Imam al-Baihaqi
Nama beliau ialah Abu Bakar Ahmad bin
al-Husain bin Ali bin Musa al-Baihaqi an-Naisaburi al-Khusraujirdi. Al-Imam
al-Hafiz al-`Allamah al-Muhaddis al-Faqih al-Usuli az-Zahid. Dinisbahkan namanya
kepada ‘Baihaq’ iaitu satu perkampungan Khusraugird di hujung Naisabur, Khurasan
tamadun Parsi lama. Kini kawasan tersebut adalah di bawah pemerintahan Iran.
Baihaq moden disebut dengan istilah ‘Sabzevar’.
Kedudukan tempat ini adalah di timur laut Iran.
Imam al-Baihaqi dilahirkan pada bulan
Sya`ban tahun 384 Hijriyah dan meninggal dunia pada bulan Jumadil Awal 458
Hijriyah di Naisabur dan dikuburkan di Baihaq.
Al-Hafiz al-Baihaqi ialah salah
seorang ulama yang hidup dengan zuhud dan wara’ tetapi beliau sangat
mementingkan ilmu dengan banyak menghafal serta menyelidik. Beliau tidak memisahkan
antara hafalan dan kefahaman, tetapi beliau menjadikan kefahaman sebagai salah
satu perkara yang amat penting di dalam hafalannya.
Imam al-Baihaqi dikenali sebagai
seorang ulama yang bersifat seimbang di dalam segala aspek. Beliau telah mengungguli
kezuhudan di dalam ilmu, ibadah, hafalan, wara`, kritis, istiqamah dengan
tawaduk, serta kuat mengulangkaji ilmu.
Beliau memulakan kembara ilmu pada
usia lima belas tahun. Beliau tidak pernah menuntut ilmu di tempatnya tetapi
mendapatkan ilmu di tempat-tempat lain seperti Iraq, Naisabur, Baghdad, Kufah,
Mekah, Hijaz, Thobiran, dan Damighan.
Dalam kembara tersebut, beliau
mengumpulkan hadis sepertimana yang telah dilakukan oleh ulama-ulama hadis
sebelumnya seperti Imam al-Bukhari dan Muslim. Lalu beliau mula dengan menulis
Kitab al-Adab, dan kitab-kitab lain.
Penulisan Imam al-Baihaqi:
1.
الآداب
2.
اثبات الرؤية مخطوط
3.
اثبات عذاب القبر
4.
الخاتم
5.
حياة الأنبياء
6.
دلائل النبوة
7.
السنن الكبرى
8.
السنن الصغرى
9.
أحكام القرآن
10. الأسماء
والصفات
11. الإعتقاد
12. البعث
والنشور
13. الأربعون
الكبرى والأربعون الصغرى
14. الألف
مسألة
15. بيان
خطأ على الشافعي
16. تخريج
أحاديث الأم
17. الدعوات
الكبير
18. الخلافيات
بين الشافعي وأبي حنيفة
19. الزهد
الكبير
20. رسالة
إلى أبي محمد الجويني
21. معرفة
السنن والآثر
22. القراءة
خلف الإمام
23. المدخل
إلى كتاب السنن
24. مناقب
الشافعي
25. القضاء
والقدر
26. فضائل
الأوقات
27. الجامع
لشعب الإيمان
Beberapa kitab al-Imam al-Baihaqi
tidak ditemui dan dianggap hilang oleh para ulama.
Pujian Ulama Terhadap Imam al-Baihaqi
Imam as-Subki berkata: “al-Imam
al-Baihaqi ialah salah seorang daripada imam-imam umat Islam. Beliau menjadi
pembantu menunjukkan jalan buat orang-orang beriman, dia mengajak kepada ikatan
Allah yang kukuh. Beliau ialah yang amat fakih, ulama hadis yang besar, usuli
yang hebat, seorang yang zuhud lagi warak, teguh pada Allah, dia bangun untuk
membela mazhab secara usul dan furu`, serta gunung daripada gunung ilmu.”
Imam al-Haramain berkata:
ما من فقيه شافعي إلا وللشافعي عليه
منة إلا أبا بكر البيهقي، فإن المنة له على الشافعي لتصانيفه في نصرة مذهبه
Tidak seorang pun yang Syafi` (faqih)
melainkan berhutang budi kepada asy-Syafii. Kecuali Abu Bakar al-Baihaqy kerana
Asy-Syafii pula berhutang budi kepadanya di atas penulisan-penulisan beliau di
dalam membela mazhabnya.
Az-Zahabi pula berkata:
لو شاء البيهقي أن يعمل لنفسه مذهبا
يجتهد فيه لكان قادرا على ذلك لسعة علومة، ومعرفته بالاختلاف
Seandainya Al-Baihaqi mahu membuat mazhab
untuk dirinya di mana dia berijtihad, nescaya dia mampu melakukannya kerana
keluasan ilmu dan pengetahuannya tentang perselisihan ulama.
