Ulasan saya: daripada sudut pentakrifan, solat dan selawat bermaksud doa. Di dalam surah Taubah ayat 103, Allah berfirman:

103. ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

(At-Taubah: 103)

Perkataan Salat di dalam ayat di atas bermaksud doa. Demikian juga selawat. Selawat adalah perkataan jama’ (Plural) bagi Salat.

Daripada sudut Istilah pula; Jumhur ulama termasuk al-Syafiiyyah mendefinisikan Solat dengan kenyataan berikut:

أَقْوَالٌ وَأَفْعَالٌ مُفْتَتِحَةٌ بِالتَّكْبيرِ مُخْتَتَمَةٌ بِالتَّسْلِيمِ مَعَ النِّيَّةِ بِشَرَائِطِ

Perkataan-perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam beserta niat dan syarat-syarat yang khusus.

Kedudukan Solat

Solat adalah salah satu daripada 5 rukun Islam. Ia adalah rukun yang paling utama selepas syahadah. Imam al-Bukhāri dengan sanadnya merekodkan bahawa Nabi SAW bersabda:

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ "

Islam terbina atas lima perkara: Penyaksian bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakar, pergi haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.

(HR al-Bukhāri di dalam Sahih al-Bukhari: 8)
 Nas di dalam Mazhab Syafiie menyatakan:

Hukum Meninggalkan Solat

Orang yang meninggalkan solat sama ada kerana malas, cuai, ingkar dan sengaja meringan-ringankannya: Sekiranya dia meninggalkannya kerana mengingkari kewajipan solat, atau sengaja mempersenda-sendakannya maka dia telah menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam. Wajib bagi pemerintah untuk mengarahkannya bertaubat. Sekiranya dia bertaubat dan men mendirikan solat maka selesai sekiranya tidak maka dia dihukum bunuh kerana telah murtad. Tidak boleh memandikannya, mengafankannya bahkan solat jenazahnya. Sepertimana tidak boleh dia dikuburkan di perkuburan umat Islam kerana dia bukan lagi daripada kalangan mereka.

Sekiranya dia meninggalkan solat kerana malas pula sedangkan dia berpegang dengan kewajipan solat maka pihak pemerintah dikehendaki memaksanya untuk qadha dan bertaubat daripada maksiat berkenaan. Sekiranya dia masih enggan menggantikannya maka wajib membunuhnya sebagai melaksanakan hukuman hudud yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat. Hukuman bagi orang yang meninggalkan fardhu solat ialah dibunuh. Tetapi dia dinilai sebagai seorang muslim selepas dibunuh maka dia akan diperlakukan seperti seorang muslim di dalam hal pengurusan jenazah, dikebumikan dia serta ditegakkan hukuman pembahagian harta kerana dia sebahagian daripada mereka.

 Kata Penulis (Imam al-Zahabi) : Allah berfirman,

“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).[1] Kecuali orang-orang yang bertaubat .......” (Maryam: 59-60).[2]

Allah ﺗﻌﺎﻠﻰ juga berfirman,

“(Jika orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.” (Al-Ma’un: 4-5).

Allah ﺗﻌﺎﻠﻰ juga berfirman,

“(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang.” (Al-Muddatstsir: 42-43).Dan Nabi bersabda,

العَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ، فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

 “Perjanjian yang ada di antara kita dengan mereka adalah solat, maka barangsiapa yang meninggalkannya, dia telah kafir.”[3]

Dan Nabiﷺbersabda,

مَنْ فَاتَهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ

 “Barangsiapa yang meninggalkan solat Asar (sebagai bentuk pengingkaran), maka amal ibadahnya telah gugur (terhapus)”.[4]

Dan baginda juga bersabda,

بَيْنَ العَبْدِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

 “Antara seorang hamba dengan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.”[5]

Dan dari baginda (bahawasanya baginda) bersabda,

مَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ

“Barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja, maka sungguh jaminan Allah telah terlepas dari dirinya.”[6]

            Ini dikatakan oleh Makhul dari Abu Dzar, dan Makhul tidak sempat bertemu dengan baginda.
Umar r.a berkata,

إِنَّهُ لَا حَظَّ لِأَحَدٍ فِي الْإِسْلَامِ أَضَاعَ الصَّلَاةَ

 “Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada bahagian (baik) dalam Islam bagi seseorang yang menyia-nyiakan (meninggalkan) solat.”

