Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad (selawat) juga menggunakan kaedah
bercerita di dalam menyampaikan ilmu?
《Jadi,
kaedah bercerita itu adalah sunnah》
Tetapi, perlu diingatkan bahawa,
■ Cerita perlu fokus kepada tujuan ilmu,
■ Jauhkan daripada menyebut sesuatu yang tidak penting.
■ Cerita perlu fokus kepada tujuan ilmu,
■ Jauhkan daripada menyebut sesuatu yang tidak penting.
Jika menyebut cerita-cerita agama atau disandar kepada agama,
■ Maka perlu pastikan kesahihan terlebih dahulu.
■ Dilarang membuat sebarang tambahan melainkan ulasan.
■ Dilarang menyebutkan perkara ghaib yang kita tak tahu kesahihan sumbernya.
■ Maka perlu pastikan kesahihan terlebih dahulu.
■ Dilarang membuat sebarang tambahan melainkan ulasan.
■ Dilarang menyebutkan perkara ghaib yang kita tak tahu kesahihan sumbernya.
Semoga Allah memberkati ilmu kita semua.
Contoh:
Rasulullah (selawat) bersabda:
كَانَتِ
امْرَأَتَانِ مَعَهُمَا ابْنَاهُمَا، جَاءَ الذِّئْبُ فَذَهَبَ بِابْنِ
إِحْدَاهُمَا، فَقَالَتْ لِصَاحِبَتِهَا: إِنَّمَا ذَهَبَ بِابْنِكِ ،
وَقَالَتِ الأُخْرَى: إِنَّمَا ذَهَبَ بِابْنِكِ، فَتَحَاكَمَتَا إِلَى
دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ فَقَضَى بِهِ لِلْكُبْرَى، فَخَرَجَتَا عَلَى
سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ فَأَخْبَرَتَاهُ،
فَقَالَ: ائْتُونِي بِالسِّكِّينِ أَشُقُّهُ بَيْنَهُمَا، فَقَالَتِ
الصُّغْرَى: لاَ تَفْعَلْ يَرْحَمُكَ اللَّهُ هُوَ ابْنُهَا فَقَضَى بِهِ
لِلصُّغْرَى
Terdapat dua orang wanita (pada zaman
Nabi Daud dan Sulaiman) yang bersama anak mereka. Lalu datang seekor
serigala melarikan anak salah seorang daripada mereka berdua. Lalu salah
seorang berkata kepada yang lain: “Sesungguhnya (serigala itu) membawa
lari anak kamu.” Berkata pula yang seorang lagi: “Sesungguhnya (serigala
itu) membawa lari anak kamu.”
Lalu mereka berdua meminta keputusan penyelesaian kepada Daud alaihissalam. Daud memenangkan (hak) kepada wanita yang lebih tua.
Kemudian, kedua-dua mereka pergi pula bertemu Sulaiman alaihimassalam,
lalu menjelaskan kepada baginda (tentang masalah dan keputusan Nabi
Daud). Sulaiman pun berkata: “Berikan aku pisau, akan ku belah menjadi
dua.” Lantas wanita muda berkata: “Jangan lakukan seperti itu! Semoga
Allah merahmati kamu. Anak ini adalah anaknya.” Sulaiman memutuskan
(hak) bayi itu adalah milik wanita muda berkenaan.
—————— CATATAN ILMU ——————-
►Sumber______________
❶ Kitab: Sahih al-Bukhari | No. Ruj: 6769| Perawi Tertinggi: Abu Hurairah
❶ Kitab: Sahih al-Bukhari | No. Ruj: 6769| Perawi Tertinggi: Abu Hurairah
►Ulasan_______________
❶ Muhaddis: Al-Bukhari | Kualiti Menurut Muhaddis: Sahih.
❶ Muhaddis: Al-Bukhari | Kualiti Menurut Muhaddis: Sahih.
———— Allah Lebih Tahu ————