BAB:
DALIL BAHAWA IMAN DAN ISLAM ADALAH DUA PERKARA YANG MERUJUK AGAMA YANG SAMA.
بَابُ الدَّلِيلِ عَلَى أَنَّ الْإِيمَانَ
وَالْإِسْلَامَ عَلَى الْإِطْلَاقِ عِبَارَتَانِ عَنْ دِينٍ وَاحِدٍ
Allah
berfirman:
{إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللهِ الْإِسْلَامُ}
Agama di sisi Allah ialah Islam
(Ali Imran: 19)
Firman
Allah juga:
{قُولُوا آمَنَّا بِاللهِ}
Katalah: Kami beriman dengan Allah.
(al-Baqarah: 136)
Maka benarlah
pendapat kita bahawa keimanan kepada Allah ialah Islam.
Allah
berfirman di dalam Kisah Lut:
{فَأُخْرَجْنَا مَنْ كَانَ فِيهَا مِنَ
الْمُؤْمِنِينَ، فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ}
35. (setelah sampai utusan Kami ke tempat itu),
Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang beriman yang tinggal di
situ.
36. (Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak
mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari
orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
(Az-Zariyat, 35-36)
Sekali Allah menamakan mereka dengan (Mukminin)
dan sekali dengan (Muslimin). Apa yang dikehendaki daripada ayat di atas ialah
pembezaan agama mereka dengan orang lain. Maka benarlah iman dan Islam ialah
dua kata nama bagi agama yang sama. Sekalipun hakikat kepada Islam ialah
penyerahan (at-Taslim) dan hakikat iman ialah membenarkan (at-Tasdiq). Perbezaan
hakikat tidak menghalang kedua-duanya daripada disandarkan kepada nama agama
yang sama. Seperti al-Ghais dan al-Matr (Hujan), kedua-duanya adalah satu kata
yang sama sekalipun maksud al-Ghais pada lidah bukanlah membawa maksud al-Matr.[1]
18 – AB Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Ali
al-Muqri’ al-Isfarainibiha, AB al-Hasan bin Muhammad bin Ishaq HS Yusuf bin
Ya`qub al-Qadhi, HS `Amru bin Marzuq, HS Syu`bah daripada Abi Jamrah, daripada
Ibnu Abbas RA:
أَنَّ وَفْدَ عَبْدِ الْقَيْسِ لَمَّا قَدِمُوا عَلَى
رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " مَنِ الْقَوْمُ؟
" قَالُوا: رَبِيعَةُ قَالَ: " مَرْحَبًا بِالْوَفْدِ غَيْرَ
الْخَزَايَا وَلَا النَّادِمِينَ ".
Ketika para tetamu Abdul Qais bertemu Rasulullah
SAW, baginda bertanya: Kaum manakah ini? Mereka menjawab: Rabi`ah. Lantas Nabi
SAW bersabda: Selamat dating wahai tetamu yang hadir tanpa dipaksa dan
menyesal.
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّا حَيٌّ مِنْ
رَبِيعَةَ، وَإِنَّا نَأْتِيكَ مِنْ شُقَّةٍ بَعِيدَةٍ، وَإِنَّهُ يَحُولُ
بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ، هَذَا الْحَيُّ مِنْ كُفَّارِ مُضَرَ، وَإِنَّا لَا نَصِلُ
إِلَيْكَ إِلَّا فِي شَهْرٍ حَرَامٍ، فَمُرْنَا بِأَمْرٍ، فَصْلٍ نَدْعُو إِلَيْهِ
مَنْ وَرَاءَنَا، وَنَدْخُلُ بِهِ الْجَنَّةَ
Mereka berkata: "Wahai Rasulullah kami adalah sekumpulan dari
Rabi`ah. Kami datang dari perjalanan yang jauh sementara diantara kampung kami
dan engkau ada kampung kaum kafir (suku) Mudhor. Kami tidak sanggup untuk
mendatangi engkau kecuali di bulan suci. Ajarkanlah kami dengan satu perintah
yang jelas, yang dapat kami amalkan dan kami ajarkan kepada orang-orang di
kampung kami serta dengan begitu kami dapat masuk syurga."
