Ahli Parlimen Pokok Sena Jelas-jelas sedang Tabayyun, pasai apa pulak Timbalan Menteri Agama Tak Mahu jawab?!
[Video]
Pada saya, gunakan sahaja kesempatan itu untuk menjawab secara ringkas dan padat. Soalan sudahpun ditanyakan kepada beliau dalam Dewan Rakyat.
Berikan penjelasan yang membantu ahli Dewan dan masyarakat memahami pendirian beliau.
Saya faham, kontroversi Marhamah bukan fokus utama perbahasan Parlimen.
Dewan mempunyai urusan negara yang perlu dibincangkan. Sebab itulah beliau tidak perlu memberikan penjelasan berjela-jela sampai isu tersebut mengambil ruang yang terlalu besar.
Jawab inti persoalan. Kalau perkara itu sudah dijelaskan sebelum ini, ringkaskan penjelasan tersebut dan nyatakan rujukannya. Selepas itu, teruskan urusan Dewan.
Sahabat-sahabat, persoalan ini mendapat perhatian kerana beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama. Apabila kontroversi berkaitan fahaman agama dikaitkan dengan pemegang jawatan tersebut, penjelasannya mempunyai kepentingan kepada masyarakat.
Untuk yang belum mengikuti isu ini, Marhamah dikaitkan dengan dakwaan penglibatan dalam New Age Movement, atau NAM. Kontroversi tersebut antaranya melibatkan hantaran lama beliau pada tahun 2019 yang kembali tersebar dan dikaitkan dengan fahaman tersebut.
BAB 2 —
Sahabat-sahabat,
Marhamah mengingatkan semua pihak supaya bertabayyun. Saya setuju. Kita kena semak sesuatu berita sebelum mempercayainya, apatah lagi sebelum membuat tuduhan terhadap seseorang.
Allah berfirman dalam Surah al-Hujurat, ayat 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya…”
Ayat ini mengajar kita supaya tidak menerima berita secara melulu sehingga menyebabkan orang lain teraniaya. Kita tidak boleh menganggap sesuatu dakwaan itu benar hanya kerana ia tersebar luas.
Tetapi bagaimana kita nak semak? Antaranya, kita bertanya kepada orang yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut. Kita dengar penjelasannya, kemudian kita bandingkan dengan bukti yang ada.
Sebab itu, apabila Ahli Parlimen Pokok Sena meminta penjelasan, pertanyaan tersebut membuka ruang untuk proses tabayyun. Beliau boleh mendengar sendiri jawapan Marhamah, dan masyarakat juga boleh mendengar penjelasan yang sama.
Tapi apa marhamah buat? Dia mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Pokok Sena tidak berjumpanya terlebih dahulu.
Berjumpa secara peribadi memang boleh membantu. Tetapi penjelasan terbuka juga ada manfaatnya apabila isu tersebut sudah menjadi perhatian masyarakat.
Lainlah kalau Marhamah pos kat FB kata tok guru-tok guru New Age itu adalah gurunya dalam whatsapp group keluarga. Tapi ni dia post kat media sosial supaya orang ramai tahu, dan memang pun ramai dah terpengaruh dengan post beliau.
Sahabat-sahabat,
Kalau penjelasan hanya diberikan kepada seorang ahli Parlimen, orang ramai mungkin masih mempunyai persoalan yang sama. Apabila penjelasan diberikan secara terbuka, lebih ramai dapat mengetahui apa yang beliau nafikan, apa yang beliau akui dan apa yang sudah diperbetulkan.
Bab 3
Sahabat-sahabat,
Apabila seseorang memegang jawatan dalam hal ehwal agama, masyarakat melihat pendirian dan pendekatannya sebagai sebahagian daripada amanah yang dibawa.
Rasulullah SAW bersabda:
كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Setiap kamu ialah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap jagaannya. Pemimpin ialah penjaga dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim ini mengingatkan kita bahawa jawatan datang bersama tanggungjawab.
Dalam portfolio agama, antara perkara yang perlu dijaga ialah kejelasan panduan yang diberikan kepada masyarakat.
Sahabat-sahabat, Menurut kenyataan Marhamah yang dilaporkan media, perkongsian hantaran pada tahun 2019 dibuat dalam konteks pembangunan diri. Beliau berkata, ketika itu beliau tidak mengetahui bahawa kandungan atau istilah tertentu dikaitkan dengan New Age Movement.
Tapi tulah, bila diberi panggung - tak mahu pula dia jelaskan dan tegaskan.
Apabila sesuatu isu menimbulkan kekeliruan, pembetulan yang jelas boleh menjadi panduan kepada masyarakat supaya kesilapan yang sama tidak berulang.
Bab 4
Sahabat-sahabat, kebiasaan tabayyun ini perlu kita bawa dalam perkongsian agama kita sendiri. Kadang-kadang kita menerima satu mesej yang dimulakan dengan, “Rasulullah SAW bersabda,” kemudian kita terus menghantarnya kepada orang lain.
Ayatnya nampak baik. Nasihatnya menyentuh hati. Tetapi adakah benar Rasulullah SAW pernah menyebutnya? Dari mana sumbernya, dan bagaimana ulama menilai riwayat tersebut?
Di sinilah pentingnya kita membiasakan diri menyemak hadis sebelum berkongsi. Jangan sampai keghairahan menyampaikan nasihat menyebabkan kita menyandarkan sesuatu kepada Nabi SAW tanpa kepastian.
Untuk membantu usaha ini, saya mengajak sahabat-sahabat menggunakan dan melanggan HadithXpert di hadithxpert.com. Semakan hadis disertakan sumber, status dan penjelasan penilaiannya supaya kita memahami sandaran sesuatu keputusan.
Alhamdulillah, sekarang ini Penilaian hadisjuga tersedia dalam bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Mudah-mudahan kemudahan ini membantu kita berkongsi dengan lebih bertanggungjawab.
Kalau sahabat-sahabat mahu meneruskan pembacaan, saya juga menyediakan Promosi Kombo Istimewa Dariku pada harga RM150. Dalam kombo ini ada enam buku fizikal, enam eBook dan lima bookmark.
Enam buku tersebut ialah Asas Ilmu Hadis Untuk Pelajar Sirah Nabi, Sirah Nabi Muhammad, Zikir & Doa Rasulullah Sepanjang Hari, Tatacara Solat Rasulullah Berpandukan Mazhab Al-Syafii, Kisah-kisah Aneh ketika Kelahiran Nabi Muhammad dan Mengapa Muhammad Begitu Cintakan Khadijah?
Kombo ini merangkumi bacaan tentang asas ilmu hadis, sirah dan kehidupan Rasulullah SAW, serta panduan solat, zikir dan doa.
Sahabat-sahabat boleh memilih bacaan mengikut keperluan, dan meneruskan pembacaan melalui eBook yang disertakan.
Untuk mendapatkan kombo, lihat maklumat pembelian pada pautan yang saya sertakan bersama video ini.
0 Comments
Post a Comment