Terjemahan Ringkasan Kitab Syu`abul Iman oleh Imam al-Baihaqi
PERBAHASAN KEENAM:
Beriman Dengan Hari Akhirat
Allah
berfirman:
قَٰتِلُواْ ٱلَّذِينَ لَا
يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَلَا بِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا
حَرَّمَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ ٱلۡحَقِّ مِنَ ٱلَّذِينَ
أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ حَتَّىٰ يُعۡطُواْ ٱلۡجِزۡيَةَ عَن يَدٖ وَهُمۡ صَٰغِرُونَ ٢٩
29. Perangilah orang-orang
yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan
mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan
tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang
diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh
sedang mereka dalam keadaan tunduk
(At-Taubah: 29)
Al-Halimi[1]
berkata: “Maksudnya ialah membenarkan bahawa hari-hari di dalam dunia ini
mempunyai pengakirannya. Ianya mempunyai penyudah. Alam ini akan berakhir pada
suatu hari. Mengiktiraf dengan pengakhirannya bermakna mengiktiraf
permulaannya. Kerana (al-Qadim) tidak musnah dan tidak berubah.”
Di dalam as-Sahihain
disebutkan sebuah hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
وَالَّذِي نَفْسُ
مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ، وَثَوبُهُمَا بَيْنَهُمَا لَا
يَتَبَايَعَانِهِ وَلَا يَطْوِيَانِهِ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ، وَهُوَ يَلِيطُ
حَوْضَهُ لَا يَسْقِيهِ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدِ انْصَرَفَ الرَّجُلُ
بِلَبَنِ لِقْحَتِهِ مِنْ تَحْتِهَا ، وَقَدْ رَفَعَ أُكْلَتَهُ إِلَى فِيهِ فَلَا
يَطْعَمُهَا "
Demi diri Muhammad yang berada di
tangan-Nya: Akan berlakunya kiamat ketika dua orang lelaki
sedang membentangkan pakaian (untuk jual beli) antara kedua-duanya, mereka
tidak sempat berjual beli dengannya serta tidak sempat melipatnya. Akan
berlakunya kiamat ketika seseorang sedang memenuhkan tempat minumnya tetapi
tidak sempat menggunakannya. Akan benar-benar berlakunya kiamat ketika
seseorang bersurai selepas meletakkan susu di bawah unta yang penuh susu, dia
telah mengangkat suapan (cawan) ke mulutnya tetapi dia tidak dapat meminumnya.
- Tamat -
Nota Tambahan:
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim, tidak
ditemui hadis dengan lafaz tersebut. Tetapi lafaznya berbeza:
Di dalam nombor 6506,
lafaznya seperti berikut:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ
مَغْرِبِهَا، فَإِذَا طَلَعَتْ فَرَآهَا النَّاسُ آمَنُوا أَجْمَعُونَ، فَذَلِكَ
حِينَ: {لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ
كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا} [الأنعام: 158] وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ
وَقَدْ نَشَرَ الرَّجُلاَنِ ثَوْبَهُمَا بَيْنَهُمَا فَلاَ
يَتَبَايَعَانِهِ، وَلاَ يَطْوِيَانِهِ، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدِ
انْصَرَفَ الرَّجُلُ بِلَبَنِ لِقْحَتِهِ فَلاَ يَطْعَمُهُ، وَلَتَقُومَنَّ
السَّاعَةُ وَهُوَ يَلِيطُ حَوْضَهُ فَلاَ يَسْقِي فِيهِ، وَلَتَقُومَنَّ
السَّاعَةُ وَقَدْ رَفَعَ أَحَدُكُمْ أُكْلَتَهُ إِلَى فِيهِ فَلاَ يَطْعَمُهَا
Daripada Abu Hurairah
meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah
matahari terbit dari tempat terbenamnya. Ketika matahari terbit dari arah
barat, maka orang-orang yang melihatnya kemudian beriman keseluruhannya. Maka
ketika itu iman seseorang tidak akan memberi manfaat kepadanya kerana tidak
beriman sebelumnya. Imannya tidak akan menghasilkan kebaikan. Sesungguhnya akan
terjadi kiamat ketika dua orang sedang membentangkan dua pakaiannya, namun kedua-duanya
tidak sempat menyelsaikan transaksinya, bahkan kedua-duanya tidak sempat
melipatnya. Akan terjadi kiamat ketika seseorang pergi membawa susu untuk anak
untanya, namun anak unta tersebut todak sempat meminumnya. Akan berlaku kiamat
ketika seseorang memenuhkan tempat airnya dan tidak sempat untuk meminumnya.
Akan terjadi kiamat ketika salah seorang daripada kalian telah mengangkat
makanan ke mulutnya, namun tidak sempat memakannya.
