Dulu kita dengar, "Sejahat-jahat Manusia, Sebaik-Baik Jin. Sejahat-Jahat Jin, Sebaik-Baik manusia". Dulu kita percaya, tapi akhirnya apabila kita gunakan kepala hotak yang Allah Taala berikan, kita faham bahawa kenyataan itu salah dan menyeleweng. ia adalah pembodohan akal apabila kita hanya dengar dan terus percaya. 

Manusia yang kafir, menentang, buat kekacauan kepada negara dan masyarakat tidaklah boleh dianggap lebih baik daripada satu Jin yang Islam, mengikut perintah agama dan menjadi makhluk yang baik. 

Hari ini, kita dengar pula kenyataan daripada Tok Guru Haji Hadi Awang, "Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah, mereka tidak sezalim orang bukan Islam."

Sebelum kita berikan reaction, saya nak ajak kita tonton dulu kenyataan daripada TGHH berkenaan. 

[Video]

Sebelum kita teruskan video reaction hari ini, saya nak ajak anda tekan butang Join yang ada di bawah ini. Ia adalah satu bentuk sokongan untuk saya teruskan dan giatkan production bagi projek memandaikan umat dengan ilmu.

Sahabat-sahabat,

Pertama - Kempen untuk orang Islam keluar mengundi adalah kempen yang bagus, saya sokong dan saya setuju 125%. Ia adalah satu galakkan dan saranan yang penting apabila ada sebahagian orang yang tak mahu keluar mengundi. 

Bukan saya kata - tak keluar mengundi itu salah, tapi dengan tak keluar mengundi, seringkali menyebabkan calon yang terpilih tiada penglibatan saringan kita. Kalaupun calon-calon yang disenaraikan itu tidak ada yang bagus, kita perlu pilih yang paling bagus daripada yang tak bagus, atau yang paling tak teruk dibanding yang lagi teruk. 

Dalam praktikal di Malaysia, setiap pilihanraya pasti akan membawa natijah terpilihnya seorang wakil rakyat yang dipilih melalui [engundian. Jadi, jangan pernah abaikan tanggungjawab mengundi dalam pilihanraya. 

Bahkan apabila TGHH kata, "Akibat kita tak keluar mengundi, orang lain memerintah ikut suka. Tak adil, tak tunaikan amanah yang diwajibkan oleh Allah." Saya boleh bersetuju sebahagian daripadanya. 

Sebab itulah mengundi ini penting, kita nak cari yang amanah. Jika tidak, kita akan mengulang sejarah apabila wujud pemimpin-pemimpin yang dipilih tapi amanah yang Allah berikan kepadanya dia tak jalankan. 

Sepatutnya dia menjadi lidah rakyat, tapi Parlimen atau Sidang DUN pun dia tak hadir. Masalah rakyat dia tak kisah langsung. Parlimen dia tak mahu hadir, tapi kempen politik dia tak pernah tak hadir. Orang berbahas tentang kemajuan dan masa depan negara yang lebih baik, tapi dia tarik sokongan membuta tuli. Orang sibuk berfikir bagaimana menjadikan rakyat lebih aman, damai dan saling bekerjasama, tapi dia sibuk menyuntik perkauman dan perpecahan. Rakyat dikawasannya tidak pernah disebut dalam parlimen, sampai orang tak tahu - dia ni wakil rakyat atau ahli politik yang menempah tiket politik semata-mata. 

Sebab tu bila TGHH sebut tentang amanah, saya setuju. Kita perlu mengundi supaya kita terlibat dalam memilih calon yang amanah menurut pandangan dan pertimbangan kita. 

Kedua - Apabila TGHH sebut tentang dalam politik Islam ada pahala dan dosa, tapi ajaran lain tak ada dosa pahala - saya tak berapa setuju. 

