قَالَ: اسْتَبَّ رَجُلَانِ
عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَعَلَ أَحَدُهُمَا يَغْضَبُ
وَيَحْمَرُّ وَجْهُهُ، فَنَظَرَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
فَقَالَ: " إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ ذَا عَنْهُ: أَعُوذُ
بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ " فَقَامَ إِلَى الرَّجُلِ رَجُلٌ مِمَّنْ
سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أَتَدْرِي مَا قَالَ رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آنِفًا؟ قَالَ: " إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً
لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ ذَا عَنْهُ: أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
" فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ: أَمَجْنُونًا تَرَانِي؟
Sulaiman bin Surod bercerita,
“Dua orang pemuda saling mencaci di hadapan Rasulullah saw. Terlihat mata salah
seorang daripada keduanya mulai merah dan urat lehernya membesar. Rasulullah
saw melihatnya lalu berkata, “Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang jikalau
diucapkan, maka akan hilanglah kemarahan daripada diri manusia, iaitu “Aku
berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.” Lelaki yang tidak mendengar
kata-kata Rasulullah pergi kepada lelaki yang yang mendengar lalu bertanya, “Adakah
kamu mendengar apa yang dikatakan oleh Rasulullah sebentar tadi?” Lelaki itu
menjawab, “Sesungguhnya aku tahu suatu kalimat yang jikalau diucapkan, maka
akan hilanglah kemarahan daripada diri manusia, iaitu “Aku berlindung kepada
Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.” Lalu lelaki itu berkata, “Apakah
engkau menyangka aku gila?”
(HR Muslim, 2610.
Kitab Kebaikan, Bab Kelebihan Menguasai Diri)