Sahabat-sahabat, tak tau sapa yang kira, tak tau sistem pendaftaran apa yang dibuat tapi dikatakan 250 jemaah datang ke Masjid Jamek Kuala Klawang pada hari Jumaat. Tetapi mereka tak berjaya solat Jumaat. Mereka hanya menjadi saksi mata sketsa kemelampauan dalam urusan adat dan kepuakkan. Tak jadi Solat Jumaat, mereka ganti dengan Solat Zohor.
Sahabat-sahabat,
Menurut laporan Kosmo, seorang jemaah yang dikenali sebagai Omar mendakwa imam berkenaan sudah memaklumkan peletakan jawatannya kepada pegawai agama melalui WhatsApp pada hari Selasa. Pada hari Jumaat, Imam itu datang sebagai jemaah biasa. Apabila diminta bertugas, beliau menjelaskan bahawa beliau sudah berhenti dan mempelawa pihak jabatan atau majlis agama mengambil alih khutbah.
Jabatan agama Negeri Sembilan pula menyatakan bahawa notis peletakan jawatan secara bertulis belum diterima. Yang diterima hanyalah makluman lisan tentang hasrat untuk berhenti. Jabatan turut menyebut imam berkenaan masih menerima elaun. Duit masih On.
Sahabat-sahabat, saya ada beberapa persoalan dalam isu ini.
Pertama, kenapa imam berkenaan mahu meletakkan jawatan? Menurut laporan media, beliau keberatan dengan arahan menyebut nama individu yang dikaitkan dengan kedudukan Undang Luak Jelebu dalam doa khutbah kedua. Pada masa yang sama, khatib di Negeri Sembilan diarahkan menggunakan teks khutbah yang diperakui pihak berkuasa agama. Di bawah Seksyen 113A(2), orang yang menyampaikan khutbah selain teks yang diperakui Majlis, jika disabitkan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.
Jadi, daripada kena denda dengan undang-undang dunia, tok imam tu memilih untuk letak Jawatan pada hari Selasa. Saya kira pilihan imam ini walaupun sedikit nampak wujud ketaksuban, tapi ia masih releven.
Cuma, sejauhmana tindakan Imam itu valid dan mengikut prosuder, saya kira pihak Jabatan Agama kena bagi maklumat lanjut sebab kalau ikut makluman pejabat agama, Imam itu belum hantar surat perletakan jawatan dan dia masih lagi dianggap sebagai tok imam serta menjadapat elaun imam. Tapi Imam itu semalam report Polis sebab dia kata dah hantar surat itu 27 Oktober dan dia siap minta confirmation pada 28 Oktober.
Kedua, bayangkan jika tok imam tu sakit pada hari Jumaat. ataupun Worse situatin, dia mati waktu nak naik khutbah - adakah Masjid berkenaan akan buat Zohor juga menggantikan Jumaat? Bukankah Masjid itu ada Imam 1, Imam 2 dan Imam 3? Ka Imam 2 dan Imam 3 pun tak mai? Depa mengulor? Atau, Imam 2 dan Imam 3 tak pernah bagi khutbah sampai tak tau macam mana nak sampaikan Khutbah Jumaat?
Katalah 2 Imam lagi tu mangkok hayun, dalam 250 jemaah yang hadir tu, takkan tak ada seorang yang cerdik yang boleh naik atas mimbar, bagi Salam - kemudian duduk, lepas azan dia terus bangun baca khutbah pertama, baca saja, jangan tambah apa-apa. Tergagap-gagap pun tak pa, bukan hangpa tak tau, ramai khatib di Malaysia ni, waktu naik khutbah tu - itulah kali pertama dia baca teks tu, mana depa buat latihan pun, sebab tu asyik tergagap sedia.
lepas baca khutbah pertama, duduk sat lebih kurang seminit, jangan risau. Sebab pada teks khutbah tu dah bezakan khutbah pertama dan kedua. Lepas seminit, bangun semula dan baca khutbah kedua. Lepas tu selesai. Tak payah tambah apa-apa. Tak payah kurang apa-apa.
