Para ulama berbeza pendapat dalam
menentukan maksud “Ummi” Nabi SAW dan para sahabat baginda. Sebahagian
pandangan menganggap bahawa Ummi membawa maksud tidak boleh membaca dan
menulis.
Namun sebahagian yang lain tidak bersetuju
lalu menyatakan bahawa Ummi bukan bermaksud tidak boleh membaca dan menulis.
Tetapi ia membawa maksud mulia yang akan dijelaskan nanti. Mereka juga
menyatakan bahawa kehidupan Nabi SAW terbahagi kepada dua bahagian. Iaitu
sebelum menerima wahyu dan selepas menerima wahyu. Sebelum menerima wahyu,
Rasulullah sememangnya tidak tahu membaca dan menulis manakala selepas menerima
wahyu, Rasulullah diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menulis dan membaca.
Pihak orentasli pula menyatakan bahawa Nabi
telah belajar daripada Kabilah Sa`diyah ketika bersama dengan halimah. Pada
mereka, Nabi adalah orang terpelajar sehingga beliau dilantik oleh seorang
saudagar kaya untuk menguruskan perniagaannya.
Pendapat 1:
Sifat Ummi adalah satu sifat tidak dapat membaca dan menulis yang terdapat pada diri Nabi SAW secara mutlak. Ia adalah sifat sempurna bagi Nabi Muhammad SAW tetapi ia adalah sifat yang lemah pada diri manusia yang lain. Sifat ummi ini ialah salah satu daripada mukjizat Nabi Muhammad SAW.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Nabi SAW adalah seorang yang buta huruf (ummi) sehingga akhir hayat baginda. Tidak tahu membaca berdasarkan tulisan dan menulis. Nabi hanya membaca dengan erti mengulang kembali apa yang telah disebutkan oleh Jibril. Ia diterima oleh majoriti ulama dan umat Islam.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Nabi SAW adalah seorang yang buta huruf (ummi) sehingga akhir hayat baginda. Tidak tahu membaca berdasarkan tulisan dan menulis. Nabi hanya membaca dengan erti mengulang kembali apa yang telah disebutkan oleh Jibril. Ia diterima oleh majoriti ulama dan umat Islam.
Ulama ini menjadikan dalil berikut sebagai
sandaran mereka:
وَمَا كُنتَ
تَتۡلُواْ مِن قَبۡلِهِۦ مِن كِتَٰبٖ وَلَا تَخُطُّهُۥ بِيَمِينِكَۖ إِذٗا
لَّٱرۡتَابَ ٱلۡمُبۡطِلُونَ ٤٨
48.
Dan kamu (Wahai Muhammad) tidak pernah membaca sebelumnya (Al Quran) sesuatu
Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu;
andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang
mengingkari(mu)
(Al-`Ankabut:
48)
Sekiranya Nabi Muhammad SAW telah
tahu membaca dan menulis sejak dari kecil, maka keraguan akan berlaku.
Sebahagian orang mungkin boleh mendakwa: “Muhammad mempelajari ilmu-ilmu yang
dia sebutkan kesan daripada pembacaan”. Namun ilmu yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW melampaui kemampuan manusia yang menulis dan membaca. Akhirnya
kita membuat kesimpulan bahawa baginda adalah seorang yang ummi, tidak tahu
menulis dan membaca.
Bahkan, al-Quran ialah wahyu
daripada Allah yang disampaikan kepada manusia melalui perantaraan Nabi
Muhammad SAW. Justeru itu Allah berfirman:
أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَىٰهُۖ قُلۡ فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّثۡلِهِۦ
وَٱدۡعُواْ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٣٨
38. Atau (patutkah) mereka
mengatakan "Muhammad membuat-buatnya". Katakanlah: "(Kalau benar
yang kamu katakan itu), maka cobalah datangkan sebuah surat seumpamanya dan
panggillah siapa-siapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah,
jika kamu orang yang benar"
(Yunus: 38)
Di dalam kitab-kitab agama yang lain
khususnya Kristian dan Yahudi menunjukkan bahawa Nabi yang bakal diutuskan
bersifat ummi, tidak tahu menulis dan membaca.
Benarlah firman Allah berikut:
ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِيَّ ٱلۡأُمِّيَّ ٱلَّذِي
يَجِدُونَهُۥ مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ يَأۡمُرُهُم
بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَىٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ
وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ
وَٱلۡأَغۡلَٰلَ ٱلَّتِي كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡۚ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ
وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ مَعَهُۥٓ
أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٥٧
157. (Yaitu) orang-orang yang
mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di
dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka
mengerjakan yang ma´ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan
menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala
yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada
pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya,
menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran),
mereka itulah orang-orang yang beruntung
(Al-`Araf: 157)
قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ
جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ
يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ
الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
158. Katakanlah: "Hai manusia
sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai
kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia,
Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan
Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada
kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat
petunjuk"
Apa kata Bible
terhadap tentang Nabi Muhammad?
