Islam ialah agama yang telah membina kaedah-kaedah asas yang sempurna bagi meraikan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia. Ulama menyatakan:
الإنسان عبد لشهواته اذا ترك القيادة، وإنه سيد نفسه إذا احتكم إلى عقله ورجع إلر رشده.
Manusia menjadi hamba kepada syahwat (nafsu) dirinya apabila meninggalkan panduan. Dia akan menjadi pemimpin dirinya sendiri apabila berhukum kepada akal dan kembali kepada kematangannya.
Justeru itu, agama Islam tidak pernah menghalang manusia menuruti kebiasaan dirinya. Apa yang penting di dalam agama ialah kita mengikuti tuntutan syariahyang dikenali oleh orang hari ini sebagai “patuh syariah”.
Ketawa merupakan sesuatu perbuatan yang sangat disukai oleh manusia, bahkan orang tidak suka kepada individu yang tidak ada keceriaan. Ketahuilah bahawa ketawa ini dicipta oleh Allah, bahkan Allah mengiktiraf ia adalah sesuatu kebaikan.
Firman Allah:
43. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
(Al-Najm: 43)
Allah juga memuji perbuatan ini:
Firman Allah:
38. muka (orang-orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
39. tertawa, lagi bersuka ria;
(Abasa: 38-39)
Allah juga ketawa! Firman Allah:
يَضْحَكُ اللَّهُ إِلَى رَجُلَيْنِ يَقْتُلُ أَحَدُهُمَا الآخَرَ يَدْخُلاَنِ الجَنَّةَ: يُقَاتِلُ هَذَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، فَيُقْتَلُ، ثُمَّ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَى القَاتِلِ، فَيُسْتَشْهَدُ
Allah ketawa kepada dua orang lelaki. Salah seorangnya membunuh orang lain tetapi kedua-duanya masuk ke syurga. Mereka berdua berperang di jalan Allah, lalu seorang terbunuh. Manakala setelah itu, pembunuh itu pula bertaubat kepada Allah, lalu dia syahid.
(HR al-Bukhari: 282)
Imam al-Nawawi menjelaskan sifat ketawa Allah ini seperti berikut: Makna ketawa Allah ialah redha dan rahmat Allah. Serta kehendak kebaikan yang diberikan kepada hamba yang dia mahukan, WallahuA`lam.
Al-Baghawi pula menyatakan: Ini ialah sifat Allah yang disebutkan, maka wajib beriman kepadanya serta mengekalkan zahirnya dan jauhkan diri daripada ta’wil yang menyebabkan tasybih. Dengan beriktikad bahawa Allah berbeza dengan makhluk.
Firman Allah:
… tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Al-Syuraa: 11)
Sifat ketawa Nabi Muhammad SAW
Apabila Nabi SAW ketawa, baginda akan membuka mulut dan melebarkan senyuman tanpa suara. Lalu kelihatan giginya. Dikatakan juga bahawa Nabi SAW ketawa dan mengeluarkan bunyi tetapi ia hanya didengari oleh orang yang dekat dengan baginda, manakala orang yang jauh tidak mendengarnya. WallahuA`lam.
Kita dingatkan oleh Nabi SAW supaya tidak menjadikan ketawa itu sebahagian daripada hidup kita yang panjang:
Nabi bersabda kepada Abu Hurairah:
وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا، وَلَا تُكْثِرِ الضَّحِكَ، فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ القَلْبَ
Aku suka manusia seperti aku suka kamu menjadi muslim, tidak banyak ketawa, kerana banyak ketawa itu mematikan jantung.
(HR al-Tirmizi: 2305, Hasan)
Etika Ketawa:
1- Tidak berbohong atau menggunakan jalan bohong untuk membuat orang ketawa
Nabi SAW bersabda:
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ، وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
Celakalah orang yang berbicara kemudian berbohong bagi membuat orang ramai ketawa, celaka baginya! Celaka baginya!
(HR Abu Dāwud: 4990, Hasan)
Sabda Nabi SAW juga:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ يُضْحِكُ بِهَا جُلَسَاءَهُ، يَهْوِي بِهَا مِنْ أَبْعَدِ مِنَ الثُّرَيَّا
Seorang lelaki mengucapkan perkataan yang membuatkan rakan-rakannya ketawa. Namun kata-kata itu telah menyebabkan dia terjerumus (ke dalam neraka) lebih jauh berbanding bintang al-Surayyā.
(HR Ahmad: 9220, Hasan Lighairih)
2- Bermain-main dan ketawa bersama pasangan, khususnya yang asal anak dara.
Ini bertepatan dengan kata-kata Nabi SAW kepada Jābir bin Abdullah:
فَهَلَّا جَارِيَةً تُلاَعِبُهَا وَتُلاَعِبُكَ، وَتُضَاحِكُهَا وَتُضَاحِكُكَ
Mengapa tidak memilih anak dara agar kamu dapat bermain-main dengannya serta dia dapat bermain-main denganmu. Dia membuamu ketawa dan kamu membuatnya ketawa?
(HR al-Bukhāri: 5367, Sahih)
3- Tidak Mentertawakan Kentut
Nabi melarang para sahabat daripada mentertawakan kentut. Ia bertepatan dengan hadis Abdullah bin Zam`ah apabila Nabi memberi peringatan kepada para sahabat daripada perlakuan berkenaan.
لِمَ يَضْحَكُ أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ
Kenapa kamu mentertawakan kentut orang lain sedangkan kamu juga mengalaminya?
(HR al-Bukhāri: 4942)
Imam al-Nawāwī berkata: Hadis ini mengandungi larangan mentertawakan kentut yang didengari daripada orang lain. Bahkan, ia hendaklah membiarkannya dan meneruskan bicara dan menyibukkan diri dengan urusan seddiri, bukan urusan orang lain.
4- Tidak menjatuhkan maruah
Abdul Rahmān bin Abi Lailā bercerita:
حَدَّثَنَا أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهُمْ كَانُوا يَسِيرُونَ مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَسِيرٍ، فَنَامَ رَجُلٌ مِنْهُمْ، فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إِلَى نَبْلٍ مَعَهُ فَأَخَذَهَا، فَلَمَّا اسْتَيْقَظَ الرَّجُلُ فَزِعَ، فَضَحِكَ الْقَوْمُ، فَقَالَ: " مَا يُضْحِكُكُمْ؟ "، فَقَالُوا: لَا، إِلَّا أَنَّا أَخَذْنَا نَبْلَ هَذَا فَفَزِعَ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا "
Diceritakan kepada kami oleh para sahabat Rasulullah SAW bahawa mereka telah bermusafir bersama Nabi SAW. Seorang lelaki di dalam kalangan mereka telah tertidur. Maka sebahagian daripada mereka pergi kepadanya dan mengambil tali lelaki berkenaan. Apabila lelaki itu bangun, dia terkejut. Lalu orang ramaipun ketawa. Nabi bertanya: Apa yang menyebabkan kamu semua ketawa? Mereka menjawab: Tiada apa-apa, melainkan kami mengambil talinya ini lalu dia terkejut. Lantas Rasulullah SAW bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk menakut-nakutkan muslim yang lain.
(HR Ahmad: 23064, Sahih)
0 Comments
Post a Comment