Tambahan ini dibuat oleh Syeikh Sofiyurrahman di dalam cetakkan Dar al-Wafa', cetakkan 2010. Bab Di Bawah Lembayung Kenabian, isu Wahyu Terhenti.
Teks tambahan
Telah jelas
kepadaku sesuatu yang ganjil setelah melakukan penilitian di dalam pelbagai
riwayat serta pendapat ahli akademik. Aku tidak dapati mereka menyelisihi
dapatan berkenaan.
► Pelbagai
riwayat dan pendapat tersebut memberi jawapan bahawa Rasulullah SAW berada di
Gua al-Hira’ selama 1 bulan sahaja. Iaitu pada bulan Ramadhan setiap tahun. Iaitu
sepanjang 3 tahun sebelum menerima wahyu (kenabian).
► Tahun baginda
dilantik menjadi nabi adalah tahun akhir bagi 3 tahun berkenaan.
► Baginda berada
di Hira’ sepanjang bulan Ramadhan.
► Baginda keluar
dari Hira’ pada waktu pagi – iaitu hari pertama bagi bulan Syawal – lalu pulang
ke rumah.
Telah diriwayatkan
nas daripada Sahihain bahawa wahyu yang turun kepada Rasulullah SAW setelah
berhentinya. Wahyu diturunkan ketika nabi pulang ke rumah baginda setelah tinggal
di gua hira’ sepenuh bulan Ramadhan.
Aku
berpendapat: Ini menghasilkan dapatan bahawa wahyu berkenaan diturunkan kepada
Rasulullah SAW adalah selepas terhentinya. Ia diturunkan pada hari pertama
bulan Syawal setelah selesainya bulan Ramadhan yang dimuliakan baginda dengan
anugerah kenabian dan wahyu. Ia adalah hari terakhir baginda berada di gua Hira’.
Apabila telah
sabit bahawa wahyu diturunkan pada hari Isnin, 21 Ramadhan maka tempoh wahyu
terhenti hanyalah 10 hari. Wahyu seterusnya baginda terima pada pagi hari
Khamis, 1 Syawal tahun pertama kenabian. Berkemungkinan inilah rahsia pada
pengkhususan 10 hari akhir bulan Ramadhan dengan mendiami serta beriktikaf. Demikian
juga ia menjadi hari dikhususkan bulan Syawal dengan hari Raya. WallahuA`lam.
0 Comments
Post a Comment