Azab kubur berlaku kepada orang beriman, kafir dan munafik. Mereka di azab berdasarkan kepada amalan mereka di atas muka bumi.

Firman Allah:

وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ (45) النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ (46)
.. dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa Yang seburuk-buruknya. 46. mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke Dalam azab seksa api neraka Yang seberat-beratnya!"

(Al-Ghafir/Al-Mukmin: 45-46)

Imam Mujāhid[1] berkata: Maksud firman Allah “mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang” ia berlaku di dunia.

Bagi orang munafiq pula, Allah berfirman:

سَنُعَذِّبُهُمْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَى عَذَابٍ عَظِيمٍ

... Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab Yang besar.

(Al-Taubah: 101)

Qatadah berkata: azab di dalam kubur dan azab di neraka.

Al-Imam al-Baihaqi dengan sanadnya meriwayatkan daripada al-Barā’ bin `Āzib. Beliau bercerita:
Kami pernah bersama Rasulullah SAW mengiringi jenazah seorang lelaki Ansār sehinggalah kami sampai di kuburan dan menunggu disiapkan liang lahad. Rasulullah duduk dan kami duduk disekeliling baginda seolah-olah di atas kepala kamia da burung. Pada tangan Rasulullah terdapat satu tongkat yang dicacak ke tanah. Kemudian Nabi mendonggak ke langit sambil berkata:

اسْتَعِيذُوا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، فَإِنَّ الرَّجُلَ الْمُؤْمِنَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنَ الدُّنْيَا، وَإِقْبَالٍ مِنَ الْآخِرَةِ نَزَلَت إِلَيْهِ مَلَائِكَةٌ مِنَ السَّمَاءِ بِيضُ الْوُجُوهِ، وَكَأَنَّ وُجُوهَهُمُ الشَّمْسُ مَعَهُمْ حَنُوطٌ مِنْ حَنُوطِ الْجَنَّةِ، وَكَفَنٌ مِنْ كَفَنِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسُوا مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ، ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ: أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ اخْرُجِي إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنَ اللهِ وَرِضْوَانٍ

Mintalah perlindungan Allah daripada azab kubur. Kerana seorang lelaki mukmin, apabila telah terpisah daripada dunia ini dan menuju akhirat, malaikat-malaikat daripada langit akan turun dengan wajah yang putih, seolah-olah wajah mereka seperti matahari. Mereka membawa satu wangian daripada wangian syurga. Mereka juga membawa satu kafan daripada kafan-kafan syurga. Mereka duduk di sekitar jenazah sejauh mata memandang. Kemudian malaikat maut datang duduk di atas kepala jenazah itu lalu berkata kepadanya: Wahai jiwa yang baik, keluarlah menuju keampunan Allah dan redha-Nya.

قَالَ: فَتَخْرُجُ نَفْسُهُ فَتَسِيلُ كَمَا تَسِيلُ الْقَطْرَةُ مِنْ فَمِ السِّقَاءِ، فَيَأْخُذُهَا فَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدَعْهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذَهَا فَيَجْعَلَهَا فِي ذَلِكَ الْكَفَنِ، وَفِي ذَلِكَ الْحَنُوطِ، وَيخْرُجُ مِنْهَا كَأَطْيَبِ نَفْحَةِ رِيحِ مِسْكٍ، وُجِدَتْ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ فَلَا يَمُرُّونَ بِمَلَأٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِلَّا قَالُوا: مَا هَذِهِ الرِّيحُ الطَّيِّبَةُ؟ فَيَقُولُونَ: فُلَانُ بْنُ فُلَانِ بِأَحْسَنِ أَسْمَائِهِ الَّذِي كَانَ يُسَمَّى بِهَا فِي الدُّنْيَا حَتَّى يَنْتَهِيَ بِهَا إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا، فَيُفْتَحُ لَهُ فَيُشَيِّعُهُ مِنْ كُلِّ سَمَاءٍ مُقَرَّبُوهَا إِلَى السَّمَاءِ الَّتِي تَلِيهَا حَتَّى يَنْتَهِيَ بِهَا إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ

