# BAB 1 — Apa Sebenarnya yang Eric See-To Persendakan?
Nak kritik Anwar Ibrahim, silakan. Tetapi apabila beliau membaca ayat al-Quran, kemudian perkataan daripada ayat itu dijadikan bahan jenaka, kita kena bezakan antara kritikan politik dengan perbuatan mempersendakan agama.
Sahabat-sahabat, kita tontonton dulu apa yang berlaku dalam pembentangan Belanjawan 2027 semalam.
Sahabat-sahabat, sepertiman yang kita lihat,, ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah membaca sepotong ayat al-Quran daripada surah al-Hasyr, ayat 18.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.”
Selepas membaca ayat ini, Anwar menjelaskan perkataan *Lighad* yang bermaksud untuk hari esok. Beliau mengaitkannya dengan kepentingan merancang masa hadapan negara serta menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Perkataan *Lighad* itu bukan perkataan yang direka oleh Anwar Ibrahim. Ia adalah lafaz yang terdapat dalam al-Quran, walaupun beliau menggunakannya untuk menghuraikan tanggungjawab kerajaan terhadap masa hadapan negara.
Tetapi selepas pembentangan itu, Eric See-To, yang dikenali sebagai Lim Sian See, membuat satu kenyataan di Facebook.
Katanya: “Yang saya tengok ialah ada ‘Lighad’ yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada ‘Liwat’ pula.”
Sahabat-sahabat, Saya nak tanya, apa kaitan perkataan *Lighad* dengan *Liwat*?
Kedua-duanya membawa maksud yang sangat berbeza. Bahkan, perkataan *Lighad* yang disebut oleh Anwar itu mempunyai konteks yang jelas, iaitu petikan ayat al-Quran.
Kalau Eric tak tahu maksud perkataan tersebut, dia sepatutnya tanya orang yang tahu. Dia juga boleh mengkritik cara Anwar menggunakan ayat berkenaan dalam pembentangan belanjawan.
Tetapi dia buat kerja jahat dengan perkataan itu dibandingkan dengan *Liwat*, perbandingan tersebut sudah membawa maksud sindiran yang berbeza daripada konteks asal ayat. Jadi kita tahu memang dia nak buat jahat.
Menariknya, apabila kenyataan Eric dipersoalkan oleh Suhaimy Kamaruddin, Eric sendiri mengakui bahawa ia adalah satu jenaka.
Kata Eric: “yes it’s a joke but as you can see from the reactions, many are laughing. So I did good.”
Panas hati kita baca. Sepatutnya bila orang tegur hang akui salah dan minta maaf. Tapi hang buat rilek dan tak anggap itu perkara serius sekalipun telah diingatkan oleh orang Islam sendiri.
Maknanya, Eric memang menganggap perbandingan itu sebagai bahawan lawak. Bahkan, dia mengukur kejayaan lawaknya berdasarkan reaksi orang ramai yang bagi emoji gelak.
Saya tidak kata setiap orang yang membuat jenaka menggunakan perkataan Arab semestinya menghina al-Quran. Bukan semua perkataan Arab adalah ayat al-Quran. Dan bukan semua jenaka terhadap Anwar Ibrahim merupakan penghinaan agama.
Tetapi dalam kes ini, kita tahu dari mana perkataan *Lighad* itu diambil. Kita juga tahu bahawa Anwar membacanya ketika memetik ayat al-Quran.
Oleh itu, tidak memadai untuk mempertahankan jenaka tersebut dengan alasan bahawa *Lighad* hanyalah satu perkataan bahasa Arab.
Isunya, Anwar bukan saja-saja sebut perkataan ini. Dia qout ayat al-Quran, dia jelaskan perkataan berkenaan dengan betul dan tepat, pasai apa pulak hang nak buat lawak dengan perkataan yang konteksnya adalah dari ayat al-Quran berkenaan!
Sebab itu saya tak setuju apabila perkara ini dianggap sekadar jenaka politik yang langsung tidak perlu dipersoalkan.
Kritiklah Anwar Ibrahim tentang dasar kerajaan, perbelanjaan negara ataupun janji politiknya. Banyak perkara yang boleh dibahaskan. Tetapi jangan sampai kita mengabaikan kedudukan sesuatu ungkapan agama hanya kerana kita tak suka kepada orang yang membacanya.
