Selepas al-quran,
hadis ialah gedung ilmu yang menjadi sandaran bagi setiap guru dalam mengajar,
panutan penceramah dalam penyampaiannya serta tunjang khatib dalam pidatonya. Tiada
seorang muslimpun yang mampu menafikan hal ini melainkan dia tidak mempunyai
asas ilmu pengajian Islam yang formal.
Hadis adalah adalah
panutan yang telah disepakati dalam mencari jalan-jalan suluk, penyucian jiwa,
sepertimana ia adalah sandaran di dalam hukum, fiqh ibadat dan muamalat.
Oleh itu, ulama suluk,
rijal tarbiyyah ruhiyyah, Syuyukh Tasawwuf yang dulu-dulu telah bersepakat
bahawa setiap salik atau anggota tarikat hendaklah berpegang teguh kepada Hadis
dalam pemikirannya, ibadatnya serta jalan suluknya.
Abu Nu`aim al-Asbahani
(430H) telah merekodkan kata-kata Al-Imam al-Junaid al-Baghdadi rahimahullah di
dalam kitabnya Hilyatul Awliya’ Wa Tabaqatul Asfiya’:
«الطُّرُقُ كُلَّهَا مَسْدُودَةٌ عَلَى الْخَلْقِ إِلَّا مَنِ اقْتَفَى
أَثَرَ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , وَاتَّبَعَ سُنَّتَهُ
وَلَزِمَ طَرِيقَتَهُ , فَإِنَّ طُرُقَ الْخَيْرَاتِ كُلَّهَا مَفْتُوحَةٌ
عَلَيْهِ»
Kesemua jalan tarikat
telah tertutup bagi makhluk melainkan yang mengikuti kesan peninggalan Rasulullah
SAW, mengikuti sunnah baginda serta melazimi jalan tarikatnya. Kerana semua
jalan kebaikan hanya terbuka penuh kepadanya.
Di dalam Risalah
Al-Qusyairiyyah, direkodkan bahawa Imam Al-Junaid rahimahullah berkata:
مَنْ
لَمْ يَحْفَظِ الْقُرْآنَ وَلَمْ يَكْتُبِ الْحَدِيثَ لا يُقْتَدَى بِهِ فِي هَذَا
الأَمْرِ، لأَنَّ عِلْمَنَا مُقَيَّدٌ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ
Sesiapa yang tidak
menghafal al-Quran, tidak menulis hadis – maka dia tidak boleh diteladani di
dalam urusan ini (tasawwuf). Kerana ilmu kita terikat dengan Al-Kitab dan
al-Sunnah.
Oleh itu kita dapat
faham bahawa Hadis adalah panutan utama ulama-ulama tasawwuf yang awal. Cuma
berlaku sebaliknya hari ni. Sebahagian kumpulan yang mendakwa mencebur diri di
dalam tasawwuf telah mengabaikan aspek hadis sehingga tidak lagi menghiraukan
sama ada ia sahih, hasan, dhaif ataupun palsu.
Bahkan, mereka
mempertahankan yang Dhoif seperti Sahih. Mengabaikan yang Sahih dengan alasan
yang Dhoif. Inilah musibah yang berlaku dalam pemikiran tasawwuf hari ini. Para
ulama kita sentiasa memberikan teguran dalam penulisan dan ucapan-ucapan
mereka.
Tasawwuf adalah jalan
penyucian jiwa, tetapi apabila diambil tanpa disiplin daripada tokoh-tokoh
seperti al-Imam al-Junaid rahimahullah, maka ia menyimpang daripada jalannya.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi
di dalam bukunya “Kaifa Nata`amul Ma`al Sunnah al-Nabawiyyah” bercerita:
Kecacatan yang berlaku
kepada ramai penceramah dan khatib di Masjid dalam kebanyakkan negara umat
Islam ialah mereka menjadi seolah-olah “Pencari kayu api pada malam hari”
(Mereka ambil semua tanpa membuat semakan terlebih dahulu). Tujuannya supaya
dapat menyentuh hati orang awam dengan panutan hadis-hadis tanpa dia hiraukan
ia sahih, ataupun hasan.
Sudah seringkali saya saksikan
khutbah jumaat atau ceramah agama, yang mengandungi banyak hadis-hadis yang
dhoif, bahkan terlalu Dhoif. Kadang-kadang, palsu pun ada.
