Soalan: Apa hukum menjatuhkan maruah
saudara sesama Muslim dengan berkata: "Kamu babi!"?
Jawapan: Haram (berdosa)
menjatuhkan maruah saudara Muslim dengan apa-apa ucapan atau perbuatan yang
keji.
Fakta:
❶ Mengeji saudara
Muslim dengan ucapan dan perbuatan kotor adalah sifat orang fasik (jahat) dan
maksiat.
Nabi SAW bersabda:
«سِبَابُ المُسْلِمِ فُسُوقٌ، وَقِتَالُهُ
كُفْرٌ»
Mencela saudara
Muslim adalah satu bentuk kefasikan, manakala membunuhnya pula adalah satu
bentuk kekufuran.
(HR al
Bukhari di dalam Sahih al Bukhari, bilangan: 48)
Dr. Mustafa al
Bugha memberi ulasan:
"Maksud
mencela di dalam hadis di atas ialah seseorang mengutuk saudaranya Muslim serta
mengatakan sesuatu tentang maruah yang mengaibkan serta menyakitinya."
❷ Imam an Nawawi
berkata di dalam ulasan Sahih Muslim:
"As-Sab dalam
bahasa Arab bermaksud mengeji dan mengatakan tentang maruah seseorang pada
sesuatu yang mengaibkan. Fasq di dalam bahasa Arab pula bermaksud: Keluar. Fasq
yang dimaksudkan agama ialah keluar daripada ketaatan.
Maksud hadis ialah:
Mengeji seorang Muslim tanpa hak adalah haram secara ijmak (sepakat). Pelaku
perbuatan itu telah menjadi seorang yang fasiq sepertimana yang telah
dikhabarkan oleh Nabi SAW."
❸ Menurut Mazhab
Maliki, orang yang mengeji seorang Muslim telah layak menerima hukuman ta'zir
(ta'dib) daripada pemerintah.
Muhammad 'Alisy al
Maliki berkata di dalam ulasannya pada kitab Ringkasan Khalil Al Khurasyi:
"Sekiranya
seseorang berkata: Wahai si fasik! Atau wahai si jahat! Atau wahai pemabuk
arak! Atau wahai anak wanita fasik! Atau wahai anak perempuan jahat! Atau wahai
pemakan riba! Atau wahai keldai! Atau wahai anak keldai! Atau wahai babi! Atau
sesuatu yang seumpamanya, maka dia dita'zir (ta'dib)."
❹ Islam ialah
agama yang mengajar untuk menonjolkan akhlak mulia dan peribadi terpuji.
❺Kesalahan,
kesilapan, dan dosa saudara Muslim hendaklah dilindungi melainkan ada darurat
yang menghalalkannya seperti bimbang ia terpilih sebagai pemimpin sedangkan dia
diketahui mempunyai rekod rasuah dan korupsi yang teruk. Tetapi, darurat hanya
diambil sekadarnya sahaja. Ia tidak boleh membuka aib sehingga menjatuhkan
maruahnya selaku manusia dan muslim.
Wallahua'lam
0 Comments
Post a Comment