Di dalam riwayat (7121)
yang lain disebutkan:
لاَ تَقُومُ
السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ، يَكُونُ بَيْنَهُمَا
مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ، دَعْوَتُهُمَا وَاحِدَةٌ، وَحَتَّى يُبْعَثَ دَجَّالُونَ
كَذَّابُونَ، قَرِيبٌ مِنْ ثَلاَثِينَ، كُلُّهُمْ يَزْعُمُ أَنَّهُ رَسُولُ
اللَّهِ، وَحَتَّى يُقْبَضَ العِلْمُ وَتَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ، وَيَتَقَارَبَ
الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الهَرْجُ: وَهُوَ القَتْلُ، وَحَتَّى
يَكْثُرَ فِيكُمُ المَالُ فَيَفِيضَ حَتَّى يُهِمَّ رَبَّ المَالِ مَنْ يَقْبَلُ
صَدَقَتَهُ، وَحَتَّى يَعْرِضَهُ عَلَيْهِ، فَيَقُولَ الَّذِي يَعْرِضُهُ
عَلَيْهِ: لاَ أَرَبَ لِي بِهِ، وَحَتَّى يَتَطَاوَلَ النَّاسُ فِي البُنْيَانِ،
وَحَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَقُولُ: يَا لَيْتَنِي
مَكَانَهُ، وَحَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَإِذَا طَلَعَتْ وَرَآهَا
النَّاسُ - يَعْنِي آمَنُوا - أَجْمَعُونَ، فَذَلِكَ حِينَ لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا
إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا
خَيْرًا، وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ نَشَرَ الرَّجُلاَنِ ثَوْبَهُمَا
بَيْنَهُمَا، فَلاَ يَتَبَايَعَانِهِ وَلاَ يَطْوِيَانِهِ، وَلَتَقُومَنَّ
السَّاعَةُ وَقَدِ انْصَرَفَ الرَّجُلُ بِلَبَنِ لِقْحَتِهِ فَلاَ يَطْعَمُهُ،
وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَهُوَ يُلِيطُ حَوْضَهُ فَلاَ يَسْقِي فِيهِ،
وَلَتَقُومَنَّ السَّاعَةُ وَقَدْ رَفَعَ أُكْلَتَهُ إِلَى فِيهِ فَلاَ
يَطْعَمُهَا
Abu Hurairah
R.A : Nabi S.A.W bersabda : Tidak akan berlaku kiamat Kiamat tidak akan terjadi
kecuali setelah berlakunya peperangan diantara dua puak yang besar dimana ia
menyebabkan korban yang banyak dan kedua-dua puak itu menyeru seruan yang
sama,dan sehingga diutuskan dajjal-dajjal yang pembohong yang hampir mencapai
tiga puluh orang dimana kesemua mereka mendakwa dirinya sebagai nabi,dan
sehingga dicabut ilmu penegentahuan [pegangan keagamaan?-p] banyaknya berlaku
gempa bumi,masa menjadi semakin singkat,timbulnya fitnah fitanah,banyaknya
pembunuhan,harta dikalangan kamu menjadi banyak lalu melimpah ruah sehinggakan
pemilik harta inginkan ada orang yang menerima hartanya lalu ia menawarkannya
maka berkatalah orang yang ditawarkan harta kepadanya:Saya tiadak inginkan
harta itu,dan sehingga manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan,dan sehingga
lalu seorang lelaki di kubur seorang lelaki lalu ia berkata:Alangkah baiknya
jika aku berada ditempatnya,dan sehingga terbit matahari dari sebelah baratnya
dan manusia semua melihatnya maka mereka pun beriman,tetapi ketika itu iman
seseorang tidak lagi manfaatkan dirinya jika ia sebelum itu tidak beriman atau
tidak melakukan kebaikan dalam keimanannya.Pasti akan berlaku kiamat tatkala
dua orang lelaki telah merentangkan pakaian di antara mereka berdua lalu mereka
tidak sempat berjual beli pakaian itu dan tidak sempat untuk melipatkanya
semula.Kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang lelaki beredar membawa susu
untanya lalu ia tidak sempat meminumnya.Kiamat pasti akan berlaku tatkala
seorang sedang membaiki kolamnya lalu ia tidak sempat meneguk air dari kolam
itu dan kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang sedang mengangkat makanannya
kemulutnya lalu ia tidak sempat memakannya.
[1] Beliau ialah Imam Abu Abdullah al-Husain bin
al-Hasan bin Muhammad al-Halimi al-Bukhari asy-Syafii. Beliau adalah pengarang
kitab Minhajus Sunnah fi Syu`abul Iman. Beliau adalah ulama hadis yang besar di
dalam zamannya. Hadis-hadisnya diriwayatkan oleh al-Hakim an-Naisaburi. Beliau
meninggal pada tahun 403H.