Sahabat-sahabat, lebih teruk lagi, bukan hanya tentang Eric See-To. DIa bukan Islam, dia kafir, kita boleh sikit fahamlah kalau dia tak homat ayat suci uymat Islam. Sebab dia kafir yang jahat. Otaknya hanya fikir politik-politik-politik saja. Tetapi persoalan lebih besar ialah kepada sebahagian orang Islam yang memberikan reaksi sokongan terhadap jenaka tersebut. Termasuk YB Senator Nik Abduh bin Tok Guru Nik Aziz yang kata tak ada masalah, dan galakkan lagi si cina kafir itu.
Sahabat-sahabat,
Jangan kerana terlalu membenci Anwar Ibrahim, akhirnya apa sahaja yang digunakan untuk menyindir beliau kita sokong. Sampai tak sempat nak fikir sama ada sindiran itu sudah melibatkan sesuatu yang sepatutnya kita hormati sebagai seorang Muslim.
Sepatutnya, bila Perdana Menteri baca al-Quran, jelaskan ayat al-Quran. Kita hormat. Dan kita pertahankan apabila konteks itu betul. Bukan kita pula jadi penggalak kepada orang yang tak ada hormat kepada kitab suci agama kita.
Sahabat-sahabat,
Allah SWT telah memberikan amaran yang sangat keras kepada orang Islam yang merestui perbuatan memperolok-olokkan ayat Allah.
Bukan hanya orang yang melakukan penghinaan itu sahaja yang perlu kita perhatikan. Tetapi orang beriman yang mengetahui penghinaan itu berlaku, kemudian sengaja menyokong dan merestuinya.
Di dalam surah al-Nisa', ayat 140, Allah SWT berfirman:
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.”
Sahabat-sahabat,
Cuba perhatikan ungkapan yang Allah guna:
إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ
jika kamu berbuat demikian, tentulah kamu sama seperti mereka.
Ayat ini sangat serius. Allah bukan sekadar melarang kita memperolok-olokkan ayat-Allah. Allah juga melarang orang beriman terus berada dalam majlis yang mempermainkan ayat Allah.
Dalam penjelasan tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Sa'di danlain-lain, larangan tersebut berkaitan dengan perbuatan membiarkan penghinaan terhadap ayat Allah berlangsung tanpa menjauhkan diri daripadanya.
Bahkan, dalam perbahasan Ibn Uthaymin menyebutkan bahawa orang yang turut menyertai sesuatu kemungkaran lebih patut dipersoalkan berbanding orang yang sekadar duduk bersama pelakunya.
Jadi, kalau Allah melarang orang Islam merestui penghinaan terhadap ayat-Nya, bagaimana pula dengan orang yang sengaja memberikan sokongan kepada penghinaan tersebut?
Saya tidak mengatakan satu emoji ketawa secara automatik menjadikan seseorang itu kafir. Tetapi kalau seseorang benar-benar mengetahui bahawa ayat Allah sedang dipersendakan, kemudian dia sengaja menyokong penghinaan itu, maka dia sedang berhadapan dengan amaran yang sangat berat daripada al-Quran.
Sahabat-sahabat,
Orang yang otaknya penuh dengan najis politik ini memang luar biasa. Ada sebahaginnya pertahankan lawak bodok Eric itu dengan alasan, itu sekadar gurauan. Tak perlu serius sangat.
Tetapi Allah SWT telah pun menjelaskan tentang alasan bergurau ini di dalam surah al-Taubah, ayat 65 dan 66.
Allah berfirman:
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”
Kemudian Allah menyambung pada ayat 66:
لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ
“Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.”
Perhatikan baik-baik.
Karakter orang jahat dalam al-Quran itu memberikan alasan bahawa mereka hanya berbual dan bermain-main. Tetapi Allah menolak alasan tersebut kerana perkara yang dijadikan bahan ejekan ialah Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya.
Ini menunjukkan bahawa sesuatu perkara tidak menjadi halal untuk dipersendakan semata-mata kerana seseorang menamakannya sebagai jenaka.
Sahabat-sahabat,
Allah juga berfirman dalam surah al-An'am, ayat 68:
وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ
Maksudnya:
“Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat keterangan Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain.”
Ayat ini mengajar kita supaya tidak terus bersama dengan orang yang memperolok-olokkan ayat Allah ketika perbuatan itu sedang berlangsung.