Pertama, kerana bila sebut politik Islam - maka ia dah sampai kepada tahap ijtihad. Ijtihad memang dalam rangkuman dosa dan pahala tetapi ijtihad saya adalah usaha saya menjauhi dosa, dan ijtihad anda juga adalah usaha anda menjauhi dosa dalam keadaan perkara berkenaan tiada nas yang Qatie Dilalah dan Qatie Subut. Jika dibiarkan terbuka, nanti akan muncul orang politik berkata, ijtihad aku sahaja dapat pahala dan menajuhi dosa- dan ijtihad kamu pula adalah dosa dan tak hirau tentang pahala. 

Kedua, Tak betul jika kita kata hanya dalam pilitik Islam sahaja ada dosa pahala. Ajaran lain tak ada. Sekalipun kita tahu dosa dan pahala dalam Islam mempunyai tyakrifan khusus tetpi asas buat baik dapaty balasan kebaikan dan buat jahat dapat balasan kebuurukan itu bukan hanya ada pada ajran Islam. 

Kristian, khususnya Kristian Katolik seperti yang dianuti oleh YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup dari Sabah - mereka juga mempunyai konsep dosa. Bahkan dalam kitab-kitab dan pengajaran mereka seringkali menyatakan dosa akan melahirkan institusi dan keadaan sosial yang zalim. Bahkan mereka bertegas bahawa kuasa politik wajib mematuhi tuntutan moral. 

Dalam Buddhisme ada konsep karma yang menunjukkan setiap tindakan manusia mempunyai akibat moral yang melangkaui undang-undang semata-mata. 

Dalam ajaran-ajaran lain juga begitu, konsep buat jahat dapat balasan kejahatan atau ia perlu dijauhi dan konsep buat baik adalah perkara moral yang perlu diutamakan adalah konsep-konsep yang membina akhlak warganegara di Malaysia. 

Sebab itu negara Malaysia, meletakkan asas Percaya Kepada Tuhan sebagai salah satu daripada rukun negara. Kerana kita percaya, orang percaya kepada tuhan tak akan buat perkara yang menyanggahi nilai-nilai moral rakyat malaysia. 

Sahabat-sahabat, 

Perkara paling penting dalam isu kenyataan Tok Guru Haji Hadi ini ialah apabila beliau sebut: "Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah, mereka tidak sezalim orang bukan Islam."

Kenyataan ini sangat kontroversi. Sampai kita pun agak keliru - TGHH tuju kepada siapa? Kalau nak kata kepada Perdana Menteri, memang perdana Menteri kita ini Islam. Kalau ikut rumusan TGHH memang dia tak sezalim bukan Islam. Timbalan Perdana Menteri pun Islam. Kalau nak kata Ketua Menteri Melaka sebelum ini, dia pun Islam juga. Kalau nak kata kepada adun-adun yang sedang dipilih, TGHH pun kempen pilih MIC, Gerakan dan MCA yang kita tahu mereka itu bukan Islam. Adakah TGHH nak kata, calon-calon yang dia suruh pangkah itu akan berpotensi menjadi zalim? 

N07 - Calon Putra Laila Norinda adalah seorang Muslim, kenapa TGHH suruh pangkah S.Nadarajah daripada MIC yang bukan Islam? 

N.14 - Calon PH Farzana Hayani adalah seorang muslim, kenapa TGHH suruh pangkah Lim Ban Hong dari MCA? 

N.15 Ayer Keroh - Calon Bersama Muhaimin Lau Abdullah adalah seorang muslim, kenapa TGHH suruh pangkah Mechael Gan daripada Gerakan? 

N.22 Bandar Hilir - Calon Bersama Dr Mohd Nir Rashidi Ab Jalil, kenapa TGHH suruh pangkah Lok Huey Yee dari MCA?

Bukankah leboh baik bagi kepada calon-calon Muslim itu sebab kononnya "Sejahat-jahat orang Islam, seburuk-buruk orang Islam memerintah, mereka tidak sezalim orang bukan Islam."

Sahabat-sahabat, kita juga bertanya-tanya, siapakah contoh orang bukan Islam yang menjadi pemerintah itu sehingga kita boleh tahu bahawa dia adalah orang yang zalim? 

