Name
|
|
hamidah
|
Subject
|
|
kasut
kulit babi
|
Comment
|
|
Assalaamualaikum
ust...saya ada bli kasut dr kulit babi,sblm beli saya xtau kasut tu dr kulit
babi...boleh ke kasut tu di beri kpd non muslim?
|
Entry
Date
|
|
7/2/2015
8:44:15 PM
|
Jawapan: Boleh.
Fakta:
❶ Keseluruhan ulama telah
bersepakat di dalam mengatakan bahawa daging babi haram dimakan. Inilah
kefahaman asas daripada larangan ayat 145, surah al-An`am.
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى
طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ
لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ
فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
145. Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang
diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai,
atau darah Yang mengalir, atau daging babi - kerana Sesungguhnya ia adalah
kotor - atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang
disembelih atas nama Yang lain dari Allah". kemudian sesiapa Yang terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui
batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-An`am: 145)
❷ Babi yang hidup adalah najis.
Ini adalah pendapat 3 mazhab utama iaitu al-Hanafiyah, asy-Syafiiyah dan
al-Hanabilah. Manakala Mazhab al-Malikiyah pula menyatakan keseluruhan tubuh babi
yang hidup tidak najis.
❸ Babi yang mati pula adalah
bangkai yang disepakati oleh 4 mazhab. Maka ia tidak menjadi suci sekalipun
telah disamak (ad-Dibagh - tanner). Jadi, bangkai yang tidak suci tidak boleh
digunakan, dijual atau dibeli. Tidak boleh juga dihadiahkan kepada sesama
Muslim. Hanya pendapat terpencil daripada Abu Yusuf yang menyatakan bahawa
bangkai babi menjadi suci setelah proses samak.
❸ Tidak sah jual beli babi sama
ada kepada Muslim atau non-Muslim. Ini bertepatan dengan hadis:
«إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الخَمْرِ، وَالمَيْتَةِ
وَالخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ»
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya
mengharamkan jualan arak, bangkai, babi, dan patung berhala.”
(HR al-Bukhari di dalam Sahih
al-Bukhari: 2236)
❹ Non-Muslim tidak berhukum
dengan hukum Islam melainkan di dalam perundangan negara sahaja. Justeru itu, mereka
berhak untuk menggunakan barangan daripada kulit babi.
❺ Memberikan hadiah kepada non-Muslim
dengan sesuatu yang mereka boleh manfaatkan adalah harus. Maka menjadi harus
juga untuk memberikan kasut kulit babi yang dibeli TANPA SENGAJA kepada mereka.
Tiada larangan syarak di dalam hal ini yang kami temui.
❻ Haram jika dengan SENGAJA
membeli kasut kulit babi dengan tujuan memberi hadiah kepada rakan non-Muslim.
Rujuk: Mausu`ah Fiqhiyah Kuwait, Jilid 20,
halaman 32-36.
WallahuA`lam.