Bab tak lulus master ni.. senang saja.

Ia adalah perkara biasa yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja.

Bukan hanya di al-Azhar orang tak lulus. Di Jordan, Arab Saudi, Maghribi, bahkan di Malaysia - berlambak orang tak lulus.

Bahkan, bukan juga alasan - Al-Azhar lebih susah berbanding tempat-tempat lain. Kerana semua tempat pun susah. Yang senang ialah pegang handphone dan keluar fatwa ikut suka hati.

Dah nama belajar, memang lah susah!
Mana ada belajar, mudah!

Apa kamu ingat belajar Poli, senang?
Apa kamu ingat belajar di Maktab, mudah?

Dah nama belajar, memanglah susah.
Sebab tu proses menuntut ilmu ini diberikan pahala yang besar.

Ia bukanlah satu perkara pelik.

Cuma yang pelik apabila ada orang yang suka memperlekehkan sijil yang telah diterima orang lain. Sedangkan sijil itu sah.

Apatah lagi, cukup pelik apabila mendakwa dirinya Azhari, tetapi suka pula memperlekehkan. Sedangkan, bukan begitu kita diajar.

Sahabat,

Yang paling penting ialah; mempraktikkan ilmu dengan sebenar-benarnya. Sijil ialah tangga keilmuan - naikilah ia dengan penuh adab dan sopan. Sesekali 'tergelinchianq', jangan melatah. Sapu kesan luka, dan teruskanlah perjalanan.

#Azhari