Apatah lagi, sekadar nama Islam tidak membuktikan orang bekenaan akan ikut semua ajaran Islam. Sebab itu kita temui orang seperti Najib Razak yang buat rasuah dan merompak lebih dari RM 42 juta duit rakyat Malaysia. Padahal, dia tu dah Islam dah. Bersongkok, bertelok belanga dan mengucap dua kalimah syahadah. Walaupun Islam larang rasuah, mengatakan rasuah adalah perkara yang sangat kejji dan berdosa besar, tapi ada orang Islam yang melakukannya. Adakah sekadar nama Islam sahaja telah mengkultuskan dirinya? 

Tidak. 

Tapi, jika dia mengaku sebagai seorang Islam, mengikuti ajaran Islam - insyaAllah dia tak akan merompak, dia tak akan rasuah, dia akan jaga amanah, dia akan tepati janji, dia akan prihatin dengan rakyat, dia akan usaha bagi rakyat hidup dengan penuh kebahagiaan. 

Islam itu agama yang adil, mengangkat keadilan setinggi-tingginya. Tapi orang islam belum tentu adil. Pemerintah Islam mungkin saja menindas rakyatnya, sepertimana yang berlaku dalam sejarah Hajjaj b in Yusuf al-Saqafi. Dia didakwa memerintah secara zalim dan menjadikan pembunuhan yang tak adil sebagai salah satu daripada gaya pemerintahannya. 

Bahkan dalam Sahih Muslim, no. 2545, ada riwayat yang merakamkan bagaimana al-Hajjaj mengancam Asma’ binti Abi Bakr supaya datang menghadapnya. Kalau beliau enggan, dia mengancam akan menghantar orang untuk menyeretnya dengan menarik rambutnya. Bayangkan, seorang wanita yang merupakan sahabat Nabi, ibu kepada Abdullah bin al-Zubayr, diperlakukan begitu.

Dalam pertemuan itu, Asma’ mengingatkan tentang sabda Rasulullah SAW bahawa akan muncul daripada Bani Thaqif seorang pendusta dan seorang pembinasa. Asma’ kemudian mengenal pasti al-Hajjaj sebagai pembinasa yang dimaksudkan itu. Riwayat ini ada dalam kitab hadis sahih kita sendiri. sunnah.com

Jadi, apabila kita membaca sejarah seperti ini, kita kena berani mengakui bahawa seorang pemerintah Muslim boleh melakukan kezaliman yang besar. Keislamannya tidak menjadikan setiap tindakannya adil. Kezalimannya pula tidak boleh kita ringankan semata-mata kerana dia berkongsi agama dengan kita.

Dan di sinilah masalah kenyataan tadi.

Apabila disebut, “Sejahat-jahat orang Islam”, maknanya kenyataan itu merangkumi orang Islam yang paling jahat. Kemudian orang yang paling jahat itu tetap dikatakan tidak sezalim pemerintah bukan Islam. Atas ukuran apa kita membuat kesimpulan sebesar itu?

Kalau seorang pemerintah Muslim memenjarakan orang yang tidak bersalah, merampas harta rakyat dan membunuh tanpa hak, sedangkan seorang pemerintah bukan Islam menjaga keselamatan rakyat serta memberikan hak mereka, adakah kita tetap mahu mengatakan pemerintah Muslim tadi kurang zalim?

Kita kena menilai perbuatannya. Siapa yang ditindas? Hak apa yang dirampas? Sejauh mana kerosakan yang dilakukan? Apakah bukti yang ada?

Kepercayaan kita terhadap kebenaran Islam tidak memberikan kita lesen untuk menafikan kezaliman orang Islam.

Sahabat-sahabat,

Allah Taala berfirman dalam surah al-Ma’idah, ayat 8:

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ

Allah melarang kebencian terhadap sesuatu kaum menyebabkan kita berlaku tidak adil. Kita diperintahkan berlaku adil kerana keadilan itu lebih dekat kepada takwa. Quran.com

Perhatikan. Dalam keadaan kita benci sekalipun, kita masih diperintahkan berlaku adil.

Kalau orang yang kita tidak suka itu benar dalam sesuatu perkara, kita akui kebenarannya. Kalau orang yang kita sokong itu melakukan kezaliman, kita akui kezalimannya. Barulah pertimbangan kita ada harga.

