Kuliah daripada Ustaz Azmi Ahmad (Pensyarah
Kolej Universiti Sultan Azlan Shah Perak) di dalam Topik Jumaat IKIM.fm (31/7/2015) ini sangat
bagus. Saya dapat banyak ilmu baharu pagi ini.
Antaranya:
■ الإسم يدل على المسمى – Nama dirujuk kepada orangnya. Allah juga ada
nama yang layak bagi-Nya. Jika manusia ada nama lalu terangkat maruahnya, maka
mustahil Allah tidak mempunyai nama.
■ Sebahagian daripada nama Allah boleh
digunakan di dalam panggilan seperti Rahim, Malik, Hakim, Rahman dan Raouf. Ini
bertepatan dengan kaedah al-Quran (at-Taubah: 128) yang menyandarkan nama
tersebut kepada Nabi SAW. Al-Quran juga disandarkan kepada al-Hakim di dalam
surah Yaasin. Tetapi ia tidak sama diantara manusia dan Allah.
Tetapi sebahagian nama yang lain tidak
boleh digunakan oleh manusia seperti Allah, Khaliq (Pencipta) dan sebagainya.
Ia khusus hanya kepada Allah. Elakkan daripada memberi nama anak tanpa
diletakkan Abdul (Hamba).
■ Sifat 20 adalah intisari daripada nama-nama
Allah SWT. Inilah yang dijelaskan oleh asy-Syeikh Izzuddin Abdus Salam.
■ Pepatah Arab ada menyebutkan:
من تكرر تقرر
(Sesiapa yang banyak mengulang akan cepat
menghafal)
■ Pesan guru Ustaz:
Ajar anak-anak kamu dengan Asma’ ul Husna. Anak-anak berada diperingkat
hafalan, bukan di dalam memahami. Apabila tahapnya sudah sesuai maka uraikan ia
lebih lanjut.
■ Nama-nama Allah
ada beberapa riwayat. Sebahagian riwayat sebut al-Wahid al-Ahad, sebahagian
riwayat lain al-Ahad dan al-Wahid. Kedua-duanya betul.
■ Kesilapan
sebutan: Al-Mughni sering kali dibaca al-Mughniyu. Sama ada sambung atau tidak
ia hendaklah disebut al-Mughniy sahaja tanpa ada tambahan apa-apa.
■ Kita hidup pada
zaman moden yang kurang spiritual rohani. Oleh itu, jika rohani tidak diisi
maka manusia akan menjadi jiwa kosong. Inilah kunci kepada kebahagiaan, iaitu
dengan menghayati Asmaul Husna.
Al-Imam Al-Ghazali: Ketahuliah bahawa kebahagian
itu terletak pada sejauh mana dia menghayati nama Allah.
Al-Imam Al-Khusyairy: Sesiapa menghayati nama
Alla, namanya akan harum di dunia dan akhirat.
Penerbit: Ustaz Syafiq Zulakifli
0 Comments
Post a Comment