Saya kurang bersetuju dan sedikit kecewe apabila ada orang berkata
bahawa pelajar-pelajar Mesir tidak mampu berbahasa Arab kerana mereka
diselubungi persekitaran `Ammiyah (bahasa Arab Pasar Mesir - seperti
bahasa Kelantan jika dibandingkan bahasa orang Kuala Lumpur).
Menurut saya, majoriti orang yang tahu berbahasa `Ammiyah mampu untuk
memahami dan berkomunikasi Fushah (bahasa standard) dengan baik. Tetapi,
identiti `Ammiyah itu sentiasa melekat dan ia tidak menyukarkan orang Arab (sekalipun bukan dari Mesir) untuk memahaminya.
Faktor masalah komunikasi bahasa Arab bukan terletak pada `Ammiyah.
Tetapi pada sikap pelajar yang pasif di dalam komunikasi apabila pergi
ke Mesir. Mereka lebih suka berkurung di perumahan orang-orang Melayu
dan jarang bercakap dengan Arab. Fokus belajar juga dengan guru-guru
daripada Malaysia dan Indonesia.
Sekalipun anda tidak suka lenggok bahasa Mesir, janganlah ia menjadi alasan untuk mencipta punca masalah yang sebenarnya tiada.
Saya tidak gemar dengan lenggok bahasa negara Arab lain seperti Jordan (saya anggap ia seperti agak angkuh dan sombong), Yaman, dan Saudi. Tetapi saya yakin, siapa yang menguasai bahasa Arab tempatnya, pasti dapat menguasai fushah dengan baik.
Kerana bahasa Arab itu satu sahaja. Tetapi tempat dan keadaan setempat menyebabkan ia diucapkan dengan cara berbeza.
Jika Malaysia yang sekecil ini telah mempunyai lenggok bahasa yang pelbagai, apatah lagi negara Arab yang sangat besar itu.
________
Syihabudin Ahmad,
Bekas Pelajar Universiti Al-Azhar.