Yang diakui bersih Suci;
(Al-Waqi`ah: 79)
Nabi SAW
bersabda:
لَا يَمَسّ القُرآنَ اِلَّا
طَاهِرٌ
Tidak boleh
menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.
(HR Ad-Daruquthni: 1/121, dan Malik
di dalam Muwatto’ secara Mursal: 1/199)
Perhatian:
Harus bagi orang yang berjunub yang membawa al-quran bersama
barang-barang lain atau pakaian. Dan tidak bertujuan membawa al-Quran semaa-mata.
Begitu juga harus membawa kitab tafsir al-Quran sekiranya kandungan tafsir
lebih banyak daripadanya kerana perbuatan ini tidak dikatakan membawa al-Quran
pada urufnya.
0 Comments
Post a Comment