Soalan: Salam ustaz. Sy dengar azan dan qamat subuh dr surau berdekatan. Tp sy tertidur dan bangun subuh dlm pukul 6.30/6.40. Bolehkan sy solat qabla subuh dlu? Terima kasih.
Waalaikumusalam Tuan yang dirahmati Allah.
Allah SWT berfirman di dalam hadis Qudsi: "Tidak ada perkara taqarrub yang lebih aku sukai melainkan hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan perkara fardhu." - HR al-Bukhari.
Kaedah Fiqh (khususnya mazhab al-Syafiie di dalam kitab al-Asybah wa al-Nazair) menyatakan: "Perkara fardhu lebih utama berbanding sunat".
Kaedah Fiqh (khususnya mazhab al-Syafiie di dalam kitab al-Asybah wa al-Nazair) menyatakan: "Perkara fardhu lebih utama berbanding sunat".
Respon: Sekiranya tidak dibimbangi luput waktu solat subuh, maka solat sunat boleh didahulukan. Tetapi jika tidak, maka mendahulukan yang fardhu lebih utama.
Sebahagian orang, dia sentiasa melakukan solat sunat sebelum subuh. Sehingga dia melaziminya dan tidak meninggalkannya. Tetapi apabila terjadi suatu hari yang dia terlewat bangun, maka dia wajib mendahulukan yang fardhu kemudian barulah melaksanakan solat sunat berkenaan dengan dilabel sebagai "Qada Sunat", sekalipun waktu subuh telah luput.
WallahuA`lam.
0 Comments
Post a Comment