Soalan:
Apakah
hakikat As-Sufiyyah dan at-Tasawwuf? Apakah pendirian Islam berkaitannya? Kami
mendengar bahawa sebahagian daripada orang Sufi telah berkhidmat untuk agama
Islam daripada sudut ilmu dan amal. Kami juga mendengar bahawa sebahagian
mereka berperanan menghancurkan Islam dengan bidaah serta kesesatan. Apakah
perbezaan antara mereka-mereka ini?
Jawapan:
At-Tasawwuf
adalah aliran yang terdapat di dalam hampir setiap agama. Ia adalah aliran yang
menfokuskan pada sudut rohani serta sangat mementingkannya. Penfokusan ini
wujud terutamanya di dalam agama yang lain.
Di
India terdapat para fuqara’ Hindu yang sangat mementingkan aspek rohani yang
melampau sehingga menyeksa diri. Ia dilakukan dengan keyakinan mampu meningkatkan
darjat serta menyucikan rohani.
Demikian
juga yang berlaku kepada penganut Kristian. Mereka tidak lari daripada sistem
kerahiban. Di Parsi pula terdapat aliran Mani[1].
Bagi orang-orang Yunani pula muncul aliran ar-Ruwaqiyin (Stoicism)[2].
Di dalam negara yang lain juga terdapat begitu banyak aliran ini. Telah jelas pada
mereka pertembungan rohani yang radikal dalam aspek tubuh badan serta
kebendaan.
Kesimbangan
Unsur Rohani, Jasadi dan Akli di dalam Islam
Islam
pula, apabila ia datang, ia mengajak
kepada keseimbangan di antara kehidupan rohani, jasmani, serta akal. Manusia –
sepertimana di dalam gambaran Islam – adalah gabungan jasad, akal dan roh. Justeru
itu, setiap muslim hendaklah menunaikan hak bagi setiap bahagian tersebut.
Apabila
Nabi SAW melihat sebahagian daripada para sahabatnya yang melebihkan bahagian
rohani, maka baginda menghalangnya. Sepertimana yang tersurat di dalam hadis
Abdullah bin Amru bin al-`As. Dia telah berpuasa tanpa meninggalkannya, bangun qiyam
tanpa tidur, meninggalkan isteri dan kewajiapan terhadap isteri. Lantas
Rasulullah berkata:
«فَلاَ
تَفْعَلْ، صُمْ وَأَفْطِرْ، وَقُمْ وَنَمْ، فَإِنَّ لِجَسَدِكَ عَلَيْكَ حَقًّا،
وَإِنَّ لِعَيْنِكَ عَلَيْكَ حَقًّا، وَإِنَّ لِزَوْجِكَ عَلَيْكَ حَقًّا»
Jangan buat begitu! Berpuasa dan tinggalkanlah,
bangun qiyam dan dan tidurlah. Sesungguhnya jasad kamu mempunyai hak, kedua-dua
mata kamu mempunyai hak, serta isteri kamu juga mempunyai hak.[3] [4]
Ketika
sekumpulan sahabat Nabi pergi ke rumah baginda lalu bertanya para isteri Nabi
tentang ibadah baginda, setelah diberitahu maka mereka berkata sesama mereka:
وَأَيْنَ
نَحْنُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ، قَالَ أَحَدُهُمْ: أَمَّا أَنَا
فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا، وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ
وَلاَ أُفْطِرُ، وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلاَ أَتَزَوَّجُ
أَبَدًا،
“Dimanakah kedudukan (ibadah) kita jika dibandingkan dengan
Rasulullah SAW? Baginda telah diampunkan segala dosa yang telah lalu dan akan
datang.” Berkatalah salah seorang daripada mereka; “Adapun aku, aku akan solat
malam selama-lamanya.” Orang lain berkata: “Aku pula akan berpuasa sepanjang
tahun tanpa ponteng.” Orang lain pula berkata: “Aku berlepas diri daripada
wanita. Aku tidak akan berkahwin selama-lamanya.”
فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ، فَقَالَ: «أَنْتُمُ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا،
أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ، لَكِنِّي
أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ
رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي»
Apabila Rasulullah datang kepada mereka, baginda berkata: “Kamu
semua yang mengatakan itu dan ini. Demi Allah! Aku adalah orang yang paling
takutkan Allah di kalangan kamu. Aku yang paling bertaqwa. Tetapi aku berpuasa
dan berbuka. Aku bersolat malam dan aku tidur. Aku juga mengahwini wanita. Sesiapa
yang membenci sunnahku, dia bukan daripada umatku.”
[HR Al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 5063.]
Dari sini kita dapat fahami bahawa Islam datang
dengan kesimbangan di dalam kehidupan. Ia melunaskan hak pada setiap bahagian. Tetapi
as-Sufiyyah telah muncul pada waktu umat Islam dipengaruhi dengan harta benda
dan pemikiran.
Latar Belakang Kemunculan Sufiyah
Sudut harta benda dikenali daripada kesan kekayaan
yang menenggelamkan sebahagian generasi setelah meluasnya penguasaan Islam dan
banyak harta mereka. Ekonomi juga berkembang sehingga ia menjadikan manusia
berlebih-lebihan daripada sudut harta benda. Ia dikukuhkan lagi dengan sikap
berlebih-lebihan pada sudut pemikiran. Sehingga menjadikan iman itu hanyalah
penyataan “Falsafah”, “Ilmu Kalam” dan “Perdebatan”. Ia tidak memberikan
makanan rohani yang setimpalnya kepada manusia. Sehinggakan Fikah hanya sekadar
kulit luaran agama dan perbuatan tubuh badan, tidak lagi pada intipatinya. Tidak juga pada amalan-amalan
hati, ia semata-mata ibadat tanpa roh.
Daripada sinilah munculnya kelompok sufi yang
berperanan mengisi kekosongan tersebut. Ia adalah sesuatu pekerjaan yang tidak
mampu dilakukan oleh para Mutakallimin dan Fuqaha’. Jadilah ramai manusia yang
dahagakan sisi rohani. Tidak ada yang mengisi kelaparan ini melainkan para ahli
sufi yang bermaksud untuk menyucikan batin sebelum zahir, mengubati penyakit
jiwa, meletakkan keutamaan pada amalan hati, menyibukkan pendidikan rohani dan
akhlak. Orang ramai memandang mereka dari sudut pemikiran, kepentingan, dan
kegiatan mereka.
Sehingga sebahagian daripada mereka menyatakan:
التصوف هو الخلق، فمن زاد عليك في الخلق فقد زاد
عليك في التصوف.
At-Tasawwuf ialah akhlak. Sesiapa yang bertambah
pada nilai akhlaknya, maka bertambahlah tasawufnya.
Generasi
ahli sufi yang awal sangat teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka sentiasa
berperinsip atas timbangan Allah (hudud Allah). Sangat menjauhi bidaah dan
penyelewengan di dalam pemikiran dan cara hidup (suluk).
Sumbangan
Ahli Sufi
Ramai
orang yang masuk Islam kerana pengaruh mereka. Ramai orang yang bertaubat di
tangan mereka daripada kalangan orang yang berbuat dosa dengan tidak mampu dihitung.
Kekayaan ilmu makrifat dan pengalaman rohani mengikuti mereka, tidak ada yang
mengingkarinya melainkan orang yang sombong atau orang yang taksub menentang
mereka.
Sikap
Melampau
Tetapi
ramai pula ahli sufi yang melampau di dalam bahagian rohani ini. Lalu mereka
menyimpang daripada jalan yang benar. Sebahagian daripada mereka mempraktikkan
pemikiran yang tidak islami. Seperti kata-kata mereka (yang membezakan) antara
hakikat dan syariat. Sesiapa yang memandang kepada akhlak (Tasawwuf) dengan
pandangan syariat, maka mereka itu orang yang dibenci. Sesiapa yang melihat
mereka dengan pandangan hakikat, maka diiktiraf.