Roh berkenaan keluar daripada jasad sepertimana air mengalir keluar daripada mulut ceret lalu dipegang oleh malaikat (maut). Dia tidak melepaskannya walaupun sekelip mata. Lalu roh itu diletakkan di dalam kafan yang terdapat wangian syurga. Sehingga keluar wangian seperti wangian kasturi asli yang aling wangi yang ada di atas muka bumi. Apabila malaikat-malaikat yang membawa roh ini melalui seorang malaikat, malaikat berkenaan akan bertanya: Apakah bauan yang sangat baik ini? Lalu mpara malaikat akan menjawab: Fulan bin Fulan – dengan nama yang terbaik yang pernah dia gunakan di dunia -.

فَيُفْتَحُ لَهُ فَيُشَيِّعُهُ مِنْ كُلِّ سَمَاءٍ مُقَرَّبُوهَا إِلَى السَّمَاءِ الَّتِي تَلِيهَا حَتَّى يَنْتَهِيَ بِهَا إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَيَقُولُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: اكْتُبُوا عَبْدِي فِي عِلِّيِّينَ فِي السَّمَاءِ السَّابِعَةِ، وَأَعِيدُوهُ إِلَى الْأَرْضِ فَإِنِّي مِنْهَا خَلَقْتُهُمْ، وَفِيهَا أُعِيدُهُمْ، وَمِنْهَا أُخْرِجُهُمْ تَارَةً أُخْرَى فَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ،

Dibukakan untuknya pintu-pintu langit sehingga berakhir di langit ke tujuh. Kemudian Allah berfirman: “Tulislah catatan hamba-Ku di `Illiyyin pada langit ke tujuh. Kembalikanlah dia ke bumi kerana Aku menciptakan dia daripadanya, di sanalah dia dikembalikan dan daripadanyalah dia akan dikeluarkan pada kali berikutnya”. Lalu dikembalikan ruh kepada jasadnya.

فَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ: مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللهُ، فَيَقُولَانِ: وَمَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ فَيَقُولُ هُوَ رَسُولُ اللهِ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ،

Kemudian 2 orang malaikat datang kepada roh dan duduk di sisi. Kedua-duanya bertanya: Siapakah tuhan kamu? Lalu roh mukmin menjawab: Tuhanku ialah Allah. Mereka bertanya lagi: Apakah agama kamu? Dia menjawab: Agamaku Islam. Mereka bertanya lagi: Siapakah orang ini yang dibangkitkan dalam kalangan kamu? Roh menjawab: Dia ialah utusan Allah. Mereka bertanya lagi: Bagaimana engkau mengetahuinya? Dia menjawab: Aku membaca Kitabullah Azza wa Jalla, lalu aku beriman dan mempercayainya.

قَالَ: فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ صَدَقَ عَبْدِي فَافْرِشُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا مِنَ الْجَنَّةِ فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا، وَيُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ،

Lalu penyeru menyeru daripada langit: “Hambaku benar! Bentangkan untuknya syurga. Pakaikan ia dengan pakaian daripada surga. Bukakanlah pintu syurga untuknya.” Diapun mendapat angin syurga dan wanginya, serta kuburannya diluaskan sejauh mata memandang.

وَيَأْتِيهِ رَجُلٌ حَسَنُ الْوَجْهِ طَيِّبُ الرِّيحِ فَيَقُولُ لَهُ: أَبْشِرْ بِالَّذِي يَسُرُّكَ فَهَذَا يَوْمُكَ الَّذِي كُنْتَ تُوعَدُ فَيَقُولُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ الَّذِي يَأْتِي بِالْخَيْرِ، فَيَقُولُ: أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ فَيَقُولُ: رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ حَتَّى أَرْجِعَ إِلَى أَهْلِي وَمَالِي،

Kemudian datanglah orang yang wajahnya sangat bagus, pakaiannya bagus, baunya wangi. Dia berkata: “Bergembiralah dengan berita yang menyeronokkanmu. Inilah hari yang telah dijanjikan kepada kamu.” Roh mukmin bertanya: Siapakah kamu? Wajah kamu seperti wajah yang membawa kebaikan. Ia menjawab: Aku adalah amalan soleh kamu.