            Hal seperti itu juga dikatakan oleh Ayyub as-Sakhtiyani.

            Al-Jariri meriwayatkan dari Abdullah bin Syaqiq, dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata,

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ

 “Dahulu para sahabat Muhammad tidak memandang sesuatupun amal ibada (dalam Islam) yang mana meninggalkannya adalah suatu kekufuran kecuali solat.”[7] Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan diriwayatkan pula oleh at-Tirmidzi tanpa menyebutkan dari Abu Hurairah r.a.

            Ibnu Hazim berkata, “Setelah syirik (mempersekutukan Allah), tidak ada dosa yang lebih besar daripada melengahkan solat sehingga habis waktunya, dan membunuh seorang Mukmin tanpa ada alasan yang benar.”

            Hammam meriwayatkan, kami diberitahu oleh Qatadah, dari al-Hasan, dari Huraits bin Qabisah, dia berkata, aku diceritakan oleh Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah ﷺbersabda,

أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ، فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ

 “Amal yang pertama dihisab dari seorang hamba pada hari Kiamat adalah solat; jika solatnya baik maka beruntung dan selamatlah dia, dan (sebaliknya) jika solatnya buruk (kesempurnaannya), maka dia gagal dan rugi”.[8] Dihasankan oleh at-Tirmidzi.

Nabi ﷺ juga bersabda,

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ

 “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasul Allah, mereka mendirikan solat dan membayar zakat. Apabila mereka telah melaksanankannya, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dari (bahaya serangan)ku, kecuali disebabkan hak Islam, dan perhitungan (amal) mereka adalah kepada Allah.” Muttafaq ‘alaih.[9]

Dan dari Abu Sa’id, “Bahawasanya seorang lelaki berkata, ‘Ya Rasulullah, takutlah kepada Allah!’ Maka baginda bersabda, ‘Celaka kamu, bukankah aku penduduk bumi yang paling berhak untuk takut kepada Allah?’ Maka Khalid bin al-Walid r.a berkata, ‘Bolehkah aku memenggal kepalanya wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab, ‘Tidak, kemungkinan dia melaksanakan solat’.” Muttafaq ‘alaih.[10]

Imam Ahmad meriwayatkan di dalam Musnadnya dari hadith Abdullah bin Amr r.a, dari Nabi, bahawasanya baginda bersabda,

“Barangsiapa yang tidak menjaga solat, maka dia tidak mendapatkan cahaya, dan kebenaran Islam, dan juga tidak mendapat keselamatan, pada Hari Kiamat dia bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubay bin Khalaf (di neraka).”[11] Dan isnadnya tidak kuat.

Dalil-dalil ini menceritakan kufurnya orang yang meninggalkan solat, dan Nabi telah bersabda kepada Mu’adz,

قَالَ ‏"‏ مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلاَّ حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ ‏"‏‏

“Tidaklah seorang hamba bersaksi bahawa tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya, melainkan Allah mengharamkannya untuk masuk neraka.” Muttafaq ‘alaih.[12]

[Bagi orang yang menlegahkan waktu solat sehingga habis waktunya, dia adalah dikalangan orang yang menanggung dosa besar, dan orang yang meninggalkannya secara kesuluruhan – iaitu: satu solat – maka dia adalah seperti seorang yang berzina dan mencuri; kerana meninggalkan solat atau melewatkannya sehingga tidak sempat mengerjakannya, adalah salah satu dosa besar. Jika seseorang itu melakukannya berulang kali, maka dirinya adalah termasuk orang-orang yang (gemar) melakukan dosa-dosa besar, kecuali apabila dia bertaubat. Dan jika terus menerus meninggalkan solat, maka dia adalah termasuk di antara orang-orang yang rugi dan celaka serta durjana.][13]