Pernah terjadi, saya
hadir dalam satu khutbah yang membincangkan isu Sirah Nabi. Ia membincangkan
isu peribadi Nabi, kesucian perjalanan hidup baginda, kehebatan sikapnya serta
keagungan akhlak baginda Nabi SAW. Satu tema yang sebenarnya sangat kaya dengan
fakta-fakta kuat yang jelas daripada al-Quran dan hadis-hadis sahih.
Tetapi si Khatib tidak
menyebutkan hadis sahih ataupun hasan melainkan 2 atau 3 sahaja. Kebanyakkan
hadis yang dia sebutkan antara lemah, munkar ataupun palsu. Atau hadis yang
tidak pernah ditemui asalnya. Yang ulama kata,
لا خُطُم لها ولا
أزمّة
Tiada sebarang rujukan dan sumber.
Antaranya dia sebut:
-
Makhluk pertama yang diciptakan Allah ialah nur Muhammad
-
Allah menghidupkan semula mak ayah Nabi Muhammad kemudian kedua-duanya
Islam atas tangan Nabi Muhammad.
-
Sesiapa yang diberi nama Muhammad maka telah wajib mendapat syafaat.
-
Demikian juga Kisah-kisah pelik berlaku ketika kelahiran Nabi
-
Dan sebagainya
Tetapi yang paling
pelik ialah yang saya dengar pada isu kelebihan umat Nabi SAW. Iaitu hadis:
عُلَمَاءُ أُمَّتِي كَأَنْبِيَاءِ
بَنِي إِسْرَائِيلَ
Ulama umat aku adalah seperti para Nabi dalam kalangan bani Israil.
Hadis ini memang
popular. Tetapi popular dengan kepalsuan. Bahkan dalam kitab-kitab Mustalah
para ulama mengatakan ia adalah hadis palsu.
Tetapi si Khatib mahu
mempertahankan kesahihannya dengan membawa kisah yang intinya ialah:
Imam Abu Hamid
al-Ghazzali telah bertemu Musa di dalam mimpi atau alam roh. Lalu Kalimullah
Musa bertanya: Siapa nama kamu? Al-Ghazzali menjawab: Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad al-Ghazzali al-Thuwsi… Nabi Musa berkata: Aku hanya tanya nama kamu,
aku tak bertanya tentang nasab keturunan kamu. Al-Ghazzali berkata: Allah
pernah bertanya kamu (musa), apa yang ada di tangan kananmu. Tetapi kamu tidak
hanya menjawab: Tongkat, kemudian kamu diam. Tetapi kamu kata: ia adalah
tongkat yang aku buat bersandar, aku memukul daun dengannya untuk kambing-kambingku
dan masih ada lagi keperluan lain.
Khatib itu berkata
lagi: Dengan itu, al-Ghazzali telah menang hujah melawan musa. Dengan itu si
Khatib telah mensabitkan kesahihan hadis yang palsu. Dengan itu, kisah-kisah
peliknya, kisah-kisah mimpi, kisah-kisah israiliyyat menjadi lebih laku
daripada hadis-hadis sahih dan hasan.
(Inilah yang
al-Qaradhawi sebut di dalam kitabnya) Wallahualam.
Sepertimana yang
dikatakan al-Qaradhawi, penceramah seringkali mengambil cerita tanpa
menyelidikinya terlebih dahulu. Asalkan dapat mennyentuh hati pendengar,
diborong semuanya dalam satu bakul!
Ya, kisah Imam
al-Ghazzali dengan Musa ini disebutkan dalam kitab. Disebut dalam Tafsir Ruhul
Bayan pada jilid 1, halaman 248, tetapi kita tekankan bahawa setiap apa yang
ada dalam kitab, belum tentu benar.
Mengapa mahu sebut
hadis palsu “Ulama umat aku adalah seperti para Nabi dalam kalangan bani
Israil.” Sedangkan telah ada hadis sahih
إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ
الْأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا
دِرْهَمًا، إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya ulama
adalah perwaris para nabi. Dan para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham,
tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, ambillah sepenuhnya.”
Kenapa perlu angkat
Imam al-Ghazzali dengan dakwaan mimpi yang belum tentu benar. Sedangkan seluruh
ulama telah bersepakat mengambil ilmu daripada beliau.
Al-Maududi berkata di
dalam A Short History of the Revivalist Movement In Islam, hlm. 58.
“Al-Ghazālī telah
berjaya membetulkan kesilapan ahli-ahli falsafah dan ahli kalam. Beliau menjelaskan kepada orang Islam bahawa
kepercayaan terhadap agama mereka bukanlah bergantung kepada
hipotesis-hipotesis yang tidak rasional tetapi mesti bersandarkan kepada
dasar-dasar yang teguh dan nyata.”