Lepas tu bagi lah sapa-sapa jadi Imam atau tok khatib tu terus jadi Imam. Sah dak Solat? Sah! Kalau pihak Jabatan Agama nak ambik tindakan, suruh depa pi meluku Imam 2 dan Imam 3 yang magkuk hayun tu.
Sahabat-sahabat,
Yang kita sedang bicarakan ini sekarang ini ialah tentang Solat Jumaat yang menjadi Fardhu Ain menurut Mazhab al-Syafii. Ia bukan Fardhu Kifayah. Takkan 250 rakyat negeri sembilan ni mangkuk hayun sangat sampai tak tau yang Solat Jumaat adalah Fardhu Ain. Ia wajib dilaksanakan pada waktu itu.
Waktu tu bukan waktu untuk kita Solat Zohor dan kalau kita rasa nak tambah amalan sikit, kita buat Solat Jumaat. Tidak! Waktu tu adalah waktu Solat Jumaat. Setiap orang lelaki yang telah baligh, muqim, sihat, tak sakit - wajib buat Solat Jumaat secara berjemaah, bukan dia solat Zohor.
Yang peliknya - 250 orang tu rasa selesai dengan Solat Zohor, dan mereka boleh tinggalkan solat Jumaat secara berjemaah. Apa yang pakat-pakat bodoh berjemaah ni? Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, daripada dok pening bab Wahabi lebih baik pening bab 250 jemaah yang tak dapat beza Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan bab sunat wajib ni. Kes ni lebih parah daripada kes hantu Wahabi yang hangpa dok momok-momokkan kepada masyarakat.
Alhamdulillah hari ini, selepas hampir seminggu barulah Jabatan Mufti Negeri Sembila Keluarkan kenyataan bahawa solat Zohor pada waktu berkenaan tidak sah kerana ia dilakukan dalam keadaan sengaja, dan mereka semua sengaja meninggalkan solat Jumaat. Selain berdosa, mereka perlu Qadha semula solat Zohor berkenaan.
Saya ucapkan terima kasih atas jawapan berkenaan. Dan saya harap pihak Jabatan Mufti buat juga satu nasihat kepada jawatankuasa Masjjid, Imam-Imam untuk lebih bertanggungjawab. Sebab, walaupun ya memang kesalahan solat Jumaat ditukar kepada Solat Zohor ditanggung secara individu, tetapi penyebab kepada semua itu adalah jawatankuasa-jawatankuasa yang mangkak. Tolong baiki cara mereka mentadbir masjid supaya urusan umat Islam lebih terjaga pada masa akan datang.
Sahabat-sahabat, Dalam mazhab al-Syafii, rukun khutbah ada lima. Memuji Allah, berselawat kepada Nabi dan berpesan supaya bertakwa dalam kedua-dua khutbah. Kemudian membaca ayat al-Quran pada salah satu khutbah, serta mendoakan orang beriman dalam khutbah kedua.
Nama Undang Luak tak ada dalam senarai itu. Nama Menteri Besar pun tak ada. Nama pengerusi masjid yang paling banyak keluar duit untuk beli karpet pun tak ada.
Jadi, daripada sudut rukun khutbah, menyebut nama seseorang pemerintah bukan perkara yang menentukan sah atau tidak khutbah berkenaan.
Pun begitu, jangan pula ada yang potong video saya sampai sini, kemudian kata saya suruh khatib buang nama pemerintah daripada teks khutbah. Kita sedang bezakan antara rukun ibadah dengan arahan pentadbiran. Arahan pentadbiran ada perbahasannya. Tetapi apabila kita membincangkan kesahan khutbah, kita kena beritahu dengan tepat apa yang menjadi rukunnya.
