Imam al-Baihaqi di dalam Kitab Syu`abul Iman
berkata:
Ketika menyifatkan orang beriman, Allah
berfirman:
{إِنَّمَا
الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ، وَإِذَا
تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا}
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah
mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati
mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka
bertambah iman,…
Sehingga kepada firman Allah:
{أُولَئِكَ
هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا}
Merekalah orang-orang yang beriman dengan
sebenar-benarnya….
(Al-Anfal 2-4)
Telah dinyatakan bahawa orang beriman
ialah mereka yang terkumpul amalan-amalan tersebut (di dalam diri mereka). Ia menguatkan
bahawa (ketaatan) ialah Jawami`ul Iman (Kompilasi Keimanan).
“Apabila telah pasti bahawa
orang beriman disifatkan dengan sifat tersebut, maka mereka telah layak disebut
sebagai mukmin yang sebenar kerana kedudukan amalan yang disifatkan Allah
kepada mereka. Bukan sekadar amalan ibadah (khusus) sahaja yang dimaksudkan
tetapi ia juga mencakupi amalan wajib dan sunat.
Solat adalah tanda ketaatan yang
ditunjukkan dengan anggota tubuh secara khusus. Bersedekah dengan rezeki yang
Allah berikan adalah tanda ketaatan yang ditunjukkan dengan harta. Gementar
jantung hati ialah tanda beristiqamah di dalam pelbagai keadaan. Jantung hati
tersebut telah dirasuki dengan mendirikan ketaatan serta menjauhi kemaksiatan.”
Beiau berkata lagi: “Ayat
tersebut ditujukan kepada orang yang mengingati Allah di dalam jantung hatinya,
tidak melakukan kemaksiatan, serta tidak bercanggah dengan suruhan kegentaran.
Ayat tersebut ditujukan kepada
orang yang apabila membaca al-Quran, hatinya akan bertambah dengan keimanan,
tidak menyanggahi kefardhuan serta duduk (membiarkan) kewajipan. Perkara ini
telah mewajibkan berlakunya pertambahan iman dengan jalannya.
Maka telah sahihlah bahawa
orang yang telah kami nafikan (sifat buruk) itu telah menjadi mukmin yang
sebenar. Maka mereka yang imannya rosak tidak termasuk daripada orang yang
dimaksudkan oleh ayat al-Quran di atas.
Allah berfirman:
{وَلَكِنَّ
اللهَ حَبَّبْ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِكُمْ، وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ
الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ}
…akan tetapi Allah menjadikan
iman sebagai sesuatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya di dalam
hati kamu. Serta menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan
derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci…
(Al-Hujurat: 7)
Dinyatakan kepada kita tentang
apa yang kita cintai dan apa yang kita benci. Kemudian iman disebutkan secara
bersendirian sebagai sesuatu yang dicintai. Lawannya adalah kufur dan fasiq
sebagai sesuatu yang dibenci.
Daripada itu dijadikan hujah
bahawa iman mempunyai dua pesaing. Ada pesaing yang merosakkan iman dengan
kufur dan ada pesaing yang merosakkan iman dengan kefasikan. Justeru itu telah
jelaslah bahawa semua ketaatan adalah keimanan. Sekiranya tidak begitu maka
kefasikan tidak meninggalkan (menjejaskan) keimanan. WallahuA`lam.
“Telah terdapat perbezaan di
antara fasik dan durhaka (maksiat). Daripada itu terbukti bahawa terdapat
maksiat yang tidak menjadikan seseorang fasik. Kefasikan berlaku dengan
melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Menjauhkan
semua itu (dosa besar dan kecil) adalah daripada (cabang) iman.
Wabillahitaufiq.
Allah berfirman:
{وَمَا
كَانَ اللهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ}
… dan Allah tidak akan
menghilangkan (bukti) iman kamu…
(Al-Baqarah: 143)
Para ahli tafsir telah
bersepakat bahawa ayat ini menghendaki maksud solat kamu yang menghadap kearah Baitul
Maqdis. Telah pasti bahawa bersolat adalah suatu bentuk keimanan. Begitu juga
mentaati (Allah) juga adalah suatu keimanan kerana tiada pertentangan di antara
kedua-duanya.
