Definasi:
Al-Quran di dalam bahasa Arab ialah masdar
yang membawa maksud al-qira’ah (Bacaan).
Ulama Usul Fikah pula memberikan definasi bagi membezakan al-Quran
dengan yang lain-lain kerana ia adalah sesuatu yang popular dan telah dikenali,
ia juga diberi nama yang banyak seperti al-Kitab, al-Mushaf, al-Tanzil,
al-Fuqan dan al-Zikr.
Definasi al-Quran menurut ulama Usul ialah:
هو كلام الله المنزل على رسول الله
صلى الله عليه وسلم باللسان العربي للإعجاز بأقصر سورة منه المكتوب في المصاحف
المنقول بالتواتر المتعبد بتلاوته المبدوء بسورة الفاتحة المختوم بسورة الناس
Kata-Kata Allah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dengan lidah Arab bagi menunjukkan mukjizat sekalipun surah yang pendek daripadanya. Ia ditulis di dalam lembaran, disampaikan secara mutawatir, membacanya adalah suatu ibadah, ia dimulakan dengan al-Fatihah dan ditutup dengan an-Naas. [1]
Keistimewaan
Daripada definasi di atas, telah jelas kepada kita bahawa al-Quran mempunyai keistimewaan seperti berikut:
❶ Al-Quran ialah kata-kata Allah secara susunan
dan makna.
Buktinya ialah ia suatu mukjizat iaitu: Ketinggiannya dalam balaghah sehingga kepada luar had kemampuan manusia. Ia mengandungi hukum yang wajib ditunaikan kerana ia diperolehi daripada zat yang wajib ditaati.
Justeru itu, terkeluar daripada makna al-Quran
kepada apa-apa yang bukan daripada Allah. Ia tidak boleh dinamakan al-Quran.
Sekalipun ia adalah hadis Qudsi atau hadis biasa. Kerana, maksud hadis
berkenaan ialah daripada Allah tetapi lafaz dan bentuk penyampaiannya adalah
daripada Rasulullah SAW. Apabila disandar kepada Allah maka ia dinamakan hadis
Qudsi.
Hadis Qudsi tidak setaraf dengan al-Quran di
dalam penghujahan. Bahkan tidak sah
solat dengan membaca Hadis Qudsi. Tidak juga dikira sebagai ibadah (khusus)
apabila membacanya.
❷ Semua
perkataan di dalam al-Quran ialah bahasa Arab:
Tidak ada satupun perkataan asing (`Ajam) di
dalam al-Quran.[2]
Justeru itu, tidak boleh dinamakan sebarang tafsir atau terjemahan kepada
bahasa lain sebagai al-Quran, penterjemahan dan pentafsiran digunakan oleh
pentafsir bagi memudahkan berhujah. Al-Quran hanya khas di dalam bahasa Arab,
diturunkan dengan susunan dan maknanya daripada Allah Taala.
❸ Al-Quran
disampaikan / dipindahkan daripada generasi demi generasi secara mutawatir
(satu irama).
Al-Quran disampaikan dengan perantaraan ramai
orang yang menghafalnya daripada ramai penghafal lain yang mengambilnya
daripada Rasulullah SAW. At-Tawatur memberi kesan ilmu dan kepastian
(al-Qat`i) tentang kebenaran periwayatannya.
Ia dikuatkan lagi dengan penjagaan umat Islam
dengan cara penulisan yang pasti lagi yakin sejak ia diturunkan Jibril yang
amanah kepada jantung hati Nabi SAW sehinggalah ia disampaikan kepada
generasi-generasi seterusnya.
Daripada keistimewaan inilah menjadikan setiap
yang tidak mutawatir tidak dikira sebagai al-Quran seperti bacan yang ganjil
(Qiraah asy-Syazah) dan hadis Qudsi.
Bacaan yang ganjil: Ia disampaikan/dipindahkan
kepada kita daripada khabar ahad[3]
seperti bacaan Ubai bin Ka`ab pada isu ganti Puasa:
فَعِدَّةٌ
مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ متتابعات
Serta bacaan Ibnu Mas`ud di dalam isu Kafarah Sumpah:
فَمَنْ
لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ متتابعات
Tambahan Mutatabi`at berkenaan tidak diriwayatkan secara mutawatir. Maka ia tidak dikira sebagai sebahagian daripada al-Quran.
Seperti itu juga pada isu bacaan sebahagian
daripada sahabat Nabi pada isu Nafkah Ibubapa juga tidak mutawatir:
وَعَلَى الْوَارِثِ – ذي الرحم المحرم - مِثْلُ ذَلِكَ
Bacaan yang ganjil tidak boleh menjadi hujah kerana ia bukan sebahagian daripada al-Quran ataupun sunnah (hadis). Ia tidak disampaikan dalam keadaan ia adalah al-Quran ataupun Sunnah[4].
Sebahagian ulama pula berpendapat ia boleh
dijadikan hujah tetapi hujah yang zanniy (ragu-ragu) seperti sunnah. Hujah
mereka; ia didengari daripada Nabi SAW dan setiap yang didengari itu adalah
hujah[5].
Al-Basmalah pula, para ulama telah bersepakat
bahawa ia adalah salah satu daripada satu ayat surah An-Naml. Manakala daripada
sudut meletakkan ia sebagai salah satu ayat pertama di awal setiap surah, maka
ia pendapat sebahagian ulama seperti al-Hanafiyah dan asy-Syafiiyah. Kerana ia
diturunkan kepada Rasulullah SAW bersama-sama awal setiap surah. Lalu ia
ditulis dengan tulisan al-Quran pada awal setiap surah atas arahan Rasulullah
SAW. Ia adalah sesuatu yang mutawatir. Tidak ada seorangpun daripada kalangan
sahabat Nabi SAW yang mengingkari penulisannya, sedangkan para sahabat adalah
orang yang paling berhati-hati di dalam hal meletakkan sesuatu yang bukan
sebahagian daripada al-Quran. Inilah yang disampaikan kepada kita.[6]
Sebahagian ulama lain seperti al-Malikiyah
pula menyatakan bahawa Basmalah bukan sebahagian daripada ayat al-Quran. Ia
bukan sebahagian daripada surah al-Fatihah ataupun selainnya. Mereka berhujah
dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Rah:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْتَتِحُ الصَّلَاةَ بِالتَّكْبِيرِ، وَالْقِرَاءَةِ بِ {الْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}
Rasulullah SAW membuka solat dengan takbir dan membaca Alhamdulillah....
(HR Ahmad: 24030, Sahih)
Sambungan....
[1]
Rujuk al-Ihkam oleh al-Amidi: 82/1, at-Taqrir wat Tahbir: 213/2
[2]
Al-Mustasfa: 68/1
[3]
Khabar Ahad: “Sebuah khabar yang diriwayatkan oleh seorang atau beberapa perawi
yang adil, namun jumlah mereka tidak sampai kepada derajat Mutawatir
[4] Rujuk:
Al-Mustasfa: 65/1, Syarah al-`Adhd li Mukhtasar Ibnul Hajib: 21/2.
[5]
Rujuk: At-Taqrir wat Tahbir: 216/2, Raudhatun Nadhar: 181/1
[6] . Rujuk
al-Ihkam oleh al-Amidi: 84/1, Maraatul Usul: 102/1
0 Comments
Post a Comment