Kalau tidak, orang awam akan terfikir bahawa khutbah Jumaat ini tak boleh berjalan tanpa menyebut nama tokoh tertentu. Seolah-olah nama manusia itu yang mengesahkan ibadah kita. Dan kejadian di Masjid Kuala Klawang ini membuktikan nama seorang manusia lebih menjadi keutamaan berbanding nama Allah Azza Wajalla atas kebodohan umat.
Antara Solat Jumaat yang wajib dilaksanakan, tapi sebab nama 1 orang manusia mereka sanggup tak buat solat Jumaat. Bekas Imam keras hati, Imam 2 dan 3 hilang entah kemana, jemaah pulak mangkok hayun.
Sahabat-sahabat,
Jujur saya rasa - bekas Imam itu patut naik atas untuk berkhutbah apabila tidak ada orang lain yang mahu berkhutbah. Dia boleh membela diri mengatakan dia dah tak pegang jawatan Imam tapi sebagai seorang bekas Imam Masjid sepatutnya dia sedar bahawa ini adalah masalah umat bukan lagi masalah dia dengan pihak jabatan agama sahaja.
Jabatan agama juga satu hal. Kalau Imam dah hantar surat dan sahkan bahawa dia tak jadi Imam lagi, pastikanlah urusan itu diselesaikan dengan cepat jangan asyik rilek dulu saja. Pihak jabatan agam juga kena check, pasai apa Imam 2 dan Imam 3 ghaib dalam cerita ini. Adakah mereka memang tak wujud atau mereka wujud, terima elaun tapi tak laksanakan tanggungjawab.
Sahabat-sahabat, ini urusan umat Islam. Bukan isu satu atau dua orang yang berjawatan semata-mata.
\
Sahabat-sahabat, saya serius dengan usaha memandaikan umat dengan ilmu. Justeru itu saya kempen - biasakan diri bertanya, “Apa sumbernya?” Dalam isu semasa kita kena semak. Apatah lagi apabila sesuatu perkataan disandarkan kepada Rasulullah ﷺ.
Sebab itulah saya usahakan HadithXpert. Saya nak bantu lebih ramai orang untuk dekat dengan sumber yang sahih daripada Nabi Muhammad SAW. Kalau anda jumpa hadis dan tak tahu statusnya, tak perlu mesej Ustaz dan akhirnya kena tinggal dengan blue tick. Anda capai handphone, cari link hadithxpert.com, subscribe dan tanya soalan. AI yang saya dan team bina akan berikan jawapan yang pantas. Atau, anda nak sebarkan satu ilmu, sampaikan kuliah atau apa-apa perkongsian bermanfaat tapi nak cari hadis-hadis berkaitan, gunakan hadithxpert.com. IInsyaAllah akan mendapat senarai hadith yang berkualiti. Dan menariknya, aplikasi ini bukan aplikasi AI semata-mata, setiap persoalan anda akan disemak oleh pakar-pakar hadith kami yang akan menganalisis jawapan AI dan membetuilkan jika ada kesilapan.
Jadi, saya ajak sahabat-sahabat untuk support hadithXpert dengan register account di hadithxpert.com.
Satu lagi, saya nak ajak sahabat-sahabat untuk menyokong usaha saya menghasilkan video bermanfaat di media sosial. Saya nak ajak anda join membership saya. Sekarang baru ada 294 member, saya harap bulan ini saya dapat sekurang-kurangnya 500 orang yang join membership channel ini. Ia sangat membantu saya menggerakkan kerja dakwah ini secara serius.
Sahabat-sahabat tekan butang Join yang ada di bawah ini dan pilih pakej sokongan yang sesuai dengan kerelaan anda.
Sahabat-sahabat, saya harga setiap seorang daripada anda yang menonton video-video saya. Saya ucapkan terima kasih banyak, semoga Allah sentiasa memuliakan anda dengan ilmu, iman dan taqwa.
Asalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.
0 Comments
Post a Comment