Imam Ahmad al-Baihaqi berkata:
Telah diriwayatkan hadis yang
sabit kepada kami daripada Abu Ishaq, daripada al-Barra’ bin `Azib yang
menyebutkan tentang solat Nabi SAW setelah tiba di Madinah yang menghadap kearah
Baitul Maqdis (di Palestin) selama 16 atau 17 bulan, kemudian ia ditukar (oleh
Allah) kearah al-Bait (Al-Haram di Mekah). Sebelum (perubahan kiblat) itu,
telah mati ramai pahlawan. Mereka terbunuh di dalam keadaan kita tidak tahu
menyebutkan apa-apa tentang mereka. Lalu Allah menurunkan ayat: “… dan Allah
tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu, sesungguhnya Allah maha melimpah
belas kasih dan rahmat-Nya.”
11.[3] AB Abu Abdullah al-Hafiz, HS
Abu an-Nadhr al-Faqih, HS `Uthman bin Sa`id ad-Darimi, HS an-Nufaily, HS
Zuhair, HS Abu Ishaq lalu dia menyebutkan (hadisnya.) Direkodkan hadis ini oleh
(al-Bukhari dan Muslim) di dalam kitab Sahih mereka daripada Hadis Zuhair bin
Mu`awiyah. Rasulullah SAW menjadikan at-Thuhur (bersuci) sebagai sebahagian daripada
iman[4].
Ia seperti berikut:
12.[5] AB Abu Abdullah al-Hafiz dan
Abu Bakar Ahmad bin Muhammad al-Asynani. Mereka berdua berkata: HS Abu al-Hasan
Ahmad bin Muhammad bin `Abdus, HS `Uthman bin Sa`id ad-Darimi, HS Muslim bin
Ibrahim, HS Aban bin Yazid, daripada Yahya bin Abi Kasir, daripada Zaid bin Sallam,
daripada Abu Malik al-Asy`ari. Rasulullah SAW pernah bersabda:
الطَّهُورُ
شَطْرُ الْإِيمَانِ
At-Thahur (Bersuci) sebahagian
daripada iman.
Direkodkan oleh Muslim di dalam
kitab Sahih beliau daripada hadis Aban bin Yazid al-`Attar.
13.[6] AB Abu Abdullah al-Husain bin
Abdullah al-Baihaqi as-Sidiwiri; sepertimana yang aku baca kepadanya ketika di
Khisrujard. Lalu beliau berkata: AB Abu Hamid Ahmad bin Muhammad bin al-Husain
al-Baihaqi, HS Daud bin al-Husain al-Baihaqi, HS Humaid bin Zanjuwaih
an-Nasaie, HS Abu Syaikh al-Harrani, HS Musa bin A`yan, daripada Lais, daripada
`Amru bin Murrah, daripada Mu`awiyah bin Suwaid, beliau berkata: Aku melihatnya
berkata: daripada bapanya – keraguan daripada Abi Syaikh – beliau berkata:
كُنَّا جُلُوسًا
عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا نَتَحَدَّثُ، فَقَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَتَدْرُونَ أَيُّ عُرَى الْإِيمَانِ أَوْثَقُ؟ " فَقَالُوا: الصَّلَاةُ، فَقَالَ:
" إِنَّ الصَّلَاةَ لَحَسَنَةٌ، وَمَا هِيَ بِهَا ". فَقَالُوا: الْجِهَادُ
فَقَالَ: " إِنَّ الْجِهَادَ لَحَسَنٌ، وَمَا هُوَ بِهِ ". فَقَالُوا: الْحَجُّ.