Kemudian dikatakan kepadanya: Wahai Tuhanku, cepatkanlah berlaku kiamat! cepatkanlah berlaku kiamat!  Agar dapat aku kembali kepada keluarga dan hartaku.

وَأَمَا الْعَبْدُ الْكَافِرُ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنَ الدُّنْيَا، وَإِقْبَالٍ مِنَ الْآخِرَةِ نَزَلَ إِلَيْهِ مِنَ السَّمَاءِ مَلَائِكَةٌ سُودُ الْوُجُوهِ ومَعَهُمُ الْمُسُوحُ حَتَّى يَجْلِسُوا مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ، ثُمَّ يَأْتِيَهِ مَلَكُ الْمَوْتِ فَيَجْلِسُ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ: أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْخَبِيثَةُ اخْرُجِي إِلَى سَخَطِ اللهِ وَغَضَبِهِ".

Manakala hamba yang kafir pula apabila terpisah daripada dunia dan menuju akhirat, malaikat akan turun kepadanya daripada langit dalam wajah yang buruk. Pada mereka ada al-Musūh (kain yang tidak selesa). Sehingga mereka duduk di sekitar jenazah sejauh mata memandang. Kemudian malaikat maut datang dan duduk di kepalanya. Lalu berkata: Wahai jiwa yang busuk, keluarlah menuju murka Allah.

قَالَ:" فَتَفَرَّقُ فِي جَسَدِهِ فَيَنْتَزِعُهَا، وَمَعَهَا الْعَصْبُ وَالْعُرُوقُ كَمَا يُنْتَزَعُ السَّفُّودُ مِنَ الصُّوفِ الْمَبْلُولِ فَيَأْخُذُونَهَا فَيَجْعَلُونَهَا فِي تِلْكَ الْمُسُوحِ". قَالَ:" وَيَخْرُجُ مِنْهَا أَنْتَنُ مِنْ جِيفَةٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ فَلَا يَمُرُّونَ بِهَا عَلَى مَلَأٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِلَّا قَالُوا: مَا هَذِهِ الرُّوحُ الْخَبِيثَةُ؟ فَيَقُولُونَ: فُلَانُ بْنُ فُلَانٍ بِأَقْبَحِ أَسْمَائِهِ الَّتِي كَانَ يُسَمَّى بِهَا فِي الدُّنْيَا حَتَّى يَنْتَهِيَ بِهَا إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيُسْتَفْتَحُ لَهُ فَلَا يُفْتَحُ لَهُ،

Rohnya ketakutan dan terpancar ke seluruh tubuhnya. Lalu malaikat maut menariknya, sebagaimana pencucuk  bercabang banyak ditarik dari bulu yang basah. Sehingga membuat putus pembuluh darah dan ruang tulang. Dan langsung dipegang malaikat maut. Kemudian diberi musuh yang mereka bawa. Keluar bau yang sangat busuk, seperti busuknya bau bangkai yang pernah ada di muka bumi. Merekapun naik membawa ruh ini. Setiap kali mereka melewati malaikat, malaikat itupun bertanya, ‘Roh siapakah yang buruk ini?’ Mereka menjawab, ‘Fulan bin Fulan.’ – dengan nama yang paling buruk yang pernah dia gunakan ketika di dunia – hingga mereka sampai di langit dunia. Kemudian mereka minta dibukakan, namun tidak dibukakan.

ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ {لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ} [الأعراف: 40] إِلَى آخِرِ الْآيَةِ قَالَ: فَيَقُولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: اكْتُبُوا  كِتَابَهُ فِي سِجِّينٍ فِي الْأَرْضِ السَّابِعَةِ السُّفْلَى، وَأَعِيدُوه إِلَى الْأَرْضِ فَإِنَّا مِنْهَا خَلَقْنَاهُمْ، وَفِيهَا نُعِيدُهُمْ، وَمِنْهَا نُخْرِجُهُمْ تَارَةً أُخْرَى".

Kemudiaى Rasulullah SWAW membaca:  (Orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya), tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit (QS. Al-A’raf: 40) sehingga akhir ayat.

