Artikel ini mengumpulkan beberapa fatwa
ulama di dalam isu Solat Musafir.
Mufti 1: Syeikh Muhammad Abu Zahrah[1]
S1: Apakah sebab Qasar solat bagi orang
yang bermusafir?
Jawapan: Telah sabit qasar solat ketika
musafir berdasarkan hadis Nabi SAW sehingga al-Hanīfiyyah menyatakan: Solat
pernah disyariatkan sebanyak dua rakaat. Kemudian ia masih kekal dua rakaat
pada solat musafir, namun ia ditambah pada solat al-Haḍhar.
S2: Sekiranya satu kumpulan bermusafir
untuk haji secara berjalan kaki, adakah harus bagi mereka untuk qasar solat?
Adakah harus juga bagi mereka untuk berpuasa ketika dalam musafir ini?
Jawapan: Harus bagi orang yang bermusafir
dengan berjalan untuk qasar solat serta harus juga baginya untuk berpuasa
sekiranya dia mampu. Namun Allah berfirman:
وَمَا
جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٖۚ ...
٧٨
... dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama
suatu kesempitan. ...
(Al-Haj: 78)
Maka lebih baik (Aulā) untuk menyibukkan
diri dengan perbuatan yang digunakan oleh orang lain. Dia berhaji sepertimana
orang lain mengerjakan haji. Amalan tersebut juga adalah ibadah dan memberi
manfaat kepada umat Islam.
S3: Allah berfirman:
وَإِذَا
ضَرَبۡتُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَلَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ أَن تَقۡصُرُواْ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ
...١٠١
Dan apabila kamu bepergian di
muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu men-qashar sembahyang(mu), …
(An-Nisa’: 101)
Adakah qasar solat
lebih baik (Afḍhal) atau menyempurnakannya?
Jawapan: Sebahagian
ulama’ menyatakan bahawa farḍhu ketika bermusafir ialah solat dua rakaat,
sebahagian yang lain pula menyatakan bahawa ia adalah berdasarkan kepada
pemilihan daripada musafir berkenaan: Sekiranya orang berkenaan memilih
rukhsah, maka kewajipanya ialah dua rakaat. Sekiranya dia memilih `Azimah, maka
kewajipan baginya ialah empat rakaat. Allah suka memberikan rukhsah sepertimana
dia suka memberikan `azimah. Urusan al-Afdhaliyyah adalah pada diri musafir
daripada sudut kesusuahan (al-Masyaqqah) dan kesenangan (al-Yusr).
S4: Kami mempunyai
rakan yang tinggal di Khourtoum. Ketika beliau datang kepada kami yang tinggal
tidak sampai 16 KM dari Khourtoum, beliau mengqasarkan solat. Apabila kami bertanya
lalu beliau menjawab dengan jawapan yang tidak menyenangkan. Kami harapkan satu
jawapan yang tepat dalam urusan ini.
Jawapan: Para
sahabat berkenaan tidak boleh qasar solat kerana jarak 16KM tidak mencukupi
jarak yang membolehkan qasar.
S5: Saya adalah
seorang pekerja di Syarikat an-Nasr pembuatan kenderaan. Pernah waktu hampir
habis lalu saya menjama` di antara zohor da `Asar serta Maghrib dan Insyak. Adakah
ini dibolehkan?
Jawapan: Imam Ahmad
mengharuskan jama` di antara dua waktu ketika dalam uzur.
Mufti 2: Yusuf al-Qaraḍhawi[2]
S6: Adakah harus
bagiku untuk mengumpulkan (Jama`) antara dua solat iaitu Zohor dan Asar kerana
menghadiri kenduri yang mengambil masa daripada Zohor sehingga Maghrib?
Jawapan: Para
fuqaha’ al-Hanābilah mengharuskan bagi para muslim dan muslimah untuk
mengumpulkan solat Zohor dan Asar atau Maghrib dan `Isyak pada beberapa keadaan
kerana keuzuran. Ini adalah kemudahan yang besar. Telah direkodkan bahawa Nabi
SAW telah jama` solat pada waktu yang bukan musafir ataupun hujan. Lalu Ibnu
`Abbas ditanya: Apakah yang Nabi mahukan daripada perkara berkenaan? Beliau
menjawab: Baginda mahu supaya tidak menyusahkan umatnya… hadis berkenaan di
dalam Ṣahih Muslim.
Apabila terdapat
kesusahan di dalam solat fardhu pada waktunya, maka ia membolehkan jama`. Namun
wajib bagi umat untuk tidak menjadikan ia sebagai kebiasaan atau adat, setiap
dua hari atau tiga hari… setiap kali dia mahu keluar ke majlis-majlis ia
mencari waktu yang dekat-dekat.
Harus baginya untuk
melaksanakan perkara berkenaan pada keadaan-keadaan yang jarang-jarang, dalam
keadaan sedikit bagi mengangkat kesusahan dan kepayahan yang dihadapi.
Contohnya polis
trafik yang waktu gilirannya ialah sebelum Maghrib sehingga selepas Isyak, maka
dia hendaklah jama` solat Maghrib degan Isyak sama ada taqdim atau ta’khir,
berdasarkan kepada kemampuannya.
Atau doktor yang
menjalankan pembedahan ke atas pesakit. Dia tidak mampu meninggalkannya. Maka baginya
keadaan yang membolehkan jama` sama ada taqdim atau ta’khir… demikianlah pensyariatan
kemudahan daripada Islam kepada umatnya, serta mengangkat kesusahan daripada
diri mereka.
Adapun pergi ke
kenduri, aku tidak melihat adanya kemudaratan atau keuzuran untuk solat jama`
selagimana seseorang manusia itu mempunyai waktu untuk solat maka dia hendaklah
tidak malu mengerjakannya sekalipun lelaki atau perempuan. Kerana malu dalam
perkara ini tidak dibenarkan bersangkutan ia berkaitan solat dan mendirikannya
pada mana-mana tempat. Bahkan wajib bagi orang yang mendirikan solat menjadikan
dirinya ikutan yang baik kepada hadirin yang lain sehingga orang belajar
tentang solat. Solat ialah syiar Allah yang wajib dizahirkan. Umat Islam
menyatakannya serta membesarkannya.
Allah berfirman:
ذَٰلِكَۖ
وَمَن يُعَظِّمۡ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ ٣٢
32. Demikianlah (perintah
Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi´ar-syi´ar Allah, maka sesungguhnya itu
timbul dari ketakwaan hati
(Al-Haj: 32)
Apa yang memalukan
bagi majlis-majlis rasmi ialah ia didirikan di banyak negara Islam yang telah
menelan waktu solat – khususnya Maghrib – tanpa melaksanakan hak Allah Taala.
Kesedaran orang yang beriman ialah yang benar-benar menjaga bagi melaksanakan
waktu solat pada waktunya.
….
Apa-apa pun,
sesiapa yang mengalami kesusahan ataukepayahan pada solat di waktunya, maka dia
boleh jama` solat sepertimana yang telah kami sebutkan. Wallahu Muwaffiq….
[1] Fatāwā Al-Syaīkh Muhammad
Abu Zahrah, Penerbit Dar al-Qalam, Damsyiq, Syria. Tahun 2010, h. 208-211.
0 Comments
Post a Comment