Hadis 5 | Larangan Beristinjak Dengan Najis Kering dan
Tulang
Direkodkan oleh At Tirmizi daripada
Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
لَا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ، وَلَا بِالْعِظَامِ، فَإِنَّهُ زَادُ
إِخْوَانِكُمْ مِنَ الْجِنِّ
“Jangan beristinjak menggunakan najis binatang (Ar Raus), juga jangan
menggunakan tulang, kerana ia merupakan makanan saudaramu dari golongan jin”.
5. Sebab datangnya
Direkodkan oleh At Tabrani dan Abu
Nuaim di dalam Ad Dalail daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Kami bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w di
Makkah dan ketika itu juga Baginda s.a.w berada di kalangan para sahabat
(Ashabihi), lalu secara tiba-tiba baginda s.a.w bersabda: “Bangunlah daripada
kalangan kamu bersamaku seorang lelaki, tetapi bukan seseorang yang di dalam
hatinya ada perasaan tidak setia. Lalu aku bangun dan mengambil bekas air (Al
Idawah). Aku tidak menyangka sesuatu di
dalam bekas itu melainkan air. Maka aku keluar bersama Baginda s.a.w sehingga
kami tiba di tanah Makkah yang paling tinggi lalu aku lihat kelibat (Asudah)
berkumpul. Rasulullah s.a.w lalu membuatkan aku satu garisan (Fa Khatta Li
Rasulillah) kemudian bersabda: berdirilah di sini (Ha Huna) sehingga aku
kembali kepadamu, maka aku berdiri di situ lalu Rasulullah s.a.w berjalan ke
arah mereka, aku lihat mereka bangkit (Yatathawwarun) menuju kepada Rasulullah
s.a.w dan Baginda lalu berbual dengan mereka dengan perbualan yang agak
panjang. Kemudian Rasulullah s.a.w kembali kepadaku (Ja’ani) serentak dengan
waktu subuh. Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Mereka itu Jin
Nusaibin, mereka datang kepadaku mengadukan tentang masalah di antara mereka.
Mereka meminta tambahan makanan maka aku tambahkan untuk mereka. Lalu aku
bertanya: apa yang engkau tambahkan Baginda s.a.w menjawab: Tahi binatang, apa
yang mereka dapati dari binatang ialah seumpama kurma, dan apa yang mereka
dapai dari tulang ialah seumpama gelas, oleh kerana itu, Nabi s.a.w melarang dari
beristitab menggunakan tahi binatang dan tulang”.
Pengajaran:
1- Hadis ini Sahih lagi sabit.
Disahihkan oleh para ulama, antaranya al-Albani rh.
2- Hadis ini diamalkan oleh ahli
ilmu dalam kalangan para ulama.
3- Hadis ini menunjukkan
beristinjak dengan menggunakan najis binatang atau tulang adalah diharamkan.
Sebabnya (al-`Illah) ialah ia adalah kerana ia makanan saudara kita daripada
kalangan Jin.
4- Ringkasan isu istinjak:
Mazhab asy-Sfii menyatakan istinjak ialah:
إزالة الخارج النجس
الملوث من الفرج عن الفرج بماء أو حجر شرعي
Membuang najis yang terkeluar daripada lubang dengan menggunakan air
atau batu yang syarie.
Hukum istinjak adalah wajib ketika mahu melaksanakan ibadah seperti
solat, tawaf, khutbah, sujud tilawah, sujud syukur atau seumpamanya.
6. Hadis:
Direkodkan oleh Al Bukhari, Muslim dan At Tirmizi dari
Abu Hurairah r.a beliau berkata: Nabi
sa.w bersabda:
وَيلٌ للأعقابِ مِنَ النَّارِ
“Celakalah
tumit-tumit dengan azab neraka”.
6. Sebab Datangnya:
Direkodkan oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Abdullah
bin Umar beliau berkata: “Nabi s.a.w
telah terlambat dari kami di dalam salah satu permusafiran, Nabi s.a.w dapat
mengejar kami dan kami telah terlambat untuk solat lalu kami berwudhu, kami mengusap-usap
sahaja atas kaki kami, lalu beliau menyeru dengan suara yang tinggi: celakalah
tumit-tumit dengan azab neraka” dua atau tiga kali.”
Direkodkan oleh Ahmad daripada Jabir
beliau berkata: Rasulullah s.a.w melihat kepada suatu kaum yang berwudhu tidak
menyapu tumit-tumit mereka, maka Baginda s.a.w bersabda: “celakalah tumit-tumit
dengan azab neraka”.
Pengajaran:
1-
Hadis ini sahih. Disahihkan oleh
para ulama, antaranya syeikh Syuaib al-Arnaouth.
2-
Para ulama berbeza pendapat pada makna Wail.
Sebahagiannya berpendapat ia adalah salah satu peringkat neraka.Al-`Allamah
Badruddin Aini pula menyatakan maksudnya adalah celaka dan kehancuran.
3-
Ibnu al-`Arabi menyebutkan di dalam ktab Ahkamul
Quran:
فتوعد بالنار على ترك
إيعاب غسل الرجلين فدل ذلك على الوجوب بلا خلاف
Ancaman neraka untuk orang yang meninggalkan basuyhan pada kedua-dua
kaki menunjukkan bahawa ia wajib tanpa khilaf.
4-
Hadis ini menunjukkan kewajipan untuk membasuh kedua-dua
belah kaki ketika berwuduk. Tidak memadai sekadar menyapu dengan cepat atau mencurahkannya
sahaja. Di dalam surah al-Maidah, Allah berfirman:
5-
Hadis ini juga menunjukkan kewajipan untuk membasuh kaki secara keselurhannya.
0 Comments
Post a Comment