Tokoh yang dijanjikan ke
Syurga ini bernama Al-Zubair bin al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdu Uzza
bin Qusai bin Kilab radhiyallahuanhu.
Menarik apabila kita ketahui
nama beliau kerana kita akan dapati perkara berikut:
(1)
Nama bapanya: Al-Awwam bin Khuwailid – beliau adalah
saudara lelaki Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah SAW – isteri
yang paling dikasihi oleh baginda.
(2)
Nama ibunya: Sofiyyah binti Abdul Mutalib – Ibu saudara
Nabi Muhammad.
Siapa pula isteri
al-Zubair? Beliau ialah anak Abu Bakar – Asma! Tetapi bukanlah Asma seorang,
tetapi beliau berkahwin dengan 3 wanita mulia yang lain.
Didikan Sofiyyah
Sofiyyah mendidik anaknya
dengan cara yang agak keras dan tegas agar anaknya menjadi seorang pahlawan
yang pintar, gagah dan berani. Mengasah mata panah dan membaiki busur menjadi
permainan anaknya sejak kecil. Dia membiasakan anaknya bermain di tempat-tempat
yang berbahaya dan menakutkan. Jika dilihat anaknya teragak-agak kerana
ketakutan, dia tidak bertolak ansur sedikitpun, malah kadang-kadang beliau
memukulnya dengan agak teruk. Apabila bapa saudaranya, Naufal menegur cara
didikannya yang keras itu, Sofiyyah menjawab:
“Sesiapa yang berkata aku
marah kepadanya (az-zubair), maka sesungguhnya dia telah berdusta. Sesungguhnya
aku memukulnya supaya dia menjadi orang yang tangkas, mengalahkan tentera musuh
dan membawa pulang harta rampasan!”
Demikianlah ketegasan dan
kehebatan ibonda Zubair sehingga kita tidak akan mengetahui adanya satu
peperangan yang dihadiri Rasulullah SAW melainkan al-Zubair menjadi perajurit
utamanya. Lihatlah bagaimana dia ditugaskan sebagai panglima perang di sebelah
kiri Uhud bersama-sama Miqdad bin Aswad yang menentang Khalid al-Walid – The Undefeated
Warrior!
Islam dengan Bangga!
Sekitar umur lapan tahun, Al-Zubair
sudah memeluk agama Islam. Seorang budak yang cukup cerdas ini mendahului
ibunya sendiri yang memeluk Islam selepas dakwah Jahr (Tahun ketiga kenabian).
Bahkan, beliau termasuk orang yang mula-mula memeluk Islam. Sebahagian pendapat
menyatakan beliau adalah orang yang keempat atau kelima selepas Abu Bakar.
Kecintaannya kepada agama
ini bukan main-main. Pernah satu hari – kemungkinan tahun kelima sehingga
ketujuh kenabian - beliau mendengar bahawa Rasulullah telah dibunuh. Beliau terus
mengangkat pedangnya dan mengelilingi Mekah seperti I`sar (Awan hitam putting beliung),
mencari orang yang membunuh Muhammad. Tetapi apabila Rasulullah melihatnya,
Rasulullah bertanya;
ما لك يا زبير ؟
قال : سمعت أنك قد قتلت ، قال : فما كنت صانعاً ؟ قال : أردت والله أن أستعرض أهل
مكة
Kenapa denganmu wahai
Zubair? Beliau menjawab: Aku mendengar berita mengatakan engkau telah dibunuh!
Rasulullah bertanya lagi: Jika benar, apa yang kamu akan lakukan? Beliau
menjawab: Aku akan bunuh keseluruhan orang Mekah!
Lalu Rasulullah mendoakan
kebaikan kepada Al-Zubair serta pedangnya akan memenangi setiap pertempuran.
Demikianlah kecintaan
al-Zubair kepada Rasulullah. Membuktikan bahawa inilah sifat para sahabat yang
disebutkan oleh Abu Sufyan; “Aku belum pernah melihat orang yang lebih
mencintai seseorang yang lain melebihi kecintaan sahabat Muhammad kepada Muhammad!”
Diseksa oleh Bapa
Saudara!
Seperti kebanyakkan umat
Islam yang lain di Mekah, Al-Zubair juga tidak terlepas daripada seksaan orang
Mekah. Sekalipun beliau adalah seorang suku Quraisy, seksaan kepadanya tetap berlaku.
Bahkan lebih teruk apabila yang menyeksanya adalah Naufal –pak ciknya!
Mana tidaknya, pak cik yang
menegur Sofiyyah apabila Sofiyyah berlaku keras kepada Al-Zubair tetapi
bertindak dengan tindakan yang lebih keras!
