17:57-19.00
وقال رضي الله عنه في حديث: ((
إن الله ختم سورة البقرة بآيتين أعطانيهما من كنزه الذي تحت العرش، فتعلموهن،
وعلموهن نساءكم وأبناءكم فإنهن صلاة وقرآن ودعاء))، قال: أي ينبغي تعليمهن ذلك وإن
لم يمكن تُكتب وتعلق عليهم، وإن جمع لهم بين ذلك فحسن، وإن أمكن نزعه عند دخول
الخلا فليفعل .
Page 27/
1.
Sebenarnya Ustaz Zainul Asri sedang baca sebuah buku berjudul
Tasbitul Fu’ad yang mengumpulkan rekod daripada pengajian Abdullah
bin Alawi bin Muhammad al-Haddad.
Jadi, teks itu bukanlah teks atau kenyataan daripada Ustaz
Zainul Asri. Melainkan ia sebenar-benarnya kenyataan daripada Al-Haddad.
Teks itu menyebutkan:
وقال رضي الله عنه في حديث: ((
إن الله ختم سورة البقرة بآيتين أعطانيهما من كنزه الذي تحت العرش، فتعلموهن،
وعلموهن نساءكم وأبناءكم فإنهن صلاة وقرآن ودعاء))، قال: أي ينبغي تعليمهن ذلك وإن
لم يمكن تُكتب وتعلق عليهم، وإن جمع لهم بين ذلك فحسن، وإن أمكن نزعه عند دخول
الخلا فليفعل .
Jadi, dalam rekod berkenaan – Al-Haddad merekodkan hadis
Dhoif ringan yang masih boleh dipertimbngkan dalam Fadhail al-Amal.
Hadis itu wujud dalam rekod pelbagai ulama seperti Misykah
al-Masabih, Targhib wa Tarhib, dan sebagainya. Ramai tertinggi di sini ialah
Abu Dzar al-Ghiffary.
Ia jadi Dhoif sebab salah seorang perawi di dalam rekod ini
bernama Abdullah bin Soleh bermasalah pada ingatan. Kurang baik ingatannya.
Secara umumnya, hadis ini bermaksud:
“Allah menutup surah al-Baqarah dengan dua ayat yang
diberikan kepada aku, yang merupakan harta simpanannya di bawah Arasy. Oleh
itu, belajar dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anak kalian. Kerana
kedua-dua itu adalah solat, quran dan doa.”
Tiada masalah banyak pada hadis Dhoif itu. Ia bukan dalam
kategori yang sangat merisaukan. Apatah lagi, amalan di dalam hadis ini ialah
mempelajari ayat al-Quran dan mengajarkannya – yang telah sabit daripada
hadis-hadis sahih.
Yang menjadi isunya di sini ialah; apabila Ustaz Zainul Asri
membaca kenyataan Imam al-Haddad: “Sudah sepatutnya ayat-ayat itu diajarkan.
Sekiranya tak mampu, maka ditulis dan digantungkan kepada mereka. Sekiranya
dapat dibuat kedua-duanya (diajarkan dan dgantung) itu lebih baik. Sekiranya
dia boleh menanggalkan gantungan itu sebelum masuk ke tempat buang air, maka
lakukanlah.”
Jadi – ini yang menjadi keresahan sebahagian sahabat. Secara
jelas, ia mengajar untuk membuat tangkal. Sehingga sebahagian sahabat kita
kata, ini adalah perbuatan syirik.
Nabi SAW bersabda dalam hadis sahih:
إن الرقى والتمائم
والتوَلة شرك
Jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik.
(Sahih Ibn Hibban: 6090)
من علق تميمة فقد أشرك
Sesiapa
yang memakai tangkal, dia telah syirik.
(Imam
Ahmad dalam Musnad)
Perbahasannya begini:
1 – Urusan tangkal ini ada dua bahagian. Pertama,
bahagian yang sepakat, kedua bahagian yang tak disepakati.
Bahagian yang disepakati ialah: Semua tangkal yang
menulis ayat-ayat yang tak difahami, doa-doa yang tak difahami seperti wafa’
dan tangkal orang melayu lama, ia adalah syirik. Ini sepakat.
Bahagian yang tak disepakati pula ialah: Tangkal yang
ditulis padanya ayat-ayat al-Quran. Ha, yang ni ulama berbeza pendapat kepada
dua pendapat utama.
1 – Minoriti Salaf termasuk Aisyah, Abu Ja`far
al-Baqir, Abdullah bin Amru bin Al-As. Mereka mengharuskan tangkal yang ditulis
padanya ayat al-Quran. Kiranya, sama seperti yang disebutkan oleh Imam
al-Hadad. Bahkan, Ibn Qayyim juga cenderung kepada pendapat ini.
2- Majoriti para ulama Salaf termasuk tokoh fikah
sahabat iaitu Ibn Mas`ud dan Ibn Abbas, Huzaifah, `Uqbah bin Amir, Ibnu Ukaim
dan sebagainya. Mereka melarang perbuatan memakai tangkal secara umum.
Kata ulama minority;
Nabi memang larang jampi, tangkal dan pengasih secara
umum, tapi kan ada hadis nabi bagi pengecualian jika tak bawa kepada syirik
maka harus.
Diriwayatkan daripada Auf bin Malik al-Asyja’ie R.A, katanya:
كُنَّا
نَرْقِى فِى الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِى
ذَلِكَ فَقَالَ: اعْرِضُوا عَلَىَّ رُقَاكُمْ لاَ بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ
يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ
Maksudnya: “Kami menjampi ketika jahiliyah. Lalu kami bertanya
kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apa pendapatmu dalam hal itu? Lalu
Rasulullah menjawab: “Tunjukkan kepadaku jampi kamu itu.” (Baginda bersabda
kemudian) “Tidak mengapa dengan jampi asalkan saja tidak ada padanya syirik
(mempersekutukan Allah).”
Riwayat Muslim (5862)
Balas ulama majority:
Nabi larang secara umum. Kemudian hadis yang datang
hanya mengkhususkan jampi – bukan khususkan pada tangkal dan pengasih. Jadi kalua
kita cari hadis nabi yang membolehkan tangkal asalkan tak syirik, memang tak
jumpa.
Kaedah fikah sebut: , Yang Umum kekal umum, sehingga
datang dalil mengkhususkannya.
Sehingga ulama semisal ibn Arabi kata:
وتعليق القرآن ليس من السنة وإنما السنة فيه الذكر دون التعليق .
Gantung
tangkal dengan al-Quran bukan sunah. Yang Sunnah ialah zikir, bukan dengan
tangkal.
Para
ulama moden yang menyokong pendapat ini pula kata ini adalah Saddu Zarai`. Nak halang
orang kita daripada melakukan perkara syirik pula. Yelah, sudahlah kefahaman
kurang dalam keadaan tangkal mangkal yang tak syarie begitu banyak. Akhirnya
tak dapat beza, lalu terjerumus. Dan itulah hakikatnya yang berlaku.
Berikut
ini pengalaman saya:
Jadi,
kita faham di sini – ada dua pendapat. Anda pilih yang mana? Ini masih dalam
khilaf yang terkawal.
0 Comments
Post a Comment