Saya tak bersetuju apabila menyamakan ucapan hari natal dengan maksud mengiktiraf kesyirikkan.

Bahkan, sesiapa sahaja yang mengucapkan hari natal, kebiasannya mereka tulus ikhlas mahu mengucapkan kata-kata baik pada hari kegembiraan orang lain. 

Dan hal ini tidak bercanggah pada agama, bahkan menjadi tuntutan agama. 

Saya berikan beberapa point untuk mengukuhkan argument saya ini. 

Pertama; Saya belajar di Mesir dan 4 tahun di sana, saya dapati – para ulama Al-Azhar al-Syarif sangat terbuka di dalam isu ini. Anda akan biasa melihat, Syaikhul Azhar dan Baba Tawadhrous atau Pope Kristian Katolik bermajlis pada setiap sambutan Krismas. Bahkan, setiap tahun – Syaikh Al-Azhar akan mengucapkan selamat kepada seluruh orang Kristian di seluruh dunia. 

Ucapan tahun ini berbunyi: 

  أهنئ إخوتي وأصدقائي الأعزاء البابا فرنسيس، والبابا تواضروس، ورئيس أساقفة كانتربري د. جاستن ويلبي، وبطريرك القسطنطينية برثلماوس الأول، وقادة الكنائس، والإخوة المسيحيين في الشرق والغرب بأعياد الميلاد، وأدعو الله أن يعلو صوت الأخوَّة والسلام، ويسود الأمان والاستقرار في كل مكان.
_____
Merry Christmas to my dear brothers and friends Pope Francis, Pope Tawadros, Archbishop Dr. Justin Welby, Patriarch Bartholomew I, clergy and churchmen, and Christian brothers and sisters in the East and West. I pray to Allah to make the voice of fraternity and peace louder and make security and stability prevalent everywhere.

Kenyataan ini diedarkan melalui facebook beliau. 

Pada tahun 23 Disember 2013, pihak Majlis Fatwa Mesir yang dikenali oleh Darul Ifta’ pernah ditanya tentang hukum mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam dalam hari perayaan mereka. Majlis Fatwa menyatakan:

تَهْنِئَة غَيْرِ اَلْمُسْلِمِينَ مِنْ اَلْمُوَاطِنِينَ اَلَّذِينَ يُعَايِشُهُمْ اَلْمُسْلِمُ بِأَعْيَادِهِمْ لَا مَانِعَ مِنْهَا شَرْعًا ، خَاصَّةً إِذَا كَانَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ اَلْمُسْلِمِينَ صِلَةَ رَحِمٍ أَوْ قَرَابَةٍ أَوْ جِوَارٍ أَوْ زَمَالَةِ أَوْ غَيْرِ ذَلِكَ مِنْ اَلْعَلَاقَاتِ اَلْإِنْسَانِيَّةِ ، وَخَاصَّةً إِذَا كَانُوا يُبَادِلُونَهُمْ اَلتَّهْنِئَةَ فِي أَعْيَادِهِمْ اَلْإِسْلَامِيَّةِ ؛

Agama tidak melarang mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam dalam kalangan rakyat yang hidup bersama umat Islam pada hari raya mereka. Lebih khusus lagi jika di antara Muslim dan mereka itu ada hubungan kekeluargaan, kerabat, jiran, rakan atau status sosial seumpamanya. Apatah lagi jika non Muslim itu telah bertukar-tukar ucapan selamat pada hari perayaan Umat Islam. 

Musti Mesir sekarang, Dr Syauqi Ibrahim Allam ditanya tentang hukum menguncapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari raya dan keraian mereka, beliau menjawab: 

لَا مَانِعَ شَرْعًا مِنْ ذَلِكَ ؛ فَالْإِسْلَامُ دِينُ كُلِّهِ سَلَامٌ وَرَحْمَةُ وَبَرُّ وَصْلَةٍ ، يَأْمُرَ أَتْبَاعُهُ بِالْإِحْسَانِ إِلَى اَلنَّاسِ جَمِيعًا ، وَلَا يَنْهَاهُمْ عَنْ بَرٍّ غَيْرِ اَلْمُسْلِمِينَ ، وَوَصْلُهُمْ ، وَإِهْدَائِهِمْ ، وَقَبُولَ اَلْهَدِيَّةِ مِنْهُمْ ، وَمَا إِلَى ذَلِكَ مِنْ أَشْكَالِ اَلْبَرِّ بِهُمْ ، 

Tiada sebarang larangan daripada agama untuk itu. Islam ialah agama yang mengandungi keselamatan, kasih sayang, kebaikan dan perhubungan secara total. Ia memerintahkan pengikutnya supaya melakukan kebaikan kepada manusia secara menyeluruh. Islam tidak pernah melarang untuk melakukan kebaikan, perhubungan, menerima dan memberi hadiah kepada orang bukan Islam. Keseluruhan itu adalah bentuk-bentuk melakukan kebaikan kepada mereka. 