قَالَ: فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " آمُرُكُمْ بِأَرْبَعٍ، وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ:
آمُرُكُمْ بِالْإِيمَانِ بِاللهِ وَحْدَهُ، أَتَدْرُونَ مَا الْإِيمَانُ بِاللهِ
وَحْدَهُ؟ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ
اللهِ، وَإِقَامُ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ، وَأَنْ تُعْطُوا مِنَ
الْمَغَانِمِ الْخُمُسَ، وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ: عَنِ الدُّبَّاءِ،
وَالْحَنْتَمِ، وَالنَّقِيرِ، وَالْمُزَفَّتِ " قَالَ: وَرُبَّمَا قَالَ:
" الْمُقَيَّرُ احْفَظُوهُنَّ، وَادْعُوا إِلَيْهِنَّ مَنْ وَرَاءَكُمْ
"
Rasulullah
SAW menjawab: “Aku memerintahkan kalian 4 perkara serta aku melarang 4 perkara.
Aku memerintahkan kalian untuk beriman dengan Allah semata-mata. Adakah kamu
mahu tahu apakah maksud keimanan kepada Allah semata-mata? (Maksudnya ialah)
Penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah serta Muhammad ialah utusan Allah. Mendirikan
solat, menunaikan zakat serta kalian mengeluarkan 1/5 daripada rampasan (ghanimah)
perang. Aku melarang daripada kalian melakukan 4 perkara: Daripada meminum
ad-Dubba’, al-Hantam, an-Naqir dan al-Muzaffat. Syu'bah menerangkan; terkadang beliau menyebutkan al-muqoyyar
(bukan naqir). Kemudian Nabi SAW bersabda: "Jagalah semuanya dan
beritahukanlah kepada orang-orang di kampung kalian".
Direkodkan oleh
al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab Sahih mereka daripada hadis Syu`bah dan lain-lain.
Di dalam hadis tersebut Rasulullah SAW menamakan kalimah Syahadah sebagai
iman. Manakala di dalam hadis yang lain baginda menggunakan kata nama Islam.
19- Hadis
tersebut sepertimana yang diberitakan kepada kami oleh Abdullah al-Huffaz, HS
Abu Abdullah Muhammad bin Ya`qub, HS Yahya bin Muhammad bin Yahya dan Abu
Abdullah Al-Busyanji, kedua-dua mereka berkata: HS Musaddad.
Dan AB Abu Nasr Amru bin Abdul Aziz bin Umar bin
Qatadah sebahagian dari anak-anak an-Nu`man bin Basyir. HS Abu Muhammad
Abdullah bin Ahmad bin Sa`ad al-Hafiz. HS Abu Abdullah Muhammad bin Usman bin
Ghiyas, Hsni Abdullah bin Buraidah, daripada Yahya bin Ya`mar dan Humaid bin
Abdul Rahman. Kedua-dua mereka berkata:
Kami bertemu Abdullah bin Umar lalu kami ceritakan
tentang isu al-Qadr dan apa yang dikatakan orang tentangnya. Lantas Ibnu Umar
berkata: Apabila kamu kembali kepada mereka, berkatalah bahawa Ibnu Umar
berlepas diri daripada mereka. Serta kamu berlepas diri dengannya (sebanyak
tiga kali). Kemudian Ibnu Umar terus berkata: Telah diceritakan kepadaku oleh
Umar bahawa ketika mereka duduk bersama Nabi SAW, datang seorang lelaki yang
mempunyai wajah yang tampan, rambut yang elok, serta memakai pakaian putih. Orang
ramai saling melihat antara satu sama lain lalu berkata: Kami tidak mengenali
orang ini serta dia bukan daripada orang pengembara.
قَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ
آتِيَكَ. قَالَ: " نَعَمْ ". قَالَ: فَجَاءَ فَوَضَعَ رُكْبَتَيْهِ
عِنْدَ رُكْبَتَيْهِ، وَيَدَيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ،
Kemudian lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah!
