Allah berfirman:
{إِنَّمَا ذَلِكُمُ الشَّيْطَانً يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ}
175. Sesungguhnya (pembawa berita) Yang demikian itu ialah Syaitan Yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang Yang beriman.
(Ali Imran: 175)
{فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ}
… oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu…
(Al-Māidah: 44)
{وَإِيَّايَ فَارْهَبُونَ}
… dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu Yang lain).
(Al-Baqarah: 40)
{وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً}
205. dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.
(Al-A`raf: 205)
Allah memuji para malaikat kerana ketakutan mereka kepada Allah. Firman Allah:
{وَهُمْ مِنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ}
… dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.
(Al-Anbiyā’: 28)
Allah juga memuji para Nabi Alaihumussalam dan wali kerana itu. Firman Allah:
{إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا، وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ}
… Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba Dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami Dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami.
(Al-Anbiya’: 90)
{وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ}
21. dan orang-orang Yang menghubungkan perkara-perkara Yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan Yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran Yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -
(Al-Ra`d: 21)
Allah juga menegur orang Kafir kerana melalaikan urusan itu. Firman Allah:
{مَا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا}
13. "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -
(Nuh: 13)
Disebutkan di dalam kitab Tafsir: Mengapa kamu tidak takut terhadap kebesaran Allah? Allah juga mencela mereka pada ayat yang lain. Firman Allah:
{وَقَالَ: الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا}
21. dan berkatalah pula orang-orang Yang tidak percaya akan menemui kami: "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau kita dapat melihat Tuhan kita?" Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh Dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas Dengan cara Yang sebesar-besarnya.
(Al-Furqan: 21)
Yang dimaksudkan dengan pertemuan dengan kami ialah: Tidak takut.
Daripada semua sifat-sifat yang kami nyatakan, jelas bahawa ketakutan kepada Allah itu menjadi sempurna dengan mengiktiraf kekuasaan (Mulkah), Sultanah serta kekuasaan-Nya menguasai makhluk ciptaan-Nya. Melalaikan urusan itu bermaksud melalaikan ibadah yang telah menjadi tanggungjawab setiap hamba. Orang yang ditakluki hendaklah menjadi rahib kepada tuannya kerana jelas kekuasaan tuan kepada keatasnya. Hamba tidak mampu untuk menentang tuhannya serta menanggalkan ketaatan.
0 Comments
Post a Comment