Kitab Syuabul Iman
Kitab Syuabul Iman atau judul asalnya
ialah “al-Jami` Li Syu`abul Iman” ialah kitab yang sangat penting di dalam
mengumpulkan rangkaian-rangkaian sanad dan jalan-jalan periwayatan hadis.
Sejarah penulisan Kitab Ini:
Imam Abi Abdullah al-Husain bin
al-Hasan al-Halimi asy-Syafii yang meninggal pada atahun 403 Hijriyah menulis
sebuah buku berjudul (المنهاج
في شعب الإيمان)
di dalam kitab 3 jilid. Ia adalah kitab yang agung yang mengumpulkan
hukum-hakam yang banyak, persoalan-persoalan fikah dan lain-lain yang berkaitan
intipati iman, tanda-tanda kiamat serta keadaan kiamat.
Kemudian, Imam al-Baihaqi menjadikan
buku tersebut lebih bernilai dengan menggunakan kaedah-kaedah ahli hadis di
dalam menguatkan hujah dan perbahasan.
Imam al-Baihaqi berkata: “Aku dapati
Abu Abdullah al-Husain bin al-Hasan al-Halimi rahimnahullah waiyyahu telah
menjelaskan berkaitan cabang-cabang iman di dalam penulisan buku beliau berjudul
al-Minhaj. Difokuskan di dalam kitab tersebut pada hadis-hadis Rasulullah SAW
tentang hakikat setiap cabang-cabang iman dan penjelasan yang diperlukan. Ia dikukuhkan
dengan al-Akhbar (hadis-hadis) dan al-Asar (kisah-kisah) yang mencukupi. Lalu aku
meneladani beliau di dalam pembahagian hadis-hadis kepada bab-bab. Serta aku
coretkan daripada kata-kata beliau bagi menjelaskan maksud pada setiap bab. Beliau
telah meringkaskan isu tersebut kepada menyebutkan kandungan (matan) hadis dan
membuang rangkaian sanad bagi membolehkan menjadi ringkasan, sedangkan aku pula
sepertimana (jejak langkah) para ahli hadis lebih suka menyertakan rangkaian
sanad dan kisah-kisah dengan sanad-sanadnya serta meringkaskannya selagi tidak
terpselubung dengan penipuan.”
Justeru itu, kita faham bahawa Imam
al-Baihaqi tidak mahu memasukkan sebarang hadis palsu di dalam buku ini kerana
ia mensyaratkan perkara tersebut.
Ringkasan Pengenalan Kitab
Imam Baihaqi menyusun kitab ini
berdasar sebuah hadits riwayat
al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan:
Diceritakan kepada kami oleh Zuhair bin Harb, diceritakan kepada kami oleh
Jarir, daripada Suhail, daripada Abdullah bin Dinar, daripada Abi Soleh,
daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«الْإِيمَانُ
بِضْعٌ وَسَبْعُونَ - أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ - شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ،
وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيمَانِ»
Iman terpecah kepada beberapa dan tujuh puluh – atau beberapa dan enam
puluh cabang. (cabang) yang terbaik ialah ucapan Tiada Tuhan Melainkan Allah,
(cabang) yang paling rendah ialah menyingkirkan sesuatu yang menyakiti (orang
ramai) di atas jalan, dan malu adalah satu cabang daripada iman.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari: Bilangan 35)
Kitab karya Imam Baihaqi ini disusun
kembali oleh Abu al-Ma’ali ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-Qazwini dan ditahqiq oleh
Syaikh ‘Abdul Qadir al-Arna’uth.
1.
Beriman kepada Allah ta'ala
2.
Beriman kepada para Rasul Allah 'alaihim as-salaam
3.
Beriman kepada para malaikat Allah
4.
Beriman kepada Al-Quran dan semua kitab yang terdahulu
5.
Beriman kepada qadar (ketentuan) dari Allah, yang baik mahupun yang
buruk
6.
Beriman kepada hari akhir
7.
Beriman kepada kebangkitan setelah kematian
8.
Beriman bahawa manusia akan dikumpulkan (di mahsyar) setelah mereka
dibangkitkan, sampai mereka dipanggil satu per satu menghadap Allah
9.
Beriman bahawa tempat tinggal kaum beriman di akhirat adalah surga,
sementara tempat tinggal kaum kafir adalah neraka
10.
Beriman kepada wajibnya mahabbah (mencintai) Allah ta'ala
11.
Beriman kepada wajibnya khauf (merasa takut) kepada Allah ta'ala
12.
Beriman kepada wajibnya raja' (berharap) kepada Allah ta'ala
13.
Beriman kepada wajibnya tawakkal (bersandar) kepada Allah ta'ala
14.
Beriman kepada wajibnya mencintai Nabi shalla-llahu 'alaihi wa aalihi
wasallam
15.