Bolehkah aku menghampirimu? Baginda menjawab: Ya, boleh. Kemudian lelaki
berkenaan menghampiri Nabi SAW serta meletakkan kedua-dua lututnya di sisi
lutut Nabi SAW dan kedua-dua tangannya di atas paha Nabi SAW.
فَقَالَ: مَا الْإِسْلَامُ؟ قَالَ: " الْإِسْلَامُ
شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وحده، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ،
وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي
الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ الْبَيْتَ "
Seterusnya dia bertanya: “Apakah itu Islam?” Nabi
SAW menjawab: Islam ialah penyaksian bahawaTiada Tuhan selain Allah serta Nabi
Muhammad ialah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di
bulan Ramadhan serta menunaikan haji di Baitullah.
فَمَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: " أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ
وَمَلَائِكَتِهِ، وَالْجَنَّةِ وَالنَّارِ، وَالْبَعْثِ بَعْدَ الْمَوْتِ،
وَالْقَدَرِ كُلِّهِ ".
Apa pula maksud iman? Baginda menjawab: Kamu beriman dengan Allah, para
malaikat, syurga dan neraka, kebangkitan setelah mati, serta mempercayai
al-Qadr sepenuhnya.
قَالَ: فَمَا الْإِحْسَانُ؟ قَالَ: " أَنْ تَعْمَلَ
كَأَنَّكَ تَرَى، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاه فَإِنَّكَ تُرَى "
Beliau bertanya lagi: Apa pula Ihsan? Baginda Nabi SAW menjawab: Kamu
melakukan amalan seperti kamu melihat Allah. Sekiranya kamu tidak mampu melihat
Allah maka ketahuilah bahawa Allah melihat kamu.
قَالَ: فَمَتَى السَّاعَةُ؟ قَالَ: " مَا
الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ ". قَالَ: فَمَا
أَشْرَاطُهَا؟ قَالَ: " إِذَا رَأَيْتَ الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ
رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ، وَوَلَدَتِ الْإِمَاءَ
أَرْبَابَهُنَّ "
Beliau bertanya lagi: bilakah akan berlakunya kiamat? Nabi menjawab: Orang
yang bertanya lebih tahu daruipada orang yang ditanya. Kemudian lelaki
berkenaan bertanya pula: Apakah tanda-tanda kiamat itu? Baginda menjawab: Di
antara tanda-tandanya adalah jika engkau melihat orang yang miskin papa, tanpa
alas kaki dan berbaju compang-camping serta para penggembala kambing berlumba-lumba
dalam kemegahan bangunan. Serta hamba melahirkan tuannya.
ثُمَّ قَالَ: " عَلَيَّ بِالرَّجُلِ "
فَطَلَبُوهُ، فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا، فَلَبِثَ يَوْمَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً، ثُمَّ
قَالَ: " يَا ابْنَ الْخَطَّابِ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ عَنْ كَذَا
وَكَذَا؟ " قَالَ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ: " ذَاكَ جِبْرِيلُ
جَاءَكُمْ يُعَلِّمُكُمْ أَمْرَ دِينِكُمْ "
Setelah kejadian berkenaan, Nabi SAW bersabda: Bawakan kepadaku lelaki
tempoh hari. Lantas para sahabat mencarinya namun mereka tidak dapat
mengesannya. Sehingga berlalulah dua atau tiga hari. Kemudian Nabi berkata:
Wahai anak al-Khattab! Tahukah engkau siapakah orang yang menyoal tentang hal
demikian dan demikian? Umar menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda
Nabi berkata: Itu ialah Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan
tentang urusan agama kamu.
[1] Di
dalam al-Quran, perkataan al-Matr disandarkan kepada hujan yang membawa azab
atau kecelakaan. Manakala a-Ghais pula disandar kepada hujan yang membawa
rahmat atau kegembiraan.
0 Comments
Post a Comment