▶Jawapan: Harus.
Penjelasan: Dr. Wahbah az-Zuhaili menyebutkan dalam kitab Fiqh al-Islami, "... adapun pada hal membawa dan memberikan daging korban kepada orang di tempat lain, para ulama berbeza pendapat berkaitannya.
◆Mazhab Hanafi: Makruh sepertimana zakat melainkan jika diberikan kepada ahli keluarga, atau kepada kumpulan yang lebih memerlukan di tempat ;ain. Sekiranya bukan dari golongan tersebut, maka ia sah tetapi makruh.
◆Mazhab Maliki: Tidak boleh memberikan daging korban kepada orang yang berada dalam jarak yang boleh dilakukan solat qasar atau lebih jauh dari itu. Sekiranya orang yang berada jauh itu lebih memerlukan, maka harus memberikannya dalam keadaan hendaklah ditinggalkan sedikit kepada orang tempatan.
◆Mazhab Hanbali dan Syafii: Harus memberikan daging korban kepada orang yang berada dalam jarak yang kurang dari jarak melakukan solat qasar (lebih kurang 84Km) Dan menjadi haram kepada orang yang berada jauh dari jarak berkenaan.
▶ Pendapat terpilih: Majoriti ulama semasa memilih pendapat yang membolehkan untuk memberikan daging korban kepada orang yang lebih memerlukan serta ahli keluarga yang berada di luar kawasan. Inilah yang menjadi amalan negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Perlu kita ingat bahawa antara tujuan besar pada ibadah korban ini adalah mendahulukan keperluan serta membantu meringankan bebanan orang miskin dan memerlukan.
WallahuA`lam.