Pandangan
mereka menyatakan bahawa; Az-Zuoq (Rasa dalam jiwa) dan al-Mawajid (rasa cinta
dan rindu yang teramat sangat, yang terkadang sampai membuat seseorang
kehilangan akalnya dan bahkan sampai tidak sedarkan diri) menjadi salah satu
daripada sandaran hukum. Manusia merujuk hukum kepada zouq, wijdan dan hatinya.
Sebahagian
daripada mereka pula memandang lekeh kepada para ahli hadis kerana mereka
berkata: Diceritakan kepada kami oleh fulan, diceritakan kepada kami oleh
fulan. Sedangkan orang sufi menyatakan: (حدثني قلبي عن ربي) Diceritakan kepadaku oleh jantung hatiku
daripada tuhanku…
Ataupun
mereka mendakwa:
إنكم تأخذون علمكم ميتًا عن ميت، ونحن نأخذ علمنا
عن الحي الذي لا يموت
Kamu
mengambil ilmu kamu daripada orang mati daripada orang mati, manakala kami
mengambil ilmu kami daripada Yang Hidup Tidak Mati.
Mereka
menyangka hadis itu bersambung terus ke langit. Ini adalah sejenis sikap
berlebih-lebihan.
Antara
contohnya lagi ialah dalam bidang pendidikan. Mereka meruntuhkan peribadi murid
dengan kata-kata:
إن المريد بين يدي شيخه كالميت بين يدي غاسله،
ومن قال لشيخه: لم ؟ لا يفلح . ومن اعترض " انطرد
".
Seorang
murid di hadapan gurunya seumpama orang yang mati di hadapan orang yang akan
memandikannya . Sesiapa yang berkata kepada gurunya: Mengapa? Dia tidak akan
berjaya. Sesiapa yang membangkang, ia akan dibuang.
Pandangan-pandangan
seperti ini telah membunuh potensi ramai daripada kalangan anak-anak umat
Islam.
Mereka
juga telah menyemaikan nilai negetif sepertimana pegangan mereka yang
menyebutkan: Seorang hamba bangun pada apa yang dia mahu… biarkan kerajaan
kepada pemerintah. Tinggalkan makhluk kepada penciptanya.
Dengan
itu pendirian mereka negetif di hadapan penyelewengan, kerosakan, kezaliman,dan
tirani. Ini juga salah satu daripada jenis berlebih-lebihan dan penyelewengan
yang terdapat pada ahli sufi.
Ahli
Suffi Yang Salafi
Banyak
daripada golongan Ahlus Sunnah
dan ulama salaf
yang mengukuhkan ilmu
tasawuf, sebagaimana diajarkan
oleh Al-Quran dan as-Sunnah. Ramai pula
yang berusaha meluruskan dan mempertimbangkannya dengan
timbangan Al-Quran dan As-Sunnah. Lalu kita temuilah dalam
bidang ini orang seperti Ibnu Qayyim yang mengindahkan ilmu Tasawwuf dengan
neraca yang seimbang dan tidak difahami dengan salah. Ianya timbangana al-Quran
dan as-Sunnah. Lalu dia menulis sebuah
buku tasawwuf yang seimbang iaitu "Madaarijus-Saalikin
ilaaManaazilus-Saairiin," (Tangga
bagi Perjalanan Menuju ke
Tempat Tujuan). Buku berkenaan
ialah suatu ulasan kepada risalah as-Suffiyah yang kecil berjudul: “Manazilul
Zairin lil Muqamat: Iyyakana`budu wa iyya ka nasta`in”. Yang ditulis oleh
Syeikhul Islam Ismail al-Harawy al-Hanbali.
Kitab
ini mempunyai tiga jilid. Ia merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Kita mampu
membacanya dan mengambil manfaat daripadanya dengan tenang. Hakikatnya setiap
kata-kata manusia diambil dan ditolak. Yang menghukum ialah nas yang suci yang
diambil daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Ambil
Sisi Baik Sufiyyah
Kita
boleh mengambil sisi yang bagus daripada ahli Sufi iaitu ketaatan kepada Allah.
Demikian juga sisi mencintai sesama manusia, mengetahui kekurangan diri,
tempat-tempat dimasuki syaitan di dalam jiwa serta pengubatnya, mementingkan
jiwa yang lembut serta sering mengingati hari akhirat.
