"Antara bidaah
yang dilakukan yang menjadikan ia musim-musim yang dianggap diiktiraf oleh
syariat ialah bidaah pada malam Nisfu Sya`ban di zaman kita ini. Telah
dilakukan perbuatan bidaah dalam pelbagai bentuk. Berikut dinyatakan sebahagian
bidaah yang popular di beberapa buah negara:
Solat enam rakaat
pada malam Nisfu Sya`ban dengan niat untuk dijauhi bala', dipanjangkan umur,
serta diberi kekayaan. Juga bacaan Yaasin dan doa di antara solat-solat
berkenaan.
Tiada syak lagi
bahawa ini adalah perkara baharu di dalam agama yang bercanggah dengan sunnah
penghulu segala utusan (Nabi Muhammad SAW)."
- Syeikh Abu
`Ubaidah Masyhur bin Hasan Ali Salman, buku: Husnul Bayan Fi Ma Warada Fi
Lailah an-Nisfu minasy Sya`ban"
Nota:
❶ Asy-Syeikh
mensahihkan hadis yang menyatakan bahawa Allah mengampunkan dosa setiap manusia
pada malam nisfu Sya`ban kecuali Syirik. Selain daripada hadis yang serupa
seperti itu, asy-Syeikh menyatakan ia berlegar antara Dhoif atau Palsu.
❷ Tiada sebarang
amalan khusus pada malam nisfu Sya`ban yang dibuktikan daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Sebahagian orang melakukannya kerana melihat orang lain melakukannya.
❸ Mengkhususkan
perkumpulan di masjid semata-mata menganggap wujudnya kelebihan malam nisfu
sya`ban juga antara isu bidaah yang disebut oleh asy-Syeikh.
❹ Asy-Syeikh
berkata: "Malam ini serupa seperti malam-malam yang lain. Tidak
disyariatkan apa-apa padanya sama ada solat khusus, zikir-zikir khusus,
perkumpulan khusus, serta tidak juga bacaan al-Quran dengan bilangan tertentu.
Penentuan ini tidak
diterima melainkan daripada sandaran agama. Apabila ia tidak sabit, maka
menjadi kewajiban buat umat Islam untuk tidak menyertainya."
WallahuA`lam.