Soalan: Apa hukum bagi seorang lelaki yang mahu
berkahwin dengan seorang janda, tetapi si ibu lelaki berkenaan tidak
merestuinya. Seperti ibunya berkata: “Buatlah persiapa kahwin, tetapi setelah
berkahwin, jangan pulang lagi ke rumah ibu”?
Jawapan: Seorang lelaki tidak wajib mendapatkan redha
ibunya sekiranya telah tekad untuk berkahwin dengan wanita pilihannya. Tetapi nilai-nilai
ajaran Islam sentiasa menyuruh untuk berbuat baik kepada ibu bapa selagimana ia
tidak menjurus kepada kemaksiatan.
Penjelasan
Perkahwinan adalah ikatan kekeluarga antara dua
keluarga besar. Ia bukan sekadar dua individu sahaja. Seorang lelaki yang
mengahwini seorang wanita bermaksud, dia juga telah menjerumuskan dirinya ke
dalam ikatan kekeluarga wanita berkenaan. Dia hendaklah melayani keluarga
mertuanya seperti mana dia melayani keluarganya sendiri. Ini adalah
tanggungjawab yang bertambah besar.
Berbuat baik kepada ibu bapa dalam apa jua
keadaan selain maksiat adalah dituntut. Allah berfirman:
وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا
أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا
قَوْلًا كَرِيمًا (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ
وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (24)
23.
dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan
kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika
salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaan-Mu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau
menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun).
24.
dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Isra’:
23-24)
Apabila ibu tidak restu, maka perlu dilihat
tentang pro dan kontranya. Maka di sinilah perlunya istikharah dan istisyarah.
❶Istikharah
adalah hubungan antara Allah dan hamba. Ia dilakukan dengan banyak solat dan
berdoa.
❷Manakala Istisyarah
pula adalah perbincangan dan penelitian yang akan menghasilkan pelbagai
pendapat dan pandangan.
Situasi Pertama:
Sekiranya ibu bapa tidak merestui perkahwinan
berkenaan sedangkan si lelaki telah yakin dengan kesolehan wanita berkenaan
serta kemampuan wanita itu bersama-samanya memperbaiki keadaan setelah
bernikah, maka silakan memilihnya. Pendapat ini akan menjadi lebih kuat apabila
lelaki itu telah begitu medalam mencintai wanita berkenaan sehingga dibimbangi
terjerumus ke dalam lembah maksiat sekiranya tidak bernikah.
Situasi Kedua:
Sekiranya lelaki itu tidak yakin dengan kemampuan
wanita berkenaan memperbaiki keadaan setelah bernikah, maka digalakkan untuk
mencari wanita lain serta terus taat kepada ibu bapanya. Ini adalah usaha besar
untuk menjaga hubungan dengan ibu bapanya.
Situasi Ketiga:
Sekiranya ibu bapa mempunyai pilihan wanita
yang lebih baik daripada gadis pilihan, maka dahulukanlah pilihan ibu bapa sekiranya
cinta masih belum mendalam.
Tiga situasi ini hanya contoh sahaja. Ia boleh
digunakan sebagai panduan tetapi mempraktikkannya memerlukan istikharah dan
istisyarah yang lebih mendalam.
<Saya mencadangkan untuk kita teliti
pandangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam hal ini di link berikut: http://www.ustazusa.com/2011/08/nasihat-dr-yusuf-al-qaradhawi-kepada.html
<Demikian juga bagi mereka yang mahu
meneliti tentang konsep istikharah dan istisyarah: http://www.ustazusa.com/2013/11/istikharah-dan-istisyarah.html
WallahuA`lam.
0 Comments
Post a Comment