Al-Halīmy rahimahullah berkata: Ketakutan mempunyai beberapa bentuk:
Pertama: Ketakutan yang berlaku disebabkan seorang hamba mneyedari kehinaan, kerendahan serta kepincangan dirinya. Dia juga sedar tentang lemahnya dirinya daripada memberi keburukan kepada Allah. Situasi ketakutan ini berlaku diantara anak dan bapa, Ketakutan rakyat terhadap pemerintahnya sekalipun pemerintah adil lagi baik.
Kedua: Ketakutan yang lahir daripada kecintaan…. Inilah sebab bagi seorang yang diperintah berbuat baik kepada pemerintahnya. Dia mengenali nilai kebaikan pemerintah, lalu dia menyintainya…
Ketiga: Ketakutan yang lahir daripada ancaman.
Kesemua bentuk itu dijelaskan oleh al-Quran dan al-Hadis:
Pertama: Ketakutan yang berlaku disebabkan seorang hamba mneyedari kehinaan, kerendahan serta kepincangan dirinya.
Firman Allah di dalam surah Nuh, ayat 13:
13. "Mengapa kamu berkeadaan tidak takut kepada kebesaran Allah?
(Nuh: 13)
Kedua: Ketakutan yang lahir daripada kecintaan
Allah memuji hamba-Nya yang berdoa:
8. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali Imran: 8)
Pada ayat sebelum itu, Allah menamakan kelompok ini dengan “al-Rāsikhīn fi ʿIlmī”. Daripada doa mereka itu, jelas kepada kita bahawa seorang manusia tidak akan berdoa untuk terus mendapat hidayah yang dia telah cintai serta tahu bahawa Allah memuliakannya dengan itu melainkan dia merasa takut.
Demikian juga Allah menyebutkan keadaan ahli syurga yang berkata:
26. mereka berkata: "Sesungguhnya Kami dahulu, semasa berada Dalam kalangan keluarga Kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),
27. "Maka Allah mengurniakan Kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara Kami dari azab neraka.
28. "Sesungguhnya Kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). kerana Sesungguhnya Dia lah sahaja Yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani".
(Al-Thur: 26-28)
Ketiga: Ketakutan yang lahir daripada ancaman.
Firman Allah di dalam surah al-Tahrīm, ayat 6:
6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.
(Al-Tahrim: 6)
Ibn Abbas menyatakan: Apabila turun ayat 7 surah al-Tahrim, Rasulullah SAW membacanya kepada para sahabat pada satu malam atau hari. Lalu seorang pemuda pengsan tidak sedar diri. Lantas Nabi Muhammad meletakkan tangan di dadanya, tiba-tiba pemuda itu bergerak. Nabi berkata:
«يَا فَتًى، قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ»
Wahai pemuda, sebutlah tiada tuhan selain Allah.
Pemuda itu menyebutnya. Nabi memberi berita gembira kepada beliau akan syurga. Lalu para sahabat bertanya: Adakah daripada kami juga? Lalu Nabi menjawab:
أَمَا سَمِعْتُمْ قَوْلَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ {ذَلِكَ لِمَنْ خَافَ مَقَامِي وَخَافَ وَعِيدِ}
Tidakkah kamu mendengar firma Allah: Demikianlah bagi sesiapa yang takut dengan kedudukan-Ku serta takut kepada ancaman-Ku. (Ibrahim: 14)
(HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Beliau mensahihkannya dan Imam al-Zahabi bersetuju)
Peranan Jantung Yang Takut kepada Allah:
Manusia berfikir dengan akalnya. Tetapi, di manakah sandaran bagi akal itu? Adakah di jantung atau di otak? Sekalipun sebahagian orang terutamanya golongan falsafah menyatakan bahawa otak adalah tempat bagi akal, Ayat al-Quran jelas menyatakan bahawa jantunglah tempatnya.
Firman Allah:
179. Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai jantung (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A`raf: 179)
Daripada ayat di atas, jelas ia menyatakan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar serta jantung untuk memahami.
Di dalam ayat lain, Allah befirman:
46. oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada jantung yang dengannya mereka dapat berakal, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata jantung yang ada di dalam dada.
(Al-Haj: 46)
Yang ada di dalam dada bukan hati, tetapi jantung.
Di dalam Hadis menyebutkan:
إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah jantung “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Para saintis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan otak ,akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung.Para saintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak.Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak.Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah.
Jantung mempunyai sifat yang banyak. Antara sifat jantung ialah mampu merasa gentar:
2. Sesungguhnya orang-orang Yang
beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama
Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah jantung mereka; dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan
mereka jualah mereka berserah.
(Al-Anfaal: 2)
Sifat jantung juga berubah-rubah. Lihat hadis berikut:
Anas bin Malik menyatakan bahawa Rasulullah memperbanyakkan berdoa:
«يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ»
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan jantung! Teguhkanlah jantungku di atas agama-Mu!
Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Kami benar-benar telah beriman denganmu serta semua yang engkau bawakan. Adakah engkau masih bimbangkan kami? Nabi menjawab:
«نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ»:
Ya, jantung itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah. Ia dibolak balik sepertimana yang dikehendaki Allah.
(HR al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi. Hadis ini sahih).
Justeru itu, kita mengharapkan semoga kita tetap terus teguh untuk sentiasa berada dalam akidah dan iman yang betul. Hari ini kita takut kepada Allah, boleh jadi esok kita menjadi orang yang ingkar – waiyazubillah.
Al-Halimi juga membahagikan ketakutan terhadap manusia itu kepada dua; yang terpuji dan tercela.
Ketakutan yang terpuji ialah ketakutan yang berada di bawah kemurkaan Allah. Dia takut melanggar arahan manusia kerana ia berada di bawah arahan Allah. Ketakutan itu adalah pada perkara maksiat.
Manakala ketakutan yang keji pula ialah ketakutan yang didasari kecintaan dunia, harta serta kehendak hawa nafsu. Semua nikmat Allah di atas muka bumi ini bersifat pinjaman daripada Allah. Melutut kepada pinjaman bukanlah amalan orang yang cerdik. WallahuA`lam.
0 Comments
Post a Comment