Kemudian Allah berfirman, ‘Tulis catatan amal hamba-Ku di Sijjin, di bumi yang paling dasar. Kemudian kembalikannya ke bumi kerana Aku menciptakan dia daripadanya, di sanalah dia dikembalikan dan daripadanyalah dia akan dikeluarkan pada kali berikutnya”.

قَالَ:" فَتُطْرَحُ رُوحُهُ طَرْحًا، ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ} [الحج: 31] الْآيَةَ، ثُمَّ تُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ فَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ لَا أَدْرِي، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ لَا أَدْرِي، فَيَقُولَانِ لَهُ مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ لَا أَدْرِي،

Kemudian ruhnya dilempar hingga jatuh di jasadnya. Kemudian Rasulullah SAW membaca firman Allah, “Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, Maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit (QS. Al-Haj: 31)

Kemudian ruhnya dikembalikan ke jasadnya. Dua malaikat datang dan duuk lalu bertanya: Siapakah tuhan kamu? Dia menjawab: Hah.. Hah.. aku tidak tahu! Mereka berdua bertanya lagi: Apakah agama kamu? Dia menjawab: Hah.. Hah.. aku tidak tahu! Kemudian mereka bertanya lagi: Apakah lelaki yang dibangkitkan daripada kalangan kamu? Dia berkata: hah.. hah... aku tidak tahu!

فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أنْ كَذَبَ فَافْرِشُوهُ مِنَ النَّارِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ النَّارِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا مِنَ النَّارِ فَيَأْتِيهِ مِنْ حَرِّهَا وَسَمُومِهَا وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ فِيهِ أَضْلَاعُهُ

Penyeru menyeru dari langit: Dia berdusta! Tidurkanlah dia daripada neraka! Pakaikan dia dengan pakaian neraka! Bukalah pintu neraka buatnya! Lalu dibawa kerpadanya panas neraka, racun neraka dan disempitkan kuburnya. Sehingga tulang-tulangnya berselerakkan.  

". قَالَ:" وَيَأْتِيهِ رَجُلٌ قَبِيحُ الْوَجْهِ مُنْتِنُ الرِّيحِ فَيَقُولُ: أَبْشِرْ بِالَّذِي يَسُوءُكَ هَذَا يَوْمُكَ الَّذِي كُنْتَ تُوعَدُ". قَالَ:" فَيَقُولُ: مَنْ أَنْتَ فَوَجْهُكَ الْوَجْهِ الَّذِي يَجِي بِالشَّرِّ؟ فَيَقُولُ: أَنَا عَمَلُكَ الْخَبِيثُ، فَيَقُولُ: رَبِّ لَا تُقِمِ السَّاعَةَ رَبِّ لَا تُقِمِ السَّاعَةَ"

Setelah itu datang seorang lelaki yang berwajah hodoh dengan wangian yang busuk. Berkata: Bergembiralah dengan keburukkan har ini yang telah dijanjikan kepadamu. Roh berkata: Siapakah kamu ini? Wajahmu seperti wajah orang yang membawa keburukan? Dia menjawab: Aku adalah amalanmu yang buruk. Lalu roh berkata: Wahai Tuhanku! Jangan bangkitkan kiamat! Jangan bangkitkan kiamat!

(Tamat)

Imam al-Baihaqi berkata: Hadis ini sahih Isnad. Direkodkan juga oleh Abu Daud (4753), Ahmad (287/4) al-Hakim (37-39) dan lain-lain.





[1] Beliau ialah Mujahid bin Jabr yang digelar sebagai pemimpin ahli tafsir daripada kalangan tabiin. Lahir pada tahun 21H dan meninggal pada tahun 104 H. Dia meriwayatkan daripada Ali, Sa’ad bin Abi Waqos, dan dari Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abas, Abdullah bin Zubair, dia juga meriwayatkan dari Rofi’ bin Khadij, ‘Aisyah, Umu Salamah Abu Hurairah, Suroqoh bin Malik, dan selain mereka. Ast-Tsauri berkata: “Jika datang tafsir dari Mujahhid maka cukuplah dia bagimu”