Beriman kepada wajibnya mengagungkan, menghormati dan memuliakan Nabi
shalla-llahu 'alaihi wa aalihi wasallam
16.
Tidak rela melepas agamanya, sampai tingkatan lebih suka dilemparkan ke
dalam api daripada menjadi kafir
17.
Mencari ilmu
18.
Menyebarkan ilmu
19.
Mengagungkan Al-Qur'an, iaitu dengan mempelajari, mengajarkan,
memelihara batas-batas serta hukum yang ditetapkannya, memahami halal-haramnya,
menghormati ahli Al-Quran dan para hafiz-nya, menangis tatkala mendengar janji
dan ancaman Allah di dalamnya
20.
Bersuci
21.
Solat lima waktu
22.
Zakat
23.
Puasa
24.
I'tikaf
25.
Haji
26.
Jihad
27.
Berjaga di medan perang (ribat) di jalan Allah ta'ala
28.
Teguh menghadapi musuh dan tidak melarikan diri (desersi) dari medan
perang
29.
Bagi yang mendapat ghanimah, menyerahkan seperlima darinya untuk imam
dan para pejabat yang ditunjuk untuk mengumpulkannya
30.
Memerdekakan budak semata-mata mengharap wajah Allah ta'ala
31.
Menunaikan kaffarat yang wajib bagi yang melanggar hukum jinayat
32.
Memenuhi janji
33.
Menghitung-hitung nikmat Allah dan mensyukurinya
34.
Menjaga lisan dari hal-hal yang tidak ada perlunya
35.
Menjaga amanat dan menunaikannya kepada yang berhak
36.
Mengharamkan pembunuhan dan tindakan jinayat kepada siapapun
37.
Mengharamkan kemaluan dari hal terlarang dan berusaha mejaga kehormatan
diri
38.
Menahan tangan dari harta (yang bukan haknya)
39.
Wajib bersikap wara' dalam hal makanan, minuman, dan menjauhi hal-hal
yang tidak dihalalkan
40.
Tidak mengenakan pakaian atau menggunakan wadah-wadah yang haram atau
makruh
41.
Mengharamkan permainan dan kegiatan selingan yang bertentangan dengan
syari'at
42.
Berhemat dalam membelanjakan harta dan mengharamkan makan harta secara
batil
43.
Meninggalkan dendam dan iri dengki
44.
Mengharamkan merusak kehormatan orang lain dan tidak menodainya dengan
cara apapun
45.
Mengikhlaskan amal semata-mata untuk Allah dan tidak riya'
46.
Merasa gembira terhadap kebaikan dan sedih terhadap keburukan
47.
Mengobati setiap dosa dengan bertaubat
48.
Berkurban, termasuh kurban dalam rangkaian ibadah haji, sembelihan
kurban di luar ibadah haji, dan akikah
49.
Menaati perintah
50.
Berpegang teguh terhadap apa yang dipegangi oleh jamaah kaum muslimin
51.
Menetapkan hukum diantara manusia secara adil
52.
Amar ma'ruf nahi munkar
53.
Saling menolong dalam kebajikan dan taqwa
54.
Malu
55.
Berbakti kepada kedua orang tua
56.
Menyambung tali persaudaraan (silaturrahim)
57.
Berakhlaq yang baik
58.
Berbuat ihsan kepada budak, termasuk pembantu
59.
Hak seorang majikan atas budaknya
60.
Hak anak dan keluarga
61.
Bergaul akrab dengan orang yang taat beragama, mencintai mereka,
menebarkan salam kepada mereka, berjabat tangan dengan mereka, dan beragam
tindakan lain yang dapat mempererat jalinan cinta kasih dengan mereka
62.
Menjawab salam
63.
Mdnjenguk orang sakit
64.
Menyalati jenazah sesama muslim
65.
Mendoakan orang yang bersin
66.
Menjauhi orang-orang kafir dan orang-orang yang suka menebar kerusakan,
serta bersikap keras kepada mereka
67.
Memuliakan tetangga
68.
Memuliakan tamu
69.
Menutupi kesalahan orang-orang yang berdosa
70.
Bersabar menghadapi musibah dan segala yang menarik bagi jiwa, yakni
kelezatan dan syahwat
71.
Zuhud dan pendek angan-angan
72.
Cemburu dan tidak mengizikan pergaulan bebas
73.
Berpaling dari hal yang main-main
74.
Murah hati dan dermawan
75.
Menyayangi yang lebih kecil dan menghormati yang lebih tua
76.
Mendamaikan dua orang yang bersengketa
77.
Menyayangi setiap manusia
WallahuA`lam.
Tamat.
Ustaz Syihabudin Ahmad
Editor Syariah Kemilau Publika SDN
BHD
Ijazah Sarjana Muda Syariah
Universiti Al-Azhar, Dumyat, Mesir
Pengajian di SurauAn-Nur,Taman Cahaya
Alam, Seksyen U12, Shah Alam.
Tarikh: 2 Mei 2015