Semalam, selepas
menyampaikan kuliah kitab ar-Rahiq al-Makhtum di Masjid al-Mustaqim, Ampang,
saya bersembang dengan seorang sahabat tentang beberapa perkara. Beliau
nyatakan bahawa dia mempunyai 2 orang adik yang sedang belajar di Jordan. Seorang
tahun 3, seorang lagi tahun 1. Allah sedang uji mereka dengan kejatuhan mata
wang Malaysia yang hampir mencecah JD 1 = RM 6. Ketika itu saya hanya berdoa
semoga Allah mudahkan urusan mereka sekeluarga.
Dalam perjalanan
pulang ke rumah, saya dan isteri berbincang bagaimana kami mahu membantu
mereka. Jika ditebalkan huruf ‘DUIT’, maka kami belum mampu kerana kita
berada di dalam kesempitan yang sama. Tetapi kami memikirkan beberapa cadangan
lain yang lebih menarik!
1. Freelance Penterjemah Kitab
Saya bersama
Komuniti Penterjemah Antarabangsa – Malaysia telah bergerak selama 2 tahun
untuk menghasilkan sebanyak-banyaknya terjemahan tempatan berbahasa Melayu
(Malaysia). Tetapi kami kekurangan tenaga, kami memerlukan freelance. Mungkin
pelajar-pelajar yang belajar di Timur Tengah dapat mengisi kekosongan tersebut.
Kami akan buat
bayaran terjemahan secara profesional serta memberikan jadual dan panduan
terjemahan yang memudahkan pelajar. Jangan bimbang, kami mempunyai panel
penyemak daripada tenaga pakar.
Jika pelajar-pelajar
berkenaan berminat, sila emailkan resume ke email berikut. Saya akan berikan
percubaan terjemahan terlebih dahulu untuk mengenalpasti tahap kualiti
terjemahan. Emailkan ke: mutarajimin@gmail.com
dan CC kepada: syihabudinpenulis@gmail.com
2. Penulis
Buku-Buku Agama
Ketika di Mesir,
saya menampung pengajian dengan menulis buku. Alhamdulillah, penerbit bersetuju
membuat bayaran royalti setiap 6 bulan. Jadi, saya berfikir kaedah ini sangat
bagus untuk membantu pelajar memandangkan kami memerlukan penulis-penulis di
dalam kategori agama.
Bayaran royalti
sebenarnya tidak banyak membantu penulis-penulis baharu. Lebih baik ambil
bayaran sekaligus. Maka kami bersedia memberikan bayaran seumpama itu.
Tetapi, kategori
penulisan tidak terbuka luas. Ia terhad kepada penulisan berunsur agama sahaja.
Kami tidak menerbitkan novel atau cerpen.
Menarik! Saya mahu lebih membantu pelajar-pelajar
dengan memberikan judul-judul yang
memang kami mahu terbitkan. Jadi, anda cuma perlu ambil judul daripada kami,
kemudian buat rangka penulisan dan hantar. Kami akan berikan cadangan dan
penambah baikan. Setelah itu, mulakan menulis dan hantar segera!
Menarik! Jika pelajar-pelajar tidak
yakin dengan penulisan sendiri, maka ayuh kita berkolaborasi! Saya akan cuba
baiki penulisan anda berdasarkan sedikit kemahiran penulisan. Kemudian kita
terbitkan dengan nama kita bersama. Hasil ‘tong-tong’ yer..
Jika berminat,
terus berhubung dengan saya melalui email: syihabudinpenulis@gmail.com atau
facebook: Syihabudin Ahmad (Abu Dehyah).
Akhirnya,
Saya berharap dua
perkara di atas mampu membantu pelajar-pelajar kita yang sedang bertukus lumus
menuntut ilmu di Timur Tengah.
_________________
Syihabudin Ahmad,
Saujana Utama, Sungai Buloh,
Saujana Utama, Sungai Buloh,
19.08.2015
0 Comments
Post a Comment