Di
dalam pengajian Sirah, kita akan mempelajari tiga perkara berikut:
❶ Keseluruhan kehidupan
Nabi Muhammad ﷺ sejak baginda belum lahir sehingga meninggal dunia.
Nabi
Muhammad ﷺ pernah bersabda:
أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ
عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ
Aku adalah Sayyid (pemimpin)[1] anak Adam pada
hari kiamat. Aku adalah orang pertama yang dikeluarkan daripada kubur, dan yang
pertama yang memberikan syafaat, dan orang pertama yang diberi hak memberikan
syafaat.
[HR
Muslim: 2278, Sahih]
Justeru itu, sejarah manusia manakah yang lebih mulia
dan penting untuk dinilai dan dikaji berbanding sejarah pemimpin anak Adam ini?
❷ Kehidupan para sahabat
Nabi Muhammad ﷺ yang sentiasa bertukus lumus memperjuangkan agama bersama
baginda ssehingga ke akhir hayat mereka.
Para
sahabat Nabi ialah orang yang sangat penting dalam membantu perjuangan Nabi
Muhammad ﷺ. Mereka inilah yang diiktiraf oleh Allah
SWT di dalam ayat 110, surah Ali Imran:
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ
بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ ... ١١٠
110. Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...
[Ali Imran: 110]
Bahkan Nabi Muhammad ﷺ senddiri mengiktiraf mereka di dalam sabda baginda:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي،
ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
Sebaik-baik manusia adalah di
kurunku, kemudian orang yang selepas mereka, kemudian yang selepas mereka.
[HR Al-Bukhari: 2652, Sahih]
❸ Sejarah penyebaran agama
Islam yang bermula dengan perintah wahyu “iqra’” di dalam gua Hira’ sehingga
sekarang.
Agama
ini adalah agama yang terbaik dan sempurna. Ia tidak berhenti sekadar Nabi dan
para saahabat baginda. Ia sentiasa berterrusan sehinggalah berlakunya kiamat.
Justeru itu, pendidikan sirah membuka
lembaran-lembaran sejarah dalam memahami kehebataan dan kemuliaan agama pilihan
Tuhan ini.
[1] Al-Harawi berkata: Perkataan as-Sayyid membawa maksud seseorang
yang paling terkedepan dalam satu kaum dalam melakukan kebaikan. Pendapat yang
lain pula menyatakan as-Sayyid ialah gelaran bagi seseorang yang sentiasa
menjaga kebajikan kaumnya serta sentiasa mempertahankan mereka sehingga membawa
mereka kepada darjat kemuliaan yang terhormat.