Menurut Syeikh Muhammad Hassan, mimpi ini terjadi berkumungkinan dari 3 punca.

1- Anugerah dari Allah.
2- Mainan Syaitan.
3- Kesan dari kehidupan seharian.

Apabila mendapat mimpi baik, hendaklah orang itu mengucapkan syukur kepada Allah. Dia pula tidak perlu untuk bercerita kepada semua orang melainkan kepada orang yang dia suka sahaja.

Apabila dia mendapati mimpi buruk pula, tidak perlu dia takut atau bimbang. Tidak dibenarkan pula dia menceritakan kepada orang lain.

Mimpi ini akan bergerak seiring dengan Taqdir dan kehendak Allah. Segalanya atas kekuasaan Allah yang Maha Agung dan Terpuji.

Apabila Abu Bakar berjumpa Rasulullah saw dan bertanya tentang mimpinya, baginda rasul menjawab "Mimpimu itu kadangkala benar, kadangkala tidak." Itu mimpi Abu Bakar, bagaimana pula kita?

《Like》 www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam.

 

http://www.youtube.com/watch?v=FA0sNHiZ5W4