Kita
dapat mengenali hal tersebut di dalam sebahagian jalan ahli sufi seperti Imam
al-Ghazzali dengan diawasi penyelewengan
dan sikap berlebih-lebihan mereka. Kemudian ditimbang dengan neraca al-Quran
dan as-Sunnah. Tidak ada yang mampu melakukan hal ini melainkan ahli ilmu dan
ma`rifah sahaja.
Justeru itu, saya menasihati setiap orang
awam supaya merujuk para ulama umat Islam as-Salafiyyin al-Mu`tadilin yang mahu
mengembalikan setiap kata-katanya kepada Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW.
Wallahumuwaffiq.
(Rujuk: Fatawa Mu`asirah, Jilid 1,
Muka Surat: 734)
[1]
Ajaran Mani muncul di parsi. Menurut al-Biruni dalam bukunya Al-Atharul
Baqiyah, Mani telah dilahirkan dalam tahun 215 atau 216 Masehi. Meskipun
mengalami tekanan, namun agamanya dapat hidup kekal sehingga abad ketujuh lepas
hijrah atau abad ketiga belas masehi. Ajaran Mani adalah saduran antara ajaran
Kristian dan Zoroasterianisme. Secara ringkasnya, agama Mani ini tidak banyak
bezanya dengan agama Zoroaster. Ajaran ini juga bersependapat bahawa di alam
ini terdapat dua sumber iaitu sumber kebaikan dan sumber kejahatan. Bagi agama
Zoroaster, manusia harus hidup secara semula jadi, berkahwin dan melahirkan
keturunan, mengawasi pertaniannya, memelihara keturunan dan haiwan-haiwan
ternakan, menambah kekuatan tubuh serta jangan berpuasa. Maka dengan cara
kehidupan sedemikian dapat membantu Tuhan Baik melawan Tuhan Jahat. Tetapi
ajaran Mani ini mempunyai suatu aliran fikiran yang berlainan, ia lebih
menyerupai cara-cara kependitaan. Oleh sebab itu, ia mengharamkan perkahwinan,
menganjurkan cara-cara hidup zuhud, menentukan penganutnya berpausa tujuh hari
sebulan. Perbezaan yang besar ialah ajaran Mani mengakui kenabian Isa dan
Zoroaster.
[2]
Orang-orang Stoik percaya bahwa emosi negatif yang menghancurkan manusia
dihasilkan daripada keputusan yang salah. Seorang sophis ialah orang yang
memiliki "kesempurnaan moral dan intelektual" tidak akan pernah
mengalami emosi-emosi yang merosakkan kebahagiaan, seperti marah berlebihan, kerisauan
berlebihan, sedih berlebihan, dan sebagainya. Seorang Stoik, seperti kata Epictetus
hendaklah tidak banyak berbicara tentang idea besar, apalagi kepada orang-orang
awam, melainkan bertindak selaras dengan apa yang difikirkannya tentang
kebaikan.Stoikisme adalah cara hidup yang menekankan dimensi internal manusia. Di
mata kaum Stoa, Logos Universal (Sang Ilahi) adalah yang menata alam semesta
ini dengan rasional, senegatif apa pun kejadian yang menimpa, seorang Stoa yang
bijak akan melihat kejadian tersebut sebagai sebahagian daripada tenunan indah tuhan
atau Logos. Ia akan menyesuaikan rasional dirinya sebagai manusia dengan hukum
alam (hukum sebab akibat) dari alam semesta.
[3]
Hadis ini diperbetulkan daripada teks asal. Teks asal seperti berikut:
يا
عبد الله إن لعينك عليك حقًّا، وإن لأهلك عليك حقًا، وإن لزوجك عليك حقًا، وإن لبدنك
عليك حقًا، فأعط كل ذي حق حقه
[4]
Di dalam kisah Salman al-Farisi dan Abu Dardak pula, Salman berkata kepada Abu
Darda’ seperti hadis di atas dengan tambahan:
فَأَعْطِ
كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ
Berikanlah hak
kepada setiap orang yang mempunyai hak.