فَقَالَ: " حَسَنٌ، وَلَيْسَ بِهِ ". فَقَالُوا: الصِّيَامُ، فَقَالَ:
" الصِّيَامُ لَحَسَنٌ، وَلَيْسَ بِهِ ". فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَوْثَقُ عُرَى الْإِيمَانِ أَنْ تُحِبَّ لِلَّهِ، وَتُبْغِضَ
لَهُ "
Kami duduk bersembang bersama Nabi
SAW pada suatu hari. Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu apakah gelung iman
yang paling kuat?” Para sahabat menjawab: “Solat”. Nabi bersabda: Solat itu
adalah suatu yang baik. Tetapi ia bukanlah gelung iman yang paling kuat.” Para sahabat
menjawab: Jihad. Nabi bersabda: “Jihad itu adalah suatu yang baik. Tetapi ia
bukanlah gelung iman yang paling kuat.”?” Para sahabat menjawab: Haji. Nabi
bersabda: Ia suatu kebaikan tetapi ia bukanlah gelung iman yang paling kuat.”
Para sahabat menjawab: Puasa. Nabi bersabda: “Puasa adalah sesuatu yang baik
tetapi ia bukan gelung iman yang paling kuat.” Seterusnya Rasulullah SAW
bersabda: “Gelung iman yang paling kuat ialah kamu mencintai kerana Allah
dan kamu marah kerana-Nya.”
Jarir bin Abdul Hamid juga
meriwayatkannya daripada Lais bin Abi Sulaim, daripada Amru bin Murrah,
daripada Mu`awiyah bin Suwaid bin Muqrin, daripada al-Barra’ bin `Azib daripada
Nabi SAW.
14.[7] AB Abu Mansur an-Nakha`ie di
Kufah, HS Abu Ja`far bin Duhaim, HS Ahmad bin Hazim, HS Uthman bin Abi Syaibah,
HS Jarir, beliau menyebutkan dengan sanadnya hadis yang seumpama di atas tetapi
dia berkata di akhirnya:
فَذَكَرُوا
شَرَائِعَ الْإِسْلَامِ، فَلَمَّا رَآهُمْ لَا يُصِيبُونَ قَالَ: " إِنَّ أَوْثَقَ
عُرَى الْإِيمَانِ أَنْ تُحِبَّ فِي اللهِ، وَأَنْ تَبْغُضَ فِي اللهِ،
“Lalu para sahabat menyebutkan
syariat-syariat Islam. Setelah melihat mereka tidak tepat, maka Nabi bersabda:
Sesungguhnya gelung iman yang palling kuat ialah kamu cinta pada jalan Allah
dan kamu marah pada jalan Allah.”
Lalu dijadikan syariat-syariat
ini sebagai sebahagian daripada iman. Yang utama baginya adalah cinta dan
kemarahan terhadap sesuatu.
15.[8] AB Abu Abdullah al-Hafiz, HS
Muhammad bin Soleh bin Hani’ dan Ibrahim bin `Ismah. Kedua-dua mereka berkata:
HS As-Sari bin Khuzaimah, HS Abdullah bin Yazid al-Muqri, HS Sa`id bin Abi
Ayub, daripada Abi Marhum, daripada Sahl bin Mu`az bin Anas al-Juhani, daripada
bapanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَعْطَى
لِلَّهِ وَمَنَعَ لِلَّهِ، وَأَحَبَّ لِلَّهِ، وَأَبْغَضَ لِلَّهِ، وَأَنْكَحَ لِلَّهِ
فَقَدِ اسْتَكْمَلَ إِيمَانَهُ
Sesiapa yang memberi kerana
Allah, menghalang kerana Allah, mencintai kerana Allah, memarahi kerana Allah,
bernikah kerana Allah maka menjadi sempurnalah imannya.
Diriwayatkan seperti itu juga
daripada hadis Abu Umamah al-Bahily daripada Nabi SAW tanpa menyebutkan
perkahwinan. Maka telah jelas bahawa semua sifat ini adalah iman. Lebih jelas
bahawa ikhlas adalah gelung iman yang paling kuat.