Al-Imam al-Ghazzali
rahimahullah adalah permata agung dalam dunia Islam. Sehingga kita menggelarnya
Hujjatul Islam. Namun sedih dan malangnya, apabila ada yang menganggap
al-Ghazzali seperti tokoh yang khayal dan sentiasa bermain dengan istilah
kesufian yang tiada makna.
Sehingga berlaku dalam
hadis palsu ini. Menggunakan al-Ghazzali untuk mengangkat menjadi sahih. Ia
adalah musibah di atas musibah.
Owh, ada sebahagian
kita kata; Kisah Imam Ghazali berhujah dengan nabi Musa itu berlaku di dalam
mimpi. Maka tak ada salah terima mimpi.
Nabi Muhammad SAW
bersabda:
إِنَّ الرُّؤْيَا
ثَلَاثٌ: مِنْهَا أَهَاوِيلُ مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ بِهَا ابْنَ آدَمَ،
وَمِنْهَا مَا يَهُمُّ بِهِ الرَّجُلُ فِي يَقَظَتِهِ، فَيَرَاهُ فِي
مَنَامِهِ، وَمِنْهَا جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ
النُّبُوَّةِ
"
Mimpi itu ada tiga
jenis: (1) Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam. (2)
Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu
terbawa hingga ke dalam tidur. (3) Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada
46 bahagian kenabian.
(Hadis Sahih Riwayat
Ibn Majah di dalam Sunan)
Jadi, ringkasnya mimpi
ada 3 jenis:
1- Mimpi yang baik dan
benar (al-ru’ya al-hasanah): Ia adalah apa yang disifatkan Rasulullah SAW
sebagai satu bahagian daripada kenabian Nabi Muhammad SAW.
2- Mimpi yang buruk
dan dusta (al-ru’ya al-sayyi’ah): Ia adalah permainan tidur oleh syaitan.
3- Mimpi disebabkan
oleh adat bagi diri seseorang: Iaitu apa yang dilihat seseorang di dalam mimpi
berkaitan apa yang dia disibukkan olehnya ketika dia sedang jaga. Contohnya,
dia lapar dan teringin sangat nak makan MC D. lalu dia tidur, mimpi makan Mc D.
Oleh itu mimpi bukan
dalil syarak dan tidak boleh dijadikan hujah untuk menetapkan sesuatu hukum
syar’ie samada halal, wajib atau haram. Tambahan pula, ia tidak boleh dijadikan
hujah ke atas diri sendiri atau orang lain. Hal ini kerana, orang biasa tidak mampu
melepaskan diri daripada hasutan syaitan, justeru tidak boleh memastikan
kesahihan takwilan mimpi yang dialaminya tersebut walaupun dia bermimpi
berjumpa Rasulullah SAW.
Hanya mimpi para nabi
dan rasul sahaja merupakan mimpi yang benar yang dijadikan sumber hukum serta
merupakan hujah syarak, kerana mereka dilindungi Allah SWT dan terlepas
daripada mainan syaitan.
Ada orang berhujah,
tak begitu. Nabi menjadikan mimpi Abdullah bin Zaid dan Umar al-Khattab sebagai
dalil hujah untuk lafaz-lafaz azan. Itu tandanya, mimpi selain Nabi juga boleh
dijadikan hujah.
Saya katakan
sepertimana ulama-ulama kita kata: Pensyariatan azan walaupun daripada mimpi
para sahabat ia tetap tidak menjadi hujah. Mimpi Umar dan Abdullah bin zaid
Radhiyallahuanhuma tidak menjadi hujah. Tetapi apabila mereka membawakan mimpi
itu kepada Nabi yang merupakan pemutus hukum lalu baginda mengiyakan – makan ia
termasuk hadis Nabi SAW.
Kita telah faham
tentang maksud hadis Nabi. Iaitu:
كل ما صدر عن
النبي صلى الله عليه وسلم غير القرآن الكريم، من قول، أو فعل، أو تقرير
Semua yang datang daripada Nabi selain al-Quran, sama ada ucapan,
perbuatan dan iqrar.
Dalam bab ini, ia termasuk Iqrar.
WallahuAlam.
2 Comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Din, dalam 2-3 kali ko buat live baru2 ni, aku xboleh nak fokus sangat, sebab aku perasan macam banyak daging2 @ sisa daging yg menyangkut kat celah2 gigi ko din.. Aku nak tegur time tu pun xboleh, nanti ko yg jadi malu segan nanti.. K3 tu ja pesanan ku brother.. wassalam
ReplyDeletePost a Comment