 ---------- Nota Kaki -------------


[1] (Ini berdasarkan salah satu tafsir dari kata ﻏَﻴًّﺎ. Menurut pendapat lain ﻏَﻴًّﺎ disini adalah azab yang pedih. Ini disebutkan al-Alamah as-Sa’di di dalam Tafsir al-Kalim ar-Rahman. Dan menurut penurut pendapat lainnya ﻏَﻴًّﺎ adalah nama sebuah lembah di dalam Neraka Jahanam. Ini sebagaimana dikatakan oleh adz-Dzahabi sendiri di bawah ini, Pent.).
[2] Dan selengkapnya adalah seperti berikut:
“Kecuali orang-orang Yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun.”
[3] Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Kitab al-Iman, Bab Ma Ja’a fi Tarki ash-Shalah, no. 2623; an-Nasa’I, Kitab ash-Shalat, Bab al-Hukum fi Tark ash-Shalah, 1/231-232; Ahmad, 5/246; Ibu Majah, Kitab Iqamahash-Shalah wa as-Sunnah Fiha, Bab Ma Ja’a fi man Taraka ash-Shalah, no. 1079; dan al-Hakim di dalam al-Mustadrak, 1/7, Kitab al-Iman, dan al-Hakim mensahihkannya, dan disepakati oleh adz-Dzahabi.
[4] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab Mawaqit ash-Shalah, Bab Man Taraka Shalat al-Ashr, no. 553; an-Nasa’I, Kitab ash-Shalat, Bab man Taraka Shalat al-Ashr, 1/236.
[5] Diriwayatkan oleh Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan Ithlaq Isma al-Kufr ‘ala Man Taraka ash-Shalah, no. 82; Abu Dawud, Kitab as-Sunnah, Bab fi Radd al-Irja’, no. 4678; dan at-Tirmidzi, Kitab al-Iman, Bab Ma Ja’a fi Tarki ash-Shalah, no. 2622.
[6] Diriwayatkan oleh Ahmad, 6/421, dan al-Mundziri dalam at-Targhib wa at-Tarhib, 1/384 berkata, “Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi, dan para rawi riwayat Imam Ahmad adalah rawi-rawi ash-Shahih, hanya sahaja Makhul, dia tidak pernah mendengar riwayat dari Ummu Aiman.”
[7] Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Kitab al-Iman, Bab Ma Ja’a fi Tarki ash-Shalah, no. 26212 dan Isnadnya hasan; dan al-Hakim, 1/7, dan adz-Dzahabi berkata, “Isnadnya sahih”.
[8] Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Kitab ash-Shalat, Bab ma Ja’a Anna Awwala ma Yuhasabu bihi al-Abdu Yaum al-Qiyamah ash-Shalah, no. 411; dan an-Nasa’I, Kitab ash-Shalat, Bab al-Hukm fi Tark ash-Shalah, 1/232.
[9] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab al-Imann, Bab Fa in Tabu wa Aqamu ash-Shalah, no. 25; dan Muslim, Kitab al-Iman, Bab al-Amr bi Qital an-Nas Hatta Yaqulu, “La Ilaha Illallah, Muhammadurrasulullah….,” no. 21.
[10] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Ba’tsi Ali Ibni Abi Thalib wa Khalid Ibni sl-Walid Ila al-Yaman Qabla Hajjati al-Wada’, no. 4351; dan Muslim, Kitab az-Zakat, Bab Dzikri al-Khawarij wa Shifathim, no. 1064.
“Bukankah aku adalah penduduk bumi yang paling berhak untuk takut kepada Allah?”
[11] Diriwayatkan oleh Ahmad, 2/169; ad-Darimi, Kita bar-Riqaq, Bab al-Muhafazhah ala ash-Shalah, 2/301; al-Mundziri berkata dalam at-Targhib wa at-Tarhib, 1/386, “Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad jayyid.” Ath-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir dan al-Ausath; dan Ibnu Hibban dalam sahihnya, no. 1467.
[12] Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Kitab al-Ilmi, Bab Man Khashsha bi al-Ilmi Qauman Duna Qaumin Karahiyatun an la Yafhamu, no. 128; dan Muslim, Kitab al-Iman, Bab ad-Dalil Ala Anna man Mata Ala at-Tauhid Dakhala al-Jannah Qath’an, no. 32.
[13] Yang di dalam kurungan ini, saya tetapkan dari naskah A dan tidak tercantum di dalam naskah B dan C.