16.[9] AB Abu Abdullah al-Hafiz, AB
Abu Bakar Ahmad bin Ishaq al-Faqih, AB Ali bin Abdul Aziz, HS Abdus Salam bin
Soleh al-Harawi, HS Ali bin Musa bin Ja`far bin Muhammad bin Ali bin al-Husain
bin Ali bin Abi Tholib. Diceritakan kepadaku oleh bapaku, daripada Ja`far
daripada bapanya, daripada Ali bin al-Husain daripada bapanya daripada Ali radhiyallahuanhu,
beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
الْإِيمَانُ
مَعْرِفَةٌ بِالْقَلْبِ، وَإِقرارٌ بِاللِّسَانِ، وَعَمَلٌ بِالْأَرْكَانِ
Iman ialah mengenal dengan
jantung hati, membenarkan dengan lidah serta beramal dengan rukun-rukunnya.
17. HS[10] Abu Muhammad `Ubaid bin
Muhammad bin Mahdi al-Qushairy, AB Abu Muhammad Abdullah bin Muhammad bin Musa
bin Ka`ab, HS Abu Muhammad al-Fadhl bin Muhammad bin al-Musayyib al-Baihaqi, HS
Abu as-Salt al-Harawi Abdus Salam dan Muhammad bin Aslam. Kedua-duanya berkata:
HS Ali bin Musa ar-Ridha daripada bapanya, lalu beliau menyebutkan dengan
sanadnya melainkan dia berkata:
الْإِيمَانُ
إِقْرَارٌ بِاللِّسَانِ، وَمَعْرِفَةٌ بِالْقَلْبِ، وَعَمَلٌ بِالْجَوَارِحِ
Iman ialah membenarkan dengan
lidah, mengenal dengan jantung hati serta beramal dengan tubuh badan.
Syahid bagi hadis ini juga
terdapat di dalam hadis yang sabit yang telah dinyatakan sebelum ini di dalam bab
bilangan cabang-cabang iman.
Adapun Firman Allah:
Sesungguhnya orang beriman dan
mereka melakukan amalan soleh…
(Al-Baqarah: 277)
Allah telah menyebutkan amal
soleh secara bersendirian. Begitu juga dengan firman Allah:
{إِلَّا
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ، وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ، وَتَوَاصَوْا
بِالصَّبِرِ}
Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan Dengan sabar.
(Al-`Asr: 3)
Allah telah menyebutkan “berpesan
dengan kebenaran” dan “berpesan dengan kesabaran” secara bersendirian. Ia tidak
menunjukkan bahawa kedua-duanya bukan daripada amal soleh.
Demikian juga firman Allah:
{إِنَّ
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ}
Sesungguhnya orang beriman dan
mereka melakukan amalan soleh…
(Al-Baqarah: 277)
Ia tidak menunjukkan kepada
amal soleh bukan daripada iman. Tetapi maknanya ialah orang beriman itu lemah
imannya – kerana mereka berpindah daripada kekufuran – kemudian dia tidak
berhenti sekadar itu sahaja tetapi mereka menambah dengan amal soleh. Mereka beramal
dengannya sehingga ia meningkat daripada peringkat minima kepada sempurna.
Atau kita katakan: Maksudnya
ialah orang yang beriman itu adalah mereka beriman dengan Allah (billah)
manakala orang beramal soleh pula adalah beriman kepada Allah (Lillah). Ia adalah
dua jenis iman yang telah kami jelaskan sebelum ini. Justeru itu ia dinamakan
dengan dua nama, WallahuA`lam.
[2] Di dalam
cetakkan lain disebutkan bahawa Imam Ahmad berkata. Imam Ahmad di sini dirujuk
kepada nama Imam al-Baihaqi iaitu Abu Bakar Ahmad bin al-Husain al-Baihaqi.
[3] Perawi yang
disebutkan di dalam hadis ini adalah dipercayai (Siqah). Mereka adalah
perawi-perawi hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab
Sahih mereka berdua.
[4] Maulana
Muhammad Asri ketika memberi ulasan terhadap hadis ini berkta bahawa sebahagian
ulama memberi maksud at-Thuhur ini dengan makna berwudhuk, manakala al-Iman itu
pula adalah solat. WallahuA`lam.
0 Comments
Post a Comment