Al-Zubair digulung di dalam
tikar daun, kemudian dinyalakan asap disekelilingnya sehingga membuatnya hampir
mati kerana sesak nafas! Pak ciknya berkata:
اكفر برب محمد ،
أدرأ عنك العذاب ، فيقول الزبير: " لا أعود للكفر أبداً
Kufurlah terhadap tuhan
Muhammad! Nescaya aku akan hindarkan engkau daripada seksaan ini! Lalu
Al-Zubair berkata: Tidak, aku tidak akan kembali kepada kekafiran
selama-lamanya!
Adakah cinta kita kepada
agama ini sudah standing cintanya al-Zubair kepada agamanya? Jika belum,
jadikanlah kisahAl-Zubair ini sebagai pegangan dalam setiap kehidupan kita!
Hijrah dan Berkahwin
dengan Anak Abu Bakar!
Kita semua tahu, pada blan
Rejab tahun kelima kenabian, satu rombongan umat Islam yang terdiri daripada 12
orang lelaki dan 4 orang wanita telah berhijrah ke Habasyah buat kali pertama. Mereka
keluar daripada Mekah setelah Mekah terlalu berisiko untuk diduduki. Ketua
rombongan mereka ialah Usman bin Affan.
Tahukah kita bahawa
daripada 12 orang berkenaan, al-Zubair termasuk dalam kalangan mereka? Ketika
itu umurnya lebih kurang 12 tahun sahaja!
Apabila mendapat berita
sujudnya orang Quraisy setelah mendengar surah al-Najm, sebahagian mereka
pulang. Termasuk dalam kalangan mereka ialah al-Zubair. Rupa-rupanya kisah
keislaman orang Mekah tidak benar, lalu mereka pulang semula ke Habasyah. Kali
ini dengan rombongan yang lebih ramai, 83 lelaki dan 18 atau 19 wanita – ketua mereka
ialah Ja`far bin Abu Talib – al-Zubair termasuk dalam kalangan mereka.
Setelah hijrah Nabi ke
Madinah, Al-Zubair ke Madinah dan menyertai perang bersama- Rasulullah SAW!
Kecintaan
kepada Syahid
Al-Zubair
pernah berkata: Aku mendengar bahawa Talhah bin Ubaidillah memberikan nama
anak-anaknya dengan nama para nabi. Dia tahu, tidak ada lagi nabi setelah
Muhammad. Adapun aku, aku menamakan nama anak-anakku dengan nama para Syuhada’.
Moga-moga mereka boleh mengikuti menjadi syahid.
Lalu
beliau menamakan anaknya dengan nama berikut:
Nama
|
Sempena
|
Kesyahidan
|
Abdullah
|
Abdullah bin Jahsy
|
Perang Uhud
|
Al-Munzir
|
Al-Munzir bin Amru
|
Peristiwa Bi’ru Maunah
|
Urwah
|
Urwah bin Masud
|
Dibunuh oleh kaumnya sendiri di Taif.
|
Hamzah
|
Hamzah bin Abdul Mutalib
|
Perang Uhud,
|
Ja`far
|
Ja`far bin Abu Talib
|
Perang Mu`tah
|
Mus`ab
|
Mus`ab bin Umair
|
Perang Uhud
|
Ubaidah
|
Ubaidah bin al-Haris
|
Perang Badar
|
Khalid
|
Khalid bin Saeed
|
Perang Marju Safar zaman Pemerintahan Abu Bakar
|
Amru
|
Amru bin Said bin al-As
|
Perang Yarmouk
|
Gelaran
Pengikut Setia Rasulullah (Hawary)
Kita
tahu bahawa gelaran al-Hawary diberikan kepada pengikut Nabi Isa. Tetapi dalam
pengikut Nabi Muhammad juga mempunyai Hawary – siapakah dia jika tidak lain,
al-Zubair bin Awwam!
Kisah
1 – Badar
Seorang
lelaki bernama Talhah bin Abu Talhah digelar sebagai Kibasy Katibah. Beliau
orang yang sangat bengis dan membenci Nabi Muhammad. Dia telah keluar sebagai
wwakil Musyrikin pertama mencabar umat Islam.
Dia
menaiki untunya dan mencabar umat Islam berlawan. Namun tidak ada yang berani
melawannya kerana mereka tahu tahap kehebatan Talhah. Tetapi tidak kepada
al-Zubair.
Tanpa
memberikan sebarang kesempatan, al-Zubair menghampiri Talhah dan menerkamnya
seperti terkaman singa sehingga Talhah jatuh daripada unta. Kedua-duanya
berguling sehingga al-Zubair tidak teragak-agak mengelar leher Talhah bin Abu
Talhah.
Melihat
peristiwa itu, Nabi SAW bersabda:
"
إِنَّ لِكُلِّ نَبِيٍّ حَوَارِيًّا ، وَحَوَارِيِّي الزُّبَيْرُ " [
رواه أحمد ]
Setiap
nabi mempunyai Hawari dan Hawary aku ialah Al-Zubair!