Di dalam book of Isaiah (Yesaya):
29;12, menceritakan tentang seorang Nabi,
“dan apabila kitab itu diberikan
kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca
ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak tahu membaca."
Kata Ahmad Deedat:
“Apabila kita melihat kepada sejarah
mana-mana lelaki di dalam Bible, kita tidak akan menemui seorang nabi pun yang berkata
bahawa dia tidak boleh membaca ketika mendapat wahyu. Tetapi apabila kita
melihat kepada kisah tentang Muhammad daripada penulisan orang Islam atau bukan
Islam, kita akan dapati kisah ketika pertama kali beliau mendapat wahyu di gua
Hira. Kemudian datang malaikat yang memberi arahan di dalam bahasa ibondanya:
Bacalah! Lalu Muhammad menjawab: Aku tidak dapat membaca.
Malaikat berkenaan mengulang lagi
arahan: Bacalah! Muhammad menjawab lagi: Aku tidak dapat membaca. Sehingga kali
ketiga malaikat memegang dengan lebih kuat dan berkata:
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ ١
1. Bacalah dengan (menyebut) nama
Tuhanmu Yang menciptakan
(al`Alaq:1)
Maka kali ini, Muhammad memahami
mesej yang mahu disampaikan. Malaikat berkenaan mahu beliau mengulang kerana
perkataan Iqra di dalam bahasa Arab bermaksud membaca (read), membaca (recite),
atau mengulang (repeat). Maka mengulang adalah arahan yang diberikan kepada
beliau. Apabila malaikat menyebutkan iqra’ bismi rabbika... beliau mengulang
iqra’ bismi rabbika.. (sehingga ayat 5). Keadaan lelaki yang buta huruf ini
adalah bukti bahawa kitab ini (al-Quran) ialah kalamullah!”
Pendapat Ke 2:
Pendapat ini menyatakan bahwa Nabi
SAW tidak mampu membaca dan menulis pada peringkat awal. Namun kemudiannya
baginda diberi kelebihan membaca dan menulis setelah mendapat tekanan Jibril
sebanyak 3 kali dengan ucapan “Iqra’”. Ini adalah salah satu daripada mukjizat
Nabi SAW.
Di anatara tokoh hadis yang
mempunyai pendapat seperti ini ialah:
1-
Abu
Dzar al-Hirawi
2-
Abu
Walid Al-Baji
3-
Al-Hafiz
Ibn Hajar al-Asqalani
4-
Al-Allamah
Tamanna Imadi dan lain-lain
Mereka menggunakan hujah daripada
dalil yang sama dengan pendapat pertama iaitu:
Allah SWT berfirman:
وَمَا كُنتَ تَتۡلُواْ مِن قَبۡلِهِۦ مِن كِتَٰبٖ وَلَا تَخُطُّهُۥ
بِيَمِينِكَۖ إِذٗا لَّٱرۡتَابَ ٱلۡمُبۡطِلُونَ ٤٨
48. Dan kamu (Wahai Muhammad) tidak
pernah membaca sebelumnya (Al Quran) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah)
menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu dahulu pernah
membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari(mu)
(Al-`Ankabut: 48)
Daripada ayat di atas, dinyatakan
penafian membaca dan menulis “sebelum” baginda dilantik menjadi rasul. Tetapi,
bagaimana dengan waktu kemudiannya? Maka ayat berkenaan hanya sesuai menjadi
hujah bahawa Nabi SAW tidak mampu membaca dan menulis sebelum dilantik menjadi
Rasul sahaja. Ayat ini menjadi tanda bahawa Allah telah memberikan mukjizat
membaca dan menulis kepada Nabi SAW setelah baginda dilantik.
Perkataan “sebelumnya” adalah satu
penyaksian Allah yang mempunyai makna dan bukan sia-sia. Ia mempunyai makna
bahawa setelah diberikan wahyu baginda mampu membaca dan menulis, bahkan lebih
baik daripada orang lain.
Antara ulama yang berpendapat bahawa
Nabi SAW mampu membaca dan menulis setelah mendapat wahyu ialah Imam al-Qurṭubi
yang mengambil pendapat an-Naqqāsy di dalam tafsirnya,
daripada asy-Sya’bi, beliau berkata:
مَا مَاتَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى كَتَبَ
Nabi SAW tidak
wafat sehinggalah mampu menulis.