Dalam surah al-Nisa’, ayat 135 pula, Allah memerintahkan kita menegakkan keadilan sekalipun kesaksian itu terhadap diri sendiri, ibu bapa atau kaum kerabat. Hubungan yang begitu dekat pun tidak boleh menjadi alasan untuk memesongkan keadilan. Quran.com

Jadi, takkan hubungan satu parti boleh memberikan pengecualian?

Takkan apabila orang kita buat salah, tiba-tiba ukuran keadilan berubah? Kalau pihak lawan melakukannya, kita panggil zalim. Apabila pihak sendiri melakukan perkara yang sama, kita suruh rakyat bersabar dan ingat bahawa dia masih Islam.

Mangsa tetap kehilangan haknya. Keluarga yang ditindas tetap menanggung penderitaan. Kita tidak boleh menyuruh mereka menganggap penderitaan itu lebih ringan hanya kerana orang yang menzalimi mereka seorang Muslim.

Malah, sebagai seorang Muslim, dia sepatutnya lebih bertanggungjawab untuk mematuhi larangan agamanya sendiri.

Sebab itu Nabi SAW mengajar kita supaya membantu saudara kita sama ada dia dizalimi ataupun sedang menzalimi. Apabila para sahabat bertanya bagaimana hendak membantu orang yang menzalimi, Baginda menjelaskan bahawa kita membantunya dengan menghalang kezalimannya. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 2444. sunnah.com

Itulah cara kita membantu pemimpin Muslim. Tegur dia. Tuntut penjelasan. Halang salah guna kuasanya. Pastikan hak rakyat dikembalikan.

Kalau setiap kali dia melakukan kesalahan kita mencarikan alasan, kita sedang membiarkan dia terus melakukan perkara yang merosakkan dirinya dan rakyat.

WallahuA`lam. 

Sahabat-sahabat, saya serius dalam usaha memandaikan umat dengan ilmu. Justeru itu saya kempen - biasakan diri kita menjadi orang yang kritis, jangan malu bertanya dan mempersoalkan. Kerana dengan bertanya dan mempersoalkan, kita akan menambah ilmu pengetahuan. 

Disebabkan itu jugalah saya usahakan HadithXpert.com. 

Saya nak bantu lebih ramai orang untuk dekat dengan sumber yang sahih daripada Nabi Muhammad SAW. Saya nak masyarakat kita mengambil hujah daripada sumber yang tepat. 

HadithXpert ialah aplikasi website yang akan bantu anda buat semakan bagi hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Anda nak semak status kesahihan hadis, nak cari hadis yang sesuai dengan hujah yang anda nak sampaikan, atau anda nak rungkaikan persoalan-persoalan agama yang berkaitan Nabi Muhammad SAW. 

Anda subscribe, hadithxpert.com. Hanya RM 19 sebulan. Lebih murah berkali-kali ganda daripada subscription Netflix, Astro bahkan penapis minuman anda. 

Dan menariknya, aplikasi ini bukan aplikasi AI semata-mata, setiap persoalan anda akan disemak oleh pakar-pakar hadith kami yang akan menganalisis jawapan AI dan membetullkan jika ada kesilapan. 

Jadi, saya ajak sahabat-sahabat untuk support hadithXpert dengan register account di hadithxpert.com.

Satu lagi, saya nak ajak sahabat-sahabat untuk menyokong usaha saya menghasilkan video bermanfaat di media sosial. Saya nak ajak anda join membership saya. Sekarang baru ada 331 member, saya harap bulan ini saya dapat sekurang-kurangnya 500 orang yang join membership channel ini. Ia sangat membantu saya menggerakkan kerja dakwah ini secara serius. 

Sahabat-sahabat tekan butang Join yang ada di bawah ini dan pilih pakej sokongan yang sesuai dengan kerelaan anda.

Sahabat-sahabat, saya hargai setiap seorang daripada anda yang menonton video-video saya. Saya ucapkan terima kasih banyak, semoga Allah sentiasa memuliakan anda dengan ilmu, iman dan taqwa. 

Asalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.