Orang beli buku kerana pelbagai sebab.
Ada buku dibeli kerana ingin menagih ilmu,
Ada buku dibeli untuk koleksi,
dan ada buku dibeli kerana tujuan yang lain.
Saya juga ada tujuan yang banyak ketika membeli buku.
Hari ini, selepas menghadiri sesi bedah buku Syoknya Nikah Muda yang diulas oleh penulisnya sendiri iaitu Mohd Sabri Jamaludin, saya mencari beberapa buah buku.
1- Holy Bible
Ini buku pertama yang saya beli dengan harga RM 23.00. Mengapa saya membeli buku ini? Adakah saya mahu menjadi murtad kerana mahu membaca kitab suci bagi agama Kristian?
Owh tidak.
Saya membeli buku ini supaya saya tidak menyakiti rakan-rakan saya dari kalangan penganut agama Kristian.
Sebagai seorang Editor Syariah, saya mesti memastikan setiap fakta agama itu benar. Begitu juga, saya hendaklah memastikan tiada sebarang fitnah ditimbulkan sekalipun fitnah itu kepada Kristian.
Jika anda mengatakan Bible mengatakan itu dan ini, maka saya sudah ada Bible untuk dirujuk. Setakat ini, alhamdulillah saya sudah ada 2 versi Bible yang dijadikan rujukan sekalipun saya tahu, Bible ini mempunyai terlalu banyak Versi.
2&3. Bongkar Gaya Jutawan Islam & Ilmu Tauhid
Saya menjadi Editor Syariah untuk dua buku ini. Ketika mengedit, saya berada di Mesir ketika itu. Jadi saya tidak berpeluang memilikinya. Maka, saya membeli kerana mahu menyimpan koleksi hasil kerja.
4&5. Makkah & Madinah
Kedua-dua buku di atas adalah buku tulisan seorang guru yang saya sangat hormati iaitu al-Fadhil al-Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman. Justeru itu, saya yakin dan percaya buku ini akan menambahkan ilmu saya. Maka saya akan baca dari kulit ke kulit!
6&7&8. Nikmatnya Berpuasa & Isu Akidah Antara Salaf dan Khalaf & 24 Jam
Ini adalah buku terjemahan.
Buku nikmatnya puasa adalah buku yang saya pernah berusaha untuk terjemah ketika di Mesir. Ia buku yang jarang ditemui dalam pasaran. Jadi, saya mahu memilikinya untuk rujukan terjemahan.
Demikian juga buku Isu Akidah yang ditulis oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Saya sudah memiliki buku asal di dalam bahasa Arab dan telah membacanya. Maka saya tidak akan ketinggalan mendapatkan buku yang sudah diterjemah.
Buku 24 Jam Dipayungi Syariat pula merupakan buku terjemahan kepada Matan Abi Syuja` yang menjadi rujukan dalam Mazhab Asy-Syafiie. Saya sudah menghabiskan bacaan kitab kecil berbahasa Arab dan menghafal sebahagian kitab kecil ini di Rumah Pelajar-Pelajar Perlis di Mesir.
Demikianlah.
Setiap orang mempunyai tujuan yang pelbagai ketika membeli buku.
Anda pula, bagaimana?
Ustaz Syihabudin Ahmad - USA,
Sg. Buloh, Selangor.

0 Comments
Post a Comment