Namun sanad hadis
ini terlalu dhoif untuk dijadikan hujah utama.
“Nabi Yang Ummi”
Pendapat pertama
menyatakan bahawa Ummi membawa maksud tidak tahu membaca dan menulis. Manakala
pendapat lain menyatakan bahawa perkataan ummi itu tidak boleh dihadkan hanya
kepada maksud itu tetapi ia masih ada maksud-maksud lain yang boleh dipilih.
Menurut pendapat
kedua, perkataan ummi di dalam
ayat 158 surah al-A`raf membawa maksud pujian, bukanlah kutukan atau
merendah-rendahkan Nabi. Sedangkan isitilah tidak tahu membaca dan menulis
tidak melambangkan ketamadunan. Kalimah ummi hendaklah membawa maksud yang
mulia dan terpuji.
Menurut pendapat kedua,
kalimah Ummi merujuk kepada penduduk Mekah. Atau lebih dikenali sebagai “Ummul Qura”.
Menurut sejarah yang telah kita pelajari menyatakan bahawa orang-orang Arab
sangat memuliakan orang Mekah. Lalu, apabila ditanya kepada orang Mekah, “Dari
manakah kamu?” maka dengan bangganya mereka akan menyebutkan bahawa “Kami
Ummi”. Mustahil ia membawa maksud tidak tahu membaca dan menulis yang
menunjukkan kerendahan ketamadunan.
Menurut pendapat
kedua, kalimah Ummi disalah erti dengan buta huruf kerana ia tidak diletakkan
ditempat sepatutnya. Menyatakan bahawa Rasulullah celik huruf tidak membawa
maksud al-Quran boleh dicipta oleh Nabi SAW. Bahkan ramai orang yang bijak
pandai di dalam penulisan, namun mereka tidak dapat menulis ayat yang sehebat
al-Quran.
Perhatikan ayat berikut
yang menjadi hujah kepada pendapat kedua.
Allah berfirman:
وَكَذَلِكَ
أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ
رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ
وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ
لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
52. Dan demikianlah Kami wahyukan
kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah
mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman
itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia
siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu
benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus
(Asy-Syura: 52)
Ayat di atas jelas menyatakan bahawa
suatu ketika dahulu Nabi Muhamad SAW tidak mengetahui tentang ajaran al-Quran ataupun
kitab-kitab lain. Kerana baginda belum menerima wahyu.
Kempen agama di dalam
hadis dan al-Quran menyatakan bahawa membaca dan menulis adalah sesuatu yang sangat
penting. Manakala buta huruf adalah satu kerendahan dan kekurangan. Maka mustahil
bagi nabi tidak menjadi pedoman kepada masyarakat Islam.
Allah berfirman di dalam
wahyu:
ن وَالْقَلَمِ
وَمَا يَسْطُرُونَ
1. Nun, demi kalam dan
apa yang mereka tulis
(Al-Qalam ayat: 1)
Allah menjadikan penulisan
sebagai media perantara kepada ilmu. Maka selayaknya Nabi SAW diberikan kelebihan
celik huruf sebagai pedoman masyarakat Islam.
Antara bukti yang lain
ialah satu hadis yang popular:
مَنْ قَرَأَ
حَرْفًا مِنْ كِتَابِ
اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لَا أَقُولُ
الم حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ
حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Sesiapa yang membaca
satu huruf daripada Kitab Allah maka baginya satu pahala. Satu pahala digandakan
kepada 10 kali ganda. Aku tidak menyatakan Alif Lam Mim itu satu huruf. Tetapi Alif
satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
(HR At-Tirmizi: 2910, Sahih)
Mustahil bagi Nabi SAW
menyebutkan sesuatu yang dia tidak kenal. Baginda tidak mungkin menyebutkan huruf-huruf
berkenaan tanpa baginda tahu tentang hakikat huruf berkenaan. Hadis ini menyatakan
bahawa Nabi SAW juga mengenali huruf-hirif berkenaan sepertimana orang-orang yang
dapat membaca mengetahuinya.
Persoalan: Seandainya
Nabi boleh menulis, mengapa baginda melantik para sahabat untuk menulis al-Quran,
surat-surat dan perjanjian?
Maka ulama yang menyatakan
bahawa Nabi SAW mampu membaca dan menulis menyatakan bahawa ia adalah amalan biasa
bagi orang-orang besar. Para pemimpin besar tidak menulis sendiri surat-surat mereka.
Mereka melantik orang lain dalam keadaan mereka mampu menyemak dan membetulkannya.
0 Comments
Post a Comment