Jadi, apa yang dilakukan oleh YB Akmal Salleh adalah cukup tepat. Beliau tahu stand apa yang beliau perlu ikut, beliau hentam kenyataan Eric berkenaan. Dia kata, "Apalah bangang sangat ayat-ayat Al quran nak dipermainkan, Kamu nak berpolitik,itu kamu punya pasal
Tetapi bila ayat al quran dipelekehkan sebegini rupa,maka ia adalah tindakan yang melampau
Kami desak untuk kamu mohon maaf secara terbuka dan laporan polis juga akan dibuat atas tindakan bodoh kamu ini!!"
Ia adalah kenyataan yang tegas dan tepat dalam hal ini. Oleh sebab itu, nasihat saya - Kalau anda tersilap memberikan sokongan, tarik balik sokongan tersebut. Kalau sudah tahu bahawa sesuatu perkara itu salah, jangan terus mempertahankannya kerana malu hendak mengaku kesilapan.
YB Senator Nik Abduh pun sepatutnya tarik baliklah sokongan itu. Malulah, anda seorang Muslim. Malulah, awak anak tok guru yang disegani. Bertaubatlah kepada Allah. Allah maha pengampun.
Sahabat-sahabat,
Kadang-kadang manusia tahu sesuatu perbuatan itu salah, tetapi dia masih mencari alasan untuk mempertahankannya. Lebih-lebih lagi apabila perbuatan tersebut melibatkan orang yang dia suka, atau orang yang sama-sama membenci pihak yang dia benci.
Inilah antara perkara yang patut kita bimbangkan. Kerana Iblis bukan sekadar mengajak manusia melakukan kejahatan, tetapi dia juga berusaha menjadikan sesuatu yang salah itu kelihatan betul pada pandangan manusia.
Sebab itu saya nak cadangkan satu buku yang sangat menarik untuk kita baca, iaitu Perangkap Iblis, karya al-Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah.
Kitab ini dikenali dengan judul asalnya, Talbis Iblis.
Dalam kitab ini, Ibn al-Jauzi membahaskan bagaimana Iblis memperdayakan manusia daripada pelbagai golongan. Bukan hanya orang awam, tetapi termasuk ahli ibadah, orang berilmu, bahkan mereka yang menyangka sedang melakukan kebaikan.
Seseorang boleh menyangka dia sedang mempertahankan kebenaran, sedangkan cara dia berfikir dan bertindak mungkin sudah dipengaruhi tipu daya yang tidak disedarinya.
Oleh itu, saya sangat menggalakkan sahabat-sahabat membaca Perangkap Iblis ini supaya kita lebih mengenali bentuk-bentuk tipu daya Iblis dan dapat menilai kelemahan diri sendiri sebelum terlalu cepat melihat kesalahan orang lain.
Sahabat-sahabat,
Saya nak ingatkan bahawa buku Perangkap Iblis yang kita tawarkan ini adalah dalam bentuk eBook. Buku digital, bukan buku fizikal yang akan dipos ke rumah.
Sekali lagi, ini eBook. Anda mendapat bahan bacaan dalam bentuk digital, bukan buku bercetak.
Kalau anda berminat untuk memilikinya, tekan pautan pembelian yang saya sediakan pada bahagian description video ini.
Sahabat-sahabatn, saya juga nak mengajak sahabat-sahabat yang mahu menyokong usaha saya dan team menyampaikan perkongsian ilmu seperti ini supaya menyertai Membership YouTube di saluran saya. Tekan butang join yang ada di bawah ini.
Dengan menjadi member channel ini, anda dapat memberikan sokongan kepada usaha kami untuk terus menghasilkan video-video yang membincangkan isu semasa, agama dan kefahaman masyarakat berdasarkan sumber ilmu.
Tekan sahaja butang Join yang ada pada channel YouTube ini untuk melihat pilihan keahlian yang disediakan.
Dan kalau anda tidak mahu menjadi ahli tetapi masih mahu memberikan sokongan, anda juga boleh menggunakan fungsi Super Thanks yang terdapat di bahagian bawah video.
Sokongan sahabat-sahabat, sama ada melalui pembelian eBook, Membership ataupun Super Thanks, sangat membantu dan memberikan semangat kepada kami untuk meneruskan usaha berkongsi ilmu.
Terima kasih banyak atas sokongan anda semua.
Semoga Allah memberikan kita ilmu yang bermanfaat dan memelihara kita daripada tipu daya Iblis yang kadang-kadang datang dalam bentuk yang langsung tidak kita sedari.
0 Comments
Post a Comment