Bukan sekadar Mufti mesir sekarang, Musfti Mesir sebelum ini juga berpendirian sama – Dr Nasr Farid Wasil ditanya tentang hukum mengucapkan selamat kepada orang kristian pada hari raya mereka, beliau menjawab: 

لَا مَانِعَ شَرْعًا مِنْ تَهْنِئَةٍ غَيْرِ اَلْمُسْلِمِينَ فِي أَعْيَادِهِمْ وَمُنَاسَبَاتِهِمْ ، وَلَيْسَ فِي ذَلِكَ خُرُوجٌ عَنْ اَلدِّينِ كَمَا يَدَّعِي بَعْضُ اَلْمُتَشَدِّدِينَ غَيْرِ اَلْعَارِفِينَ بِتَكَامُلِ اَلنُّصُوصِ اَلشَّرْعِيَّةِ وَمُرَاعَاةُ سِيَاقَاتِهَا وَأَنَّهَا كَالْجُمْلَةِ اَلْوَاحِدَةِ ،

Tiada sebarang larangan agama untuk mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari raya mereka serta hari sambutan tertentu mereka. Ia juga bukanlah bentuk keluar daripada agama sepertimana yang didakwa oleh kumpulan yang melampau yang tak tergolong dalam orang berpengetahuan terhadap nas-nas agama serta meraikan bentuknya sedangkan ia adalah satu bentuk sahaja. 

Semua pandangan ini anda boleh jumpai di dalam fatwa-fatwa Ulama di dalam Darul Ifta Mesir. Mereka itu adalah tokoh agamawan yang telah menunaikan hak ilmu – mereka bukan penunggang agama. Mereka adalah perwira terbaik al-Azhar yang menjadi tokoh panutan Azhari seluruh dunia. 

Apatah lagi, mereka tidak bercakap kosong. Mereka telah membentang pelbagai dalil di dalam hal ini. 
Pertama: Apabila tiba perayaan Umat Islam seperti hari raya aidilfitri dan hari raya korban, saudara dan sahabat kita yang bukan Islam sering mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kita. Maka, apabila tiba perayaan mereka, kita pula membalas dengan mengucapkan selamat kepada mereka. 

Allah berfirman: 

﴿وَإِذَا حُيِّيْتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّواْ بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا﴾ [النساء: 86]،

Apabila kamu diberikan satu ucapan penghormatan, maka balaslah dengan penghormatan yang lebih baik atau seumpamanya. 

Al-Nisa: 86

Ayat ini menunjukkan, apabila orang Islam bagi salam kepada kita, kita jawab Walaikumusalam Warahmatullah atau Walaikumusalam sahaja. Demikian jugalah apabila orang non Muslim mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kita, kita membalasnya pada hari raya mereka pula dengan ucapan yang sama atau lebih baik. 

Kedua: Mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam pada hari perayaan mereka tidak membawa maksud kita memperakui akidah mereka yang telah menyelisihi akidah kita, tetapi ia adalah satu bentuk perbuatan kebaikan yang dicintai oleh Allah SWT. 

Allah berfirman: 

لَا يَنْهَاكُمُ اللهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Mumtahanah ayat 8. 

Ayat ini menunjukkan, perbuatan kita yang dianggap berbuat baik dan berlaku adil kepada Muslim dan Non Muslim sangat dinilai oleh Allah Taala. Demikian jugalah ucapan selamat yang ia akan menggembirakan mereka. 

Sahabat-sahabat, satu peringatan juga; boleh meraikan mereka dengan maksud menerima jemputan mereka, mengucapkan ucapan yang menggembirakan mereka dan sebagainya. Tetapi tidak boleh memakai pakaian keagamaan mereka, atau bernyanyi-nyanyi lagu keagamaan mereka, serta sebagainya yang berunsur perayaan.

Peringatan juga, jika awak tiada kawan-kawan, saudara mara bukan Islam – tiada keperluan pun anda nak berikan apa-apa ucapan selamat. Rilek-rilek kat rumah sudah.