Karya: Prof. Dr. Yusuf al-Qaraḍāwī | Terjemahan: Ustaz Syihābudin Ahmad
Bab 1: Keperluan Kepada Agama
Sebelum kita berbicara berkaitan keperluan manusia terhadap agama secara umum, kepada Islam secara khusus, amat penting bagi kita untuk menjelaskan maksud kalimah agama (Al-Dīn).
Saya tidak mahu memanjangkan perbahasan berkenaan dengan melihat pada sudut bahasa Arab, pengkaji sejarah keagamaan, dan para ahli falsafah agama. Saya akan terus masuk kepada tajuk perbincangan.
Guru saya iaitu Dr. Muhammad Abdullah Darrāz telah membuat kajian tentangnya di dalam buku beliau itu “Al-Dīn”, kemudian dia mengemukakan definasi agama berikut, iaitu definasi untuk apa sahaja agama, sama ada ia agama yang benar atau tidak, kitābi atau wasany.
Beliau berkata:
الاعتقاد بوجود ذات أو ذوات غيبية علوية، لها شعور واختيار، ولها تصرّف وتدبير للشئون التي تعني الإنسان، اعتقاد من شأنه أن يبعث على مناجاة تلك الذات السامية في رغبة ورهبة، وفي خضوع وتمجيد
Keteguhan mempercayai kewujudan sesuatu zat atau zat-zat yang ghaib yang unggul (superiority). Ia mempunyai sentimen dan pilihan. Ia menguruskan dan mentadbir urusan yang diperlukan manusia. Justeru itu, keyakinan (agama) membawa ia berpegang bahawa dia dibangkitkan untuk bermunajat kepada zat berkenaan dalam galakan dan ancaman serta dalam tunduk dan memujinya.
Dalam bahasa yang lebih ringkas, agama ialah: Beriman dengan zat ketuhanan dengan memberikan sepenuh ketaatan dan ibadah.
Ini dapat dilihat di dalam agama yang bersifat kegamaan. Jika kita melihat pada hakikat luar pula, maka kita boleh sebutkan: Agama ialah kumpulan peraturan yang telah ditetapkan sifatnya oleh kekuatan ketuhanan serta kumpulan bentuk-bentuk amalan yang menggambarkan pengibadahan kepadanya.
Definasi ini mengandungi maksud agama sekalipun jika agama berkenaan berdiri di atas syirik dan penyembahan berhala. Demikian itu kerana al-Qurān sendiri telah menamakan ia sebagai agama seperti firma Allah:. "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". (Al-Kāfirūn: 6) Serta firman Allah: "dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya…"(Ali Imrān: 85)
Para ulama Islam telah mendefinasikan agama sebagai:
وضع إلهي سائق لذوي العقول السليمة باختيارهم إلى ما فيه الصلاح في الحال والفلاح في المآل
“Suatu peraturan Tuhan yang mendorong jiwa seseorang yang mempunyai akal untuk memegang peraturan Tuhan itu atas pilihannya sendiri untuk mencapai kebaikan hidup dan kebahagiaan kelak di akhirat”
0 Comments
Post a Comment