❷ Melarang
keluar setelah Maghrib melainkan untuk pergi mengaji
❸ Menutup pintu
dan tingkap rumah sambil berzikir
Orang Melayu telah melakukan ketiga-tiga
perkara di atas dengan sedar atau tidak sedar bahawa mereka telah melakukan
sesuatu yang diperintahkan oleh Nabi SAW.
► Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا اسْتَجْنَحَ اللَّيْلُ،
أَوْ قَالَ: جُنْحُ اللَّيْلِ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ [ص:124]، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ
تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنَ العِشَاءِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقْ
بَابَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ، وَأَطْفِئْ مِصْبَاحَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ،
وَأَوْكِ سِقَاءَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ، وَخَمِّرْ إِنَاءَكَ وَاذْكُرِ اسْمَ
اللَّهِ، وَلَوْ تَعْرُضُ عَلَيْهِ شَيْئًا
Jika kamu berada di ambang senja hari atau pada
saat hari beranjak gelap (maghrib), maka laranglah anak-anak kamu daripada
keluar rumah kerana sesungguhnya Jin berkeliaran pada waktu tersebut. Dan
ketika hari benar-benar gelap gelita (malam hari), maka suruhlah anak-anak
kalian tetap di rumah. Tutuplah pintu-pintu rumah kalian dan sebutlah nama
Allah. Padamkan lampu-lampu kalian dan sebutlah nama Allah. Ikatlah minuman
kalian dan sebutlah nama Allah. Tutuplah sisa makanan kalian dan sebutlah nama
Allah.”
(HR al-Bukhari : 3280, Kitab Permulaan
Penciptaan, Bab Sifat Iblis dan Tenteranya. Hadis ini Sahih)
► Rasulullah SAW juga bersabda:
غَطُّوا الْإِنَاءَ، وَأَوْكُوا
السِّقَاءَ، وَأَغْلِقُوا الْبَابَ، وَأَطْفِئُوا السِّرَاجَ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ
لَا يَحُلُّ سِقَاءً، وَلَا يَفْتَحُ بَابًا، وَلَا يَكْشِفُ إِنَاءً، فَإِنْ لَمْ
يَجِدْ أَحَدُكُمْ إِلَّا أَنْ يَعْرُضَ عَلَى إِنَائِهِ عُودًا، وَيَذْكُرَ اسْمَ
اللهِ، فَلْيَفْعَلْ، فَإِنَّ الْفُوَيْسِقَةَ تُضْرِمُ عَلَى أَهْلِ الْبَيْتِ بَيْتَهُمْ
“(Jika kalian
hendak tidur) Tutuplah bekas-bekas makanan dan minuman, kuncilah pintu dan
padamkanlah lampu. Sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka penutup minuman,
tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat mengangkat penutup makanan. Jika
kalian hanya dapat melintangkan sebatang kayu sahaja di atas bekas makanannya
lalu menyebut nama Allah, maka lakukan kerana tikus dapat mencelakakan penghuni
rumah dengan membakar rumahnya.”
(HR Muslim :2012,
Kitab Minuman, Bab Suruhan Menutup Bekas Makanan)
► Imam An Nawawi memberi ulasan
berkaitan hadis Muslim: 2012 di atas:
“Hadis ini mempunyai kumpulan jenis-jenis
perbuatan baik dan adab yang mengumpulkan kebaikan akhirat dan dunia.
Rasulullah SAW menyuruh untuk melakukan adab-adab ini kerana ia menjadi
penyebab keselamatan dari kejahatan Syaitan. Allah menjadikan perbuatan ini
sebab-sebab dari terkena kejahatannya, maka syaitan tidak mampu membuka bekas
makanan, minuman, tidak boleh membuka pintu, serta tidak dapat menyakiti bayi
dan sebagainya atas sebab-sebab ini.
Demikian juga apabila seseorang hamba masuk ke
rumah dengan membaca Bismillah, maka syaitan akan berkata; Ini bukan suatu
rumah- maksudnya kami tidak berkuasa untuk bermalam dengan penghuninya.”
(Ruj: Syarah Sahih Muslim oleh An-Nawawi)
► Kata-kata orang dulu, “Jangan
keluar, nanti hantu tangkap.” Adalah suatu kata-kata yang bersifat
berlebih-lebihan dan tidak perlu diteruskan. Tetapi ia boleh diganti dengan
ucapan, “Rasulullah larang kita keluar waktu maghrib kerana waktu ini jin berkeliaran.”
► Realiti yang berlaku hari ini,
anak-anak dibiarkan keluar tanpa mengira waktu dan masa. Sehingga akhirnya
mereka terlalu bebas tanpa perhatian yang tinggi daripada ibu bapa.
WallahuAlam.