Kisah
2 – Perang Bani Quraizhah
Adapun pada perang
Khandaq, kondisi kaum muslimin sangat buruk. Bahkan setiap orang diantara
mereka tidak bisa masuk ke toilet karena pengepungan yang dilakukan terhadap
mereka sangat ketat, sehingga mereka takut terbunuh. Kondisi semakin memburuk
ketika kaum Yahudi Bani Quraidhah mengingkari perjanjian mereka dengan Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu mereka membuka peluang lebar bagi kaum
musyrikin untuk masuk ke Madinah. Karenanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berseru kepada
kaum muslimin, “Siapa yang akan pergi ke Bani Quraidhah untuk memerangi
mereka?”
Melihat situasi
yang menakutkan ini, tidak ada seorang pun dari kaum muslimin yang mau keluar
untuk memerangi mereka. Saat itu Zubair berdiri, lalu berkata, “Akulah yang
akan keluar, wahai Rasulullah !”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengulangi
seruannya itu, tetapi tidak ada seorang pun yang mau keluar, kecuali Zubair.
Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda , “Demi ayah dan ibuku,
sesungguhnya setiap Nabi mempunyai Hawari (pengikut setia) dan Hawariku adalah
Zubair.”
Sejak hari itu
Zubair pun menjadi hawari (pengikut setia) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Zubair keluar
untuk memerangi Bani Quraidhah. Saat itu Zubair mengetahui bahwa ibunya,
Shafiyyah, telah membunuh seorang laki-laki Yahudi yang memata-matai kaum
muslimin dari kalangan wanita. Demikianlah, sang anak dan ibunya sama-sama
berjuang untuk memberikan pengabdian kepada agama Allah.
Kisah 3 – Perang Yarmouk
Pada perang Yarmuk
yang dilakukan guna menaklukan negeri Syam, teriakan Zubair memiliki kekuatan
yang sama dengan kekuatan satu rombongan pasukan, hingga musuh-musuh Allah yang ada di hadapannya pun mengalami
kekalahan dan lari terbirit-birit seperti larinya tikus-tikus yang ketakutan.
Kisah 4 – Perang Mesir
Diantara hal baik
yang diterima oleh Zubair radhiyallahu ‘anhu adalah bahwa dirinya termasuk ke
dalam rombongan pasukan yang di pimpin oleh ‘Amr bin ‘Ash yang datang ke Mesir
guna menaklukan negeri tersebut dan memasukkan agama Islam ke dalamnya.
Ketika sampai di
depan benteng Babilonia, kaum muslimin berhenti. Usaha mereka guna menjebol
benteng yang kokoh ini hampir habis, padahal mereka belum bisa menaklukkannya.
Pengepungan terhadap benteng tersebut dilakukan selama berbulan-bulan, hingga
Zubair memperlihatkan suatu tindakan yang menarik yang menunjukkan sikap
kepahlawanannya.
Zubair berkata
kepada kaum mukminin, “Sesungguhnya aku mempersembahkan jiwaku ini untuk Allah.
Aku berharap agar Allah menaklukan benteng itu untuk kaum muslimin.”
Zubair meletakkan
sebuah tangga ke dinding benteng tersebut, lalu dia naik ke atasnya. Sebelum
naik, dia berpesan kepada rekan-rekannya, “Jika kalian mendengar bacaan
takbirku, maka bertakbirlah kalian!”
Zubair pun menaiki
tangga yang sudah diletakkan di dinding benteng, lalu kaum muslimin pun
mengikuti jejaknya. Ketika Zubair mengucapkan takbir, kaum muslimin yang berada
di belakangnya juga ikut mengucapkan takbir. Hal ini menyebabkan rasa takut
mulai merasuk ke dalam hati pasukan Romawi. Maka mereka pun meninggalkan
benteng tersebut. Akhirnya, Zubair radhiyallahu ‘anhu berhasil menaklukan
benteng itu seorang diri. Setelah itu, seluruh wilayah Mesir pun berhasil
ditaklukan satu per satu.
Kaum muslimin
telah mengetahui betapa besarnya pengorbanan dan perjuangan Zubair. Bahkan
salah seorang dari kaum muslimin pernah
berkata, “Sungguh aku telah melihat dada Zubair, dan sungguh pada dadanya itu
terdapat goresan-goresan akibat sabetan pedang dan tusukan tombak yang
menyerupai aliran-aliran air.”
Orang Kaya yang
Meninggalkan Banyak Harta!
Selain seorang
tokoh pahlawan, al-Zubair adalah seorang peniaga. Beliau syahid dengan
meninggalkan banyak harta. Setelah dibahagian kepada tiga bahagian, hartanya
berbaki 1,200,000 Dinar yang dibahagikan kepada waris-